Isnin, 4 Ogos 2008

Juta, bilion dan trilion


Ramai orang boleh menerima kenaikan harga sebab kenaikan kos tetapi tak ramai yang boleh menerima kenaikan harga sebab nilai duit semakin menyusut. Mereka akan kata :"oo.. barang naik sebab itu dan sebab ini.." tapi jarang sekali mereka boleh kata: "Harga barang sebenarnya tak naik tapi duit kita semakin tak berharga..senang dicetak..". Kita cenderung berkata "terpaksa bayar lebih kerana kos meningkat" tapi kita jarang kata "kita terpaksa bayar lebih kerana duit kita semakin kurang nilainya." Penganut ekonomi konvensional seringkali menyediakan pelbagai alasan di dalam memperteguhkan fatwanya. Semua alasan sebolehnya mestilah dikaitkan dengan ketidakcukupan kos, sumber-sumber, bahan mentah dan seribu macam alasan yang tampak releven. Namun tidak ada satu pun alasan tersebut yang benar-benar menyentuh punca sebenar iaitu kucupan nilai matawang

Ok, mari kita lihat 30 ke 40 tahun kebelakang sekitar 70an. Sesiapa yang sempat hidup di zaman 80-an atau 70-an, agak jarang sekali kita mendengar perkataan bilion. Nilai juta pun hanya sesekali. Mereka yang mempunyai jutaan ringgit ketika itu adalah orang yang paling kaya bukan saja di Malaysia tapi di dunia! Mereka yang ada kekayaan sehingga jutaan ringgit mungkin hanya beberapa kerat saja. Kerana ketika itu ribuwan juga adalah golongan kaya dan eksklusif! sesiapa yang bergaji ribuwan maknanya orang kaya. Sekarang ini, mereka yang bergaji ribuwan belum tentu kaya. Mereka masih berhutang.

Kalau kita hidup di zaman P. Ramlee agaknya pernahkah mereka memikirkan duit sebanyak itu? mungkin paling tinggi adalah puluh ribu. Harga tambang beca adalah 30 sen pada zaman P. Ramlee (Sumber: cuba lihat filem seniman bujang lapuk). Sekarang beca RM50 sekali pusing bandar Melaka dan kebanyakan orang akan kata itu disebabkan beca sudah menjadi barang eksklusif. Bila P. Ramlee minum kopi bersama Aziz dan Sudin di kedai kopi sambil berbincang nak cari kerja dimana, tatkala itu, kopi secawan adalah 5 sen, tapi bolehkah kita membayar secawan kopi dengan harga 5 sen lagi? Dan tatkala itu orang ramai akan kata harga kopi naik sebab barang nak proses kopi naik. Tak masuk akal secawan kopi 5 sen lagi. What a typical reason..! Alasan dan trend yang sama.

Mari kembali semula di zmn skrg. Cuba lihat sekarang. Perkataan bilion ringgit adalah perkara yang agak biasa kita dengar. Dalam mana-mana laporan kewangan sykt mahupun belanjawan negara, angkanya adalah juta dan bilion. Malah nilai jutaan ringgit boleh dimiliki oleh orang perseoarangan dengan hanya memasuki pertandingan tertentu (contoh once in a million dan banyak lagi..) atau peraduan tertentu (celcom, tongkat ali power root dan banyak lagi..). Menjadi jutawan bukan lagi seorang dua sebagaimana zaman dulu tetapi mungkin beribu orang sudah mendapat status jutawan pada zaman sekarang. Para jutawan yang beribu orang ini pula adalah biasa bagi mereka menguruskan duit yang berbilion pula nilainya malahan trilion. Hutang Amerika pula sentiasa bergelumang dengan nilai trilion dolar saja. Apa maksudnya tu? Apa mesejnya? Mesejnya mudah iaitu dulu nilai duit tinggi sebab hanya nilai ribu saja sudah memadai untuk bertransaksi segala macam transaksi atas dunia!

Sesiapa yang sentiasa mengikut siaran berita di Saluran Awani (501) atau Bernama (502) mahupun di TV tidak berbayar (TV1,TV2,TV3,nTV7,8TV,TV9) pasti akan mendengar cerita tentang bagaimana duit sebanyak Z$10 billion tak mencukupi uttuk beli roti di Zimbabwe. Bagaimana rakyat Zimbabwe terpaksa mengeluarkan duit sebanyak Z$100 biliion utk hanya membeli 3 biji telur!! (lihat gambar) Adakah harga roti dan telur mahal? Ini memang amat tidak munasabah dan mustahil diterima akal. Ini sudah sampai tahap mengarut. Ya, memang mengarut tapi itulah realiti sebenar nilai wang kini dan kita pula secara perlahan dipaksa mempercayainya (menerima keadaan tersebut tanpa banyak soal) lalu kekallah ia menjadi satu doktrin dan kepercayaan.

Tiada ulasan: