Sabtu, 30 Ogos 2008

Mengapa wang kertas menjadi punca kenaikan harga?

Ada dua sebab.

1. Sebabnya wang kertas dicetak sesuka hati tanpa arah yang kukuh. Wang kertas dicetak sesuka hati adalah seperti USD dicetak berlebihan (lalu direkodkan sebagai pinjaman dari federal reserve sedangkan federal reserve tidak mempunyai wang sebanyak itu dan sgt jelas di sini ianya dicetak begitu saja tanpa kawalan) untuk menampung perbelanjaan kewangan ketenteraan US di dalam peperangan dan sebagainya, lalu currency kita terkena tempiasnya kerana kebergantungan kepada dolar Amerika. Tahukah kita, Amerika telah mengalami trade deficit bertahun-tahun lamanya. (Boleh rujuk wikipedia atau pun buku “The coming collapse of the dollar and how to profit from it by James Turk and John Rubino”) dan hutang US telah pun mencapai lebih USD8 trillion! (sila rujuk http://www.brillig.com/debt_clock/)

2. Satu-satunya panduan yang dipegang untuk mencetak duit ialah multiplier effect di dalam credit creation. Apa itu multiplier effect? Ianya ialah gandaan dalam pinjaman yang dibuat di dalam aktiviti ekonomi di dalam sistem perbankan. Ini memerlukan pengetahuan ekonomi yang pure. Sesiapa yang yang bergelumang dengan industri perbankan wajib memahaminya. Jika tidak, mereka tak nampak kelemahan sistem sekarang.

Tiada ulasan: