Ramai orang fokus kepada kuantiti. Contohnya bila minyak naik sebab permintaan bertambah. Dari satu segi memang betul. Tapi kita secara tak sedar telah menafikan banyak aspek yang lain di dalam membuat satu kesimpulan yang benar. Kenapa kita tidak pula membangkitkan pasal pengeluaran minyak juga bertambah. Ramai juga orang kita membandingkan orang Singapura dengan orang Malaysia. Mereka kata org Singapura untung sebab dapat beli minyak dengan harga rendah bila datang Malaysia sebab duit dia mahal daripada duit kita. Ya, memang betul tapi itu hanya dari satu segi. Bagaimana aspek yang lain?
Cuba tanya berapa ramai orang Melayu yang nak jadi rakyat Singapura atau mungkin orang Cina juga. Mungkin ramai yang menolak. Jika benar, mengapa agaknya. Sebenarnya mereka juga bukan hanya melihat minyak tapi juga mebandingkan aspek politik dan sosial yang amat penting untuk hidup. Aspek ekonomi semata-mata tidak mencukupi. Mereka dah tahu keadaan sana dengan barang barang yang mahal (itu sebab mereka beli di JB), bekerja seumpama 'haiwan' (meminjam kata-kata Liew yang pernah kerja di sana, mungkin tak semua..), dengan sumber ekonomi yang begitu terhad yang mana sumber makanan yang hampir kesemuanya diimpot, begitu juga tanah yang semakin kehabisan untuk diteroka dan ditambak dan pelbagai macam lagi. Realitinya adakah benar sekali betapa untungnya menjadi orang Singapura berbanding Malaysia? Oleh kerana kita diajar untuk membuat kesimpulan berdasarkan satu aspek sahaja, akhirnya kesimpulan itu tidak berguna kerana realitinya ramai yang tidak dapat mematuhi kesimpulan yang mereka buat sendiri. Begitulah cara pemikiran konvensionalist, mereka sewenangnya membuat kesimpulan hanya berdasarkan kuantiti (dalam cth minyak) atau satu aspek sahaja, lalu mereka kata inilah sebabnya. Lalu mereka juga akan berkata kita mesti memfokuskan ini. Mereka cuba melekakan orang ramai. Orang ramai yang selama ini memang percaya bahawa ini bukan semata-mata sebabnya tetapi ada sebab yang lain juga. Lalu sebahagian orang ramai atau mungkin sudah ramai daripada orang ramai mulai menghadam fatwanya lalu terpedaya. Mereka (konvensionalist) jaguh dalam membahaskan satu aspek dan hanya sekali sekala memandangnya secara keseluruhan sebagai syarat kononnya mereka pengkaji.
Mari kita lihat kepada perkataan pertumbuhan (growth). Mengapa pertumbuhan? Kerana ianya menyeluruh dan menyentuh pelbagai aspek bukannya satu aspek. Jangan kita berbangga dengan GDP semasa kita yang meningkat banyak tetapi berbanggalah dengan pertumbuhan ekonomi yang meningkat walaupun sedikit.
Saya ingin berkongsi pengalaman kehidupan antara tahun 1998 dan 2008 secara ringkas.
1998: Tahun dua di universiti. Krisis kewangan berlaku menyebabkan nilai ringgit menyusut sehingga 5 ringgit sedolar amerika tapi minyak tak naik (Kenapa? Cuba fikirkan..). Sekitar RM1.09. Isi minyak motor RM2 hampir penuh tank. Memadai untuk pakai seminggu pergi kuliah. Gaji fresh graduate sekitar RM1,800.
2008: Sudah enam tahun bekerja. Inflasi berlaku. RM teguh berbanding dolar tapi minyak naik lebih sekali ganda. Minyak kini RM2.70. Isi minyak motor RM10 utk penuh tank. Adakah gaji fresh graduate RM2,800 (saya rasa RM2,000 kalau tak silap, kenaikan yang tidak sama dengan kenaikan minyak)? Jika tidak, bolehkah kita katakan pertumbuhan telah berlaku?
Berdasarkan dua keadaan di atas mari kita lihat aliran pemikiran konvensionalist. Konvensionalist akan mengatakan permintaan yang berlebihan kerana pelbagai industri tumbuh bak cendawan sedangkan minyak pengeluaran minyak tidak sebagaimana permintaan.
Jika kita lihat aliran pemikirannya, sekali imbas memang ada kebenarannya. Inilah yang berjaya mereka lakukan. Tapi dua kali imbas, sebenarnya minyak telah pun berlipatkali ganda pengeluarannya. Penemuan telaga-telaga baru oleh gergasi minyak dunia telah berjaya memenuhi permintaan dunia. Perkara ini tidak difokus langsung semata-mata untuk mengabui mata dunia punca sebenar peningkatan harga minyak. Mereka fokuskan hanya satu lalu membuat kesimpulan, menjadikan kesimpulan itu boleh diterima pada akhirnya namun realitinya, adakah begitu?

6 ulasan:
ha.. bab ni aku paham sikit dari yang lain2.. hiihihi
Kenal Majid ker????
salam... apa khabar...
To yan,
Apasal lak tak kenal? Aku kan pioneer kat UTeM tu..:)
Sama main futsal ngan kitorang kat Dewan Belia, Ayer Keroh.. Tak silap hubby ko pun join sekali kot..tak perasan..
Salam ustaz din.. long time no see.. Rajin ko berblog n bergambar fotopages. Aku wakilkan je wife aku tulis blog sbb aku dok poning study.
Ingat kau teringat aku kat kaka. Skil sama. ahakss..
Wah majid..kahwin tak ajak aku tapi bila main futsal ajak aku..tak aci ler..buat PhD ke? masa main futsal hari tu ko baru nak buat master..kejapnya masa berlalu..
Mekacih ler puji...:)
Catat Ulasan