Khamis, 31 Mac 2011

Jangan hipokrit dengan 'ranking' universiti


Baru-baru ini ada kedengaran suara 'sumbang' memberitahu golongan akademik jangan terlalu mengejar ranking universiti. Ianya bukan keperluan utama kata mereka. Kemudian dikatakan pula jangan mengabaikan bahasa Melayu di universiti. Saya amat yakin kata-kata ini ditujukan kepada salah seorang Naib Canselor IPTA tersohor di Malayia melalui kenyataan naib canselor itu bahawa yang dia gila ranking. Ranking dan bahasa Melayu adalah dua isu berbeza. Khalayak perlu mengetahui isu ini dengan lebih mendalam. Tatkala perancangan negara dalam RMK10, MEB, GTP, ETP, NKEA, NKRA dan pelbagai bentuk lagi adalah bermatlamatkan negara maju dan bertaraf dunia, tidak mengutamakan ranking adalah satu langkah terkebelakang. Sekali imbas memang benar kata-kata mereka bahawa ranking bukan segalanya. Tetapi mengejar ranking adalah suatu keperluan. Itu harus dijadikan semangat untuk maju, jika tidak perasaan 'syok sendiri' sentiasa menebal di kalangan warga akademik tempatan dan menjadikan mereka tidak bersaing.

Benchmark dan ranking

Jika mahu mengikis perasaan 'syok sendiri', beberapa tindakan perlu diambil seperti memperbaiki tahap penyelidikan universti. Mengejar 'ranking' itu sendiri membawa maksud melakukan penyelidikan bertaraf dunia, kaedah pengajaran dan pembelajaran, penggunaan teknologi terkini, etika kerja dan profesionalisme dan budaya persaingan sudah tentu wajib diikuti dan dipraktiskan. Tiada alasan lagi. Mana mungkin ranking dibentuk selain ciri-ciri yang dinyatakan diatas. Maka carilah benchmark daripada mereka yang sudah lama meneroka sesuatu bidang tersebut. Jangan berasa malu dan rendah diri dalam hal ini. Kita memang sudah ketinggalan!

Akhlak dan ranking

Ada juga suara mengatakan,apalah guna ranking jika akhlak pelajar teruk dan menjijikkan (nota: sebahagian, bukan semua pelajar). Memang betul akhlak pelajar kita sedemikian tetapi tiada kaitan dengan ranking. Dalam keadaan universiti sekarang yang tidak mengejar ranking pun, akhlak pelajar kita sememangnya begitu. Ini bukan salah ranking, ini salah gejala dan budaya yang terseleweng! Ini sama sekali tiada kaitan dengan mengejar ranking. Jika mahu bersyarah tentang akhlak seperti didikan moral dan agama, di universiti sudah terlalu lewat. Itu sebab Rasulullah menekankan kepada kita betapa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak, bukannya pendidikan awal golongan dewasa!

Bahasa dan ranking

Isu bahasa amat penting. Kita harus akui, bahasa Melayu bukan bahasa dunia, bukan juga bahasa ekonomi mahupun bahasa bagi sumber agama Islam. Dulu ya tapi bukan sekarang. Sesiapa enggan mengakui hakikat ini, mereka sebenarnya tidak berpijak di bumi yang nyata. Mungkin golongan bahasa terkesima dengan kenyataan ini, tapi itulah hakikatnya mengapa Tun Mahathir mengambil tindakan seperti PPSMI. Berapa banyak IPTA dan IPTS di Malaysia sekarang menjalankan sesi P&P mereka di dalam bahasa Melayu terutamanya subjek sains dan teknologi? Tepuk dada tanya univerisit masing-masing. Hakikatnya, mengejar ranking harus ada kemahiran berbahasa Inggeris, Arab dan bahasa Melayu itu tersendiri. Tiada mana-mana bahasa harus dikesampingkan dalam mengejar ranking.

Sambung belajar dan ranking

Anehnya, suara 'sumbang' yang tidak mahu mengejar ranking, menyanjung tinggi pula universiti terkemuka dunia kerana ranking mereka yang teratas dalam senarai ranking univeristi tersohor dunia. Universiti Havard, Oxford, Yale, MIT dan sebagainya menjadi pilihan golongan ini. Malah, ada sesetengah universiti tidak akan meluluskan permohonan biasasiswa sambung belajar mereka jika tidak mendapat tawaran daripada universiti-universiti dalam ranking terbaik dunia.

Kesimpulan

Kita jangan hipokrit dalam isu ini. Jika benar-benar ikhlas, kejarlah ranking kerana Allah taala. Memang ranking bukan segalanya, tetapi mengejar ranking dapat memupuk semangat bersaing dan budaya kerja yang cemerlang, gemilang dan terbilang. kajilah apa yang ranking mahu, bukan apa yang kita 'syok'.

Rabu, 30 Mac 2011

Ahad, 20 Mac 2011

Botol Susu Dr Brown - BPA free


Tak mahu tunggu lama dan menanggung risiko, saya dan isteri bergegas ke Mall utk melihat botol susu yang bebas BPA. Tak banyak pilihan yang ada dan alternatifnya pula tersangat mahal. Akhirnya setelah lama membelek, botol susu Dr Brown adalah yang termurah dalam banyak-banyak botol susu yang bebas ancaman BPA. Murah-murah pun dalam RM49.00 juga harganya.

Begitulah sekarang, keselamatan dan nyawa bukanlah lagi sesuatu perkara yang murah dan mudah didapati. Agaknya, kerajaan extend selama setahun untuk mnegharamkan botol susu yang ada sekarang ini kerana nak bagi peluang kepada pengilang untuk mengahabiskan stok yang ada supaya stok botol susu yang bebas BPA ini nanti boleh dijual dengan harga murah. Tapi mana logiknya ya?..

Isnin, 14 Mac 2011

Kenapa nak tunggu setahun jika tidak mahu kompromi

Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA)namun tarikh kuatkuasa 1 Mac 2012 adalah agak melucukan dan tidak praktikal. Jika kemententerian kesihatan tidak mahu berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak, penguatkuasaan terhadapnya perlu serta-merta dihentikan, bukan menunggu sehingga setahun. Ini bertentangan dengan soal keselamatan yang diwar-warkan harus diutamakan. Ia umpama menyuruh anak main jauh-jauh dari api namun mancis di tangan tidak diambil.

Untuk makluman, polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, dan bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.Pengharaman itu sepatutnya diambil lebih awal lagi kerana beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah.

Sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius.