Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan

Ahad, 11 Julai 2010

Rezai, Barat dan Sukan

Aravane Rezai, pemain tenis meningkat naik di persada ATP menarik minat saya mengetahui lebih lanjut tentang dia kerana namanya seakan-akan nama seorang Islam. Setelah dibelek pengelaman beliau di arena tenis, anak kepada ibubapanya yang berbangsa Iran yang dilahirkan di St Entienne, Perancis ini rupa-rupanya pernah menyertai kejohanan Women Islamic Sport di Teheran, Iran dan ini berkemungkinan besar beliau adalah seorang Islam. Namun apa yang lebih menarik minat saya adalah justifikasi Barat di dalam menyatakan penubuhan Women Islamic Sport yang telah pun bermula semenjak tahun 1993. Menurut mereka, penubuhan Women Islamic Sport ini adalah akibat daripada konflik antara kemahuan manusia dan kepercayaan agama. Boleh lihat petikan dari wikipedia di bawah.


Betulkah ianya satu konflik?
Mungkin juga, sebab ianya konflik ciptaan barat. Kasihan juga melihat pasukan bolesepak wanita Iran yang layak untuk bertanding di kejohanan Asia tetapi dihalang oleh FIFA kerana tidak memenuhi spesifikasi berpakaian yang ditetapkan oleh mereka.

Sabtu, 15 Mei 2010

Jangan kecewa jika kalah Piala Thomas

Memang sudah dijangka Malaysia akan kalah kepada China. Peminat jangan terlalu kecewa. Jangan salahkan pemain atas kekalahan itu. Mereka memang sudah mencuba sedaya upaya. Jika sesiapa memahami memang setakat itulah keupayaan Malaysia. China terlalu kuat. Dalam hal ini salahkan media massa yang melaporkan harapan berbanding realiti.

Sudah tiba Melaysia pandang ke depan. Bangunkan tenaga muda. Jangan harapkan Chong Wei lagi. Lihat China. Mereka ada Du Pengyu dan Chen Yu mahupun Chen Jin yang bila-bila boleh kalahkan Chong Wei. Mereka semua muda lagi. Mana pemain muda Malaysia? Kita dikatakan ada ada pemain muda berbakat seperti Iskandar Zulkarnain. Zufadli Zulkifli dan Ramdan. Bila lagi mereka nak diketengahkan dalam Terbuka Series? Inilah masanya mereka didedahkan dengan realiti sebenar dunia badminton agar mereka cepat matang. Jangan terusan simpan mereka ini dalam skuad pelapis. Jangan asyik berbangga dengan pencapaian di dalam Junior Tournament sahaja. Adakah usia 25 tahun baru mereka nak merasa saingan sebenar? Tatkala itu sudah terlambat dan Malaysia sekali lagi bakal dipenuhi pemain yang berusia seperti yang berlaku sekarang. Ayuh BAM! Ayuh jurulatih! Masa semakin suntuk....

Rabu, 12 Mei 2010

Pasukan Piala Thomas negara paling tidak seimbang

Menonton aksi perlawanan badminton Piala Thomas semalam melalui kaca TV antara Malaysia dan Jepun sangat menyedihkan, dan apa yang orang ramai semua bimbangkan memang menjelma dan sangat terserlah pada aksi semalam.
"Barisan pemain yang paling tidak seimbang pernah dilahirkan oleh skuad Piala Thomas Malaysia" itulah agaknya kesimpulan yang paling sesuai. Apa yang pasti Malaysia tiada pemain perseorangan kedua dan ketiga juga bergu kedua yang betul-betul layak untuk dipertandingkan di gelanggang. Kesemua mereka umpama bertatih dalam dunia badminton terutama aksi bergu kedua Malaysia. Adalah sangat memalukan dan tidak menggambarkan langsung cerita-cerita persiapan yang telah di siarkan di dada akhbar sebelum ini.

Saya merasakan kedua-dua beregu selain Koo-Tan tidak layak berada di skuad piala Thomas kali ini. Sepatutnya letakkan saja beregu veteran Choong Tan Fook dan Lee Wan Wah. Hafiz pula masih dengan gaya lama beliau. "Selamba seadanya" dan gagal mencari peluang untuk mematikan perlawanan mahupun mengutip mata tatkala peluang terhidang. Saya betul-betul merasakan beliau harus belajar balik ketika di latihan bagaimana hendak membuat pukulan smashing yang efektif. Bukan hendak memandai-mandai tetapi masa 1-2 jam sehari harus diperuntukkan kepada beliau hanya untuk membuat pukulan itu.Ternyata terlalu mendatar, tidak sesuai langsung dengan ketinggian yang beliau miliki. Lihat saja Roberto Carlos dalam sukan bolasepak. Adakah tendangan bak peluru Roberto Carlos dimiliki oleh yang lain, mungkin ada tapi tak ramai. Rahsianya adalah tendangan beratus kali sehari!

Adalah diharapkan tindakan segera perlu diambil untuk memperbaiki keadaan ini. Apapun komentar ini diharap dapat mencelikkan mata sesetegah pihak kerana saya merasakan peminat piala Thomas harus disajikan aksi yang menarik, jika kalah pun biarlah bermaruah. Maaf jika tidak menyenangi komen ini namun saya merasakan rakyat Malaysia yang lain berkongsi perasaan yang sama.