Memaparkan catatan dengan label bencana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bencana. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Oktober 2009

Hari ini kita ada angka seperti 261, 1100, 400, 150, 240


Ini bukan nombor ekor. Ini adalah angka-angka kepada malapetaka dan bencana atas muka bumi yang terkini, sama ada semulajadi ataupun buatan sendiri. Kecuali angka 261, angka-angka yang lain mewakili jumlah korban 'segera' mangsa yang terlibat dalam bencana alam setakat hari ini.

261 - korban hari raya di Malaysia (ops sikap 20)
1100 - korban di Sumatera dek Tsunami (setakat hari ini)
400 - korban di Vietnam dek taufan Ketsana
150- korban di Samoa dek Tsunami
240- korban di Vietnam dek taufan Ketsana

Lihatlah betapa dekatnya kita akan kematian. Mungkin hari ini kita hanya menyaksikannya sahaja, namun suatu hari nanti pasti kita akan merasainya. Adakah kita sudah bersedia menghadapinya? Satu persoalan yang maha penting!
Innalillah wa inna ilaihiraji'uun (Sesungguhnya kita milik Allah dan sesungguhnya kepada Nyalah tempat kita kembali

Di padang, Sumatera

Di Samoa


Di Filipina


Di Vietnam

Malaysia yang amat bernasib baik kerana terlunding dek bncana alam semulajadi disebabkan faktor geografinya, namun bilakah agaknya kita bernasib baik di musim perayaan?