Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Rabu, 31 Mac 2010

MCA oh MCA

Saya meramalkan MCA bakal sekali lagi menghadapi krisis kepimpinan yang baru setelah Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai diumumkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden MCA. Walaupun calon yang menang dikhabarkan adalah bercampur-campur antara team A dan team B, namun ianya tidak boleh dianggap lagi sebagai perpaduan di dalam MCA. Ini kerana, penyokong antara team A dan team B adalah sama ramai dan mereka ini boleh berubah hati dalam sekelip mata sahaja terhadap pemimpin mereka. Ini terbukti mereka meletakkan Tee Kita ditangga terbawah sekali di dalam saingan 3 penjuru untuk merebut kerusi presiden, sungguhpun beliau menang besar pada pemilihan sebelum ini sebagai presiden. Jelasnya, perbuatan Chua Soi Lek yang menyimpan perempuan simpanan bukanlah isu besar dalam masyarakat cina tapi sebaliknya tindak tanduk Tee Kiat yang menikam dari belakang terhadap kawannya Tiong Lai membawa bencana besar kepada beliau dan hal ini lebih mendapat tumpuan dikalangan perwakilan. Hasilnya, Tiong Lai mendapat manfaat yang besar dan beliau menang atas dasar simpati perwakilan dan mungkin juga pendirian Tiong Lai yang teguh mempertahankan keputusan memecat Soi Lek, bukannya prestasi beliau yang masih belum teruji sepenuhnya. Walaupun, masyarakat umum yang lain mengharapkan Tee Kiat terus memimpin MCA kerana keberanian beliau membongkar masalah dalaman PKFZ, itu masih lagi belum memadai. Masyarakat MCA masih melihat beliau sebagai duri dalam daging di dalam perpaduan parti MCA. PKFZ itu soal kerajaan bagi mereka bukannya MCA.

Sebagaimana maklum, Soi Lek tidaklah mempunyai rekod yang baik di dalam menjalankan kehidupan sebagai kawan dengan Tiong Lai. Ini kerana beliau dengan mudahnya menempelak Tiong Lai untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden yang lepas bagi membolehkan pemilihan MCA yang baru diadakan. Beliau ada kata "saya tidak akan mengikut rentak beliau di dalam hal ini dan berharap Tiong Lai tidak memaksanya untuk menentukan tarikh bila dia akan meletakkan jawatan". Tiong Lai pula bersekongkol dengan Tee Kiat untuk memecat Soi Lek apabila video Soi Lek itu dibongkarkan sebelum akhirnya Tiong Lai pula dikeluarkan oleh Tee Kiat daripada jawatankuasa pusat MCA kerana mempertahankan keputusan sebelumnya iaitu memecat Soi Lek. Ini jelas satu perbuatan yang tidak boleh diterima oleh Soi Lek. Adakah rentetan peristiwa ini akan menjadikan mereka lebih matang atau hanya masa menentukan sama ada MCA bakal menghadapi satu lagi krisis. Terpulang kepada kebijaksanaan Soi Lek di dalam mengemudi MCA selepas ini. Apa yang pasti, pengundi melayu sudah tentu tidak mengundi beliau jika beliau dicalonkan di dalam pilihanraya akan datang. Musuh-musuh politik pula sudah pasti menjadikan isu ini sebagai modal mereka di dalam pilhanraya akan datang dan mereka pasti mengharapkan kesudahan yang dramatik. Mereka mahu melihat rentetan peristiwa yang mendatang di dalam MCA akan berakhir dengan tragedi!

Rabu, 24 Mac 2010

Tindakan Yip ganjil tapi harus dipuji


Yip Su Onn merajuk kerana tidak dilantik exco Kerajaan Perlis lalu meletakkan jawatan sebagai ADUN. Sangat tidak logik. Apa kaitan exco dengan ADUN? Tak dilantik sudahlah, buat je lah kerja ADUN anda. Lainlah jika isunya tidak bersetuju dengan pucuk pimpinan MCA, makanya jika meletakkan jawatan ADUN yang mewakili MCA mungkin ada sedikit logiknya namun dengan dunia yang serba materialistik dan bercukai ini, kehilangan punca mata pencarian seperti jawatan ADUN ini tetap menimbulkan tanda tanya. Adakah sesuatu yang lebih besar dimahukan oleh ADUN itu atau satu tunjuk perasaan kepada MCA/BN yang sudah tentu tindakan seperti itu amat-amat tidak dikehendaki dan amat-amat tidak sesuai ketika parti beliau tengah bergolak ini? Yang pasti tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana tidak bersetuju dengan MCA dan kemudian keluar parti adalah patut dipuji kerana orang memilih mereka kerana MCA/BN bukan Yip Su Onn dan itulah realiti! Mahukah ahli politik katak yang lain mengikuti jejak beliau?

Ahad, 22 Mac 2009

Politik Melayu vs Politik Rakyat: kaitannya dengan emas

Kali ini saya hendak cakap pasal politik. Sudah lama ditahan-tahan.

Alkisahnya UMNO kata politik Malaysia mesti berlandaskan Melayu sebagai tunjangnya, betul ke?..mungkin
Bagi mereka Melayu ada keistimewaannya, sudah disebut dalam perlembagaan
Perlembagaan itu pula telah dipersetujui bersama..kenapa hendak ubah?
Melayukan majoriti di Malaysia ini? Ini bukan perkauman, ini realiti..

Sesetengah yang lain pula kata perlembagaan itu boleh diubah..yang tidak boleh diubah adalah al-Quran dan Al-Sunnah..ada benar juga analogi itu. Mungkin ramai kata betul.
Mereka juga kata rakyat sudah berubah..pemikirannya, mentalitinya dan segala macam lagi dah berubah? betul ke? mungkin..
Bagi mereka rakyat sudah menolak UMNIO dan BN, betul ke? Ada bukti?
Ada..kata mereka. Apa dia? PRK Parlimen Permatang Pauh dan K. Terengganu..boleh terima juga

UMNO mengakui partinya bermasalah..
Rasuah "merata-rata" dan "bersepah-sepah"...betul ke? Mungkin dan terlebih mungkin..
Mungkin + terlebih mungkin = pasti!
Ya pasti sebab sudah ada yang sudah dijatuhkan hukuman. Mungkin Norza akan menyusul pula. Apa pun dia terselamat. Khairy yang didapati bersalah pun terselamat. Disebaliknya semua ini, Muhammad Muhammad Taib dapat kelebihan. Kasihan Muhyiddin Yasin. Mungkin dia tidak menjadi calon pilihan ketika ini. Namun, apapun boleh terjadi. Be strong Muhyiddin!
PR pun ada masalah juga...
Rasuah melibatkan org tertinggi PKR di Pulau Pinang
Rasuah lembu, rasuah servis kereta di Selangor
Tapi adakah rakyat kisah pasalnya? Mungkin kisah juga.. tapi majoriti mungkin tidak kisah juga
Pagi tadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang melalui faksimilinya utk letak jawatan bermula 8 April 2009, katanya nak sambung belajar. Boleh percaya? Rakyat pasti tertanya2..

TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz juga kelihatan tidak sama dan berbeza..
Seorang hendak perpaduan Melayu seorang lagi menolak..So, mana satu? rakyat pasti tertanya-tanya. Kalau hendak ikut keputusan muktamar seharusnya kena ikut lah betul2..ke keputusan muktamar boleh diubah mengikut kesesuaian semasa? Mungkin boleh..alasan maslahah mungkin sesuai. Tapi mungkin kebanyakkanya tidak berapa kisah pun sebab momentum politik sekarang bukan ke arah PAS, PKR mahupun DAP tapi sudah ke arah Melaka mahupun Bukit Gantang.. Melaka mungkin lebih menarik sikit sebab negeri tu kelihatan "aman" sebelum ini..tiba2 ada perhimpunan..kaki politik pun naik ra untuk memperkatakannya..

Alkisah Ali Rustam pula menyayat hati. Tiba-tiba sahaja karier politiknya merudum. Seakan kejatuhan dollar di pasaran kewangan antarabangsa. Pernah ditanya wartawan. Seperti biasa dia tidak boleh terima soalan bila ditanya wartawan berkenaan gesaan PAS dan PKR untuk letak jawatan. Dia kata jawab pasal Guan Eng dan Anwar dulu baru dia jawab soalan tentang hendak "resign" atau tidak. Banyak betul syaratnya. Kasihan wartawan tidak dpt jawapan yang panas utk keluaran "paper"nya esok hari. Apapun wartawan tetap wartawan. Jawapan tidak perlu, keadaan itu sendiri pun sudah panas.

Tapi mana DAP ya? bukankah Ayer Keroh kawasan mereka? mungkin perhimpunan di kawasan masjid lalu DAP teragak-agak.. Hendak buat macam mana, memang itu tempat strategik bagi mereka yang sukakan perhimpunan sebegini. Perhimpunan agung rakyat dan polis juga.

Pemilihan UMNO semakin dekat. Adakah politik Melayu atau politik Islam atau politik rakyat atau bagaimana yang akan disajikannya nanti. Sudah tentu mereka akan memperjuangkan semuanya. Apapun mari tunggu dan lihat..Sesungguhnya juak2 politikus pasti akan melihatnya dengan teliti!

Apa kaitan mereka ini dengan emas?
Jawapannya mudah..tiada kaitan langsung!