Memaparkan catatan dengan label Global. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Global. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Mei 2010

Lakonan "Mr. Shortage" boleh menang grammy award

Beras naik sebanyak 20%-30% walaupun ianya barang kawalan di bawah Perintah Beras (Gred dan Kawalan Harga) 1992 bagi beras super tempatan yang mempunyai 15 peratus beras hancur. Harga jual ditetapkan antara RM1.65 dan RM1.80 per kilogram berdasarkan zon-zon di Semenanjung Malaysia. Namun tidak lagi sekarang. Paling murah adalah RM2.50 sekilogram. Walaupun ianya harga 10% hancur namun hakikatnya tiada lagi beras 15% hancur di pasaran, lalu pengguna sudah lali dengan kenaikan tersebut. Alasan yang diberi adalah pelbagai, namun semuanya berkisar tentang kekurangan penawaran. Saya tidak fikir begitu.
Dalam al-Quran ada disebutkan:
"Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(18:2)
Dalam ekonomi Islam, tumpuan tidak diberikan kepada klekurangan penawaran atau saya menggelarkannya "mr shortage" kerana ia memang pembawa masalah tetapi lebih kepada cara pengurusan sumber. Dalam ilmu psikologi, apabila ada masalah uruskan bukan beri tumpuan kepada masalah tersebut. Jika ada penawaran yang tidak cukup, itu adalah kerana tindakan-tindakan manusia yang tidak terurus. Mereka gagal menguruskan diri sendiri juga gagal menguruskan sumber-sumber ekonomi. Jangan asyik menyalahkan negara tertentu yang tidak ekspot kat kita mahupun tanah tertentu yang semakin mengecil untuk dikaitkan dengan "mr. shortage" tetapi sebaliknya salahkan diri sendiri kerana tidak terurus dan gagal mengurus. Kegagalan pengurusan inilah yang menyebabkan "mr. shortage" bermaharajalela. Kegagalan itu juga menyebabkan "mr. shortage" sering berkolaborasi dengan pihak tertentu untuk mencipta pelbagai alasan untuk menaikkan harga. Sedangkan telah jelas lagi bersuluh, kemunculan "mr. shortage" hanyalah bersifat sementara sahaja, hanya bersifat bermusim sahaja, seharusnya "mr. shortage" sedar diri, dia tidak diperlukan lagi jika penawaran kembali terurus. "Mr. Shortage" tidak boleh selamanya menipu penduduk dunia bahawa "Mr. Shortage" adalah pengasas mutlak kepada kenaikan harga. Tidak sama sekali.

Dalam kes gula pula lagi pelik, tatkala dunia harganya menurun, Malaysia pula menaikkan harga.
Harga gula dunia

Rabu, 22 Julai 2009

Pengkutuk nuklear kini menyanjunginya


Ramai negara atas dunia yang dahulunya mengutuk habis-habisan negara-negara yang cuba@telah membangunkan tenaga nuklear sama ada datangnya negara-negara membangun, negara Islam, sosialis mahupun komunis akhirnya menjadi "secret admirer" kepada tenaga tersebut. Alasan-alasan terdahulu yang dilaung2kannya seperti kejadian Chernobill, Perang US-Jepun, Bom Atom dan sebagainya kini menjadi bahan sejarah tatkala mereka mula menagih akan teknologi nuklear. Apa yang pelik, mereka mula mewar-warkannya di corong2 radio dan TV mahupun setiap persidangan yang dihadiri oleh mereka. Apakah motif mereka ini?

Sejak dulu, negara yang telah lama membangunkan teknologi itu sebenarnyalah yang untung dan bijak kerana mereka telah berupaya menjangkakan perubahan global dengan kepadatan penduduknya, dengan tenaga solar yang amat tidak praktikal akan kosnya, dan juga dengan kos gas dan minyak yang semakin meningkat serta semakin menyusut pengeluarannya. Pengkutuk nuklear kini terpaksa menelan segala ancaman palsu yang telah dilemparkan kepada dunia sehingga dunia percaya akan kejahatan negara-negara yang cuba membangunkan nuklear tersebut seperti Iran dan Korea Utara. Pengikut-pengikut pengkutuk nuklear pun semakin hari semakin berubah nadanya. Daripada menentang kepada pengintai teknologi, namun ianya agak terlambat. Jika pendirian pengikut pengkutuk nuklear bijak, mereka seharusnya mempelajari teknologi nuklear tersebut dengan pantas dan berterusan, tidak sekadar teragak2, seolah2 malu-malu kucing takut dek sergahan pengkutuk nuklear sedangkan mereka telah mengetahui pengkutuk tersebut juga adalah pengeluar nuklear terbesar.

Dunia sekarang semakin bersikap rasional. Tenaga nukkelar dahulu dianggap sebagai ancaman kini dianggap antara tenaga yang amat praktikal dan dianggap murah kerana ianya "renewable" dan kini terpulang kepada Malaysia untuk secepat mungkin mempelajarinya kerana kita semakin ketinggalan!