Memaparkan catatan dengan label UiTM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UiTM. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Disember 2010

PTK terakhir


Tamatlah sudah PTK selama 4 hari yang berakhir Khamis lepas. Setelah berusaha keras bersengkang mata dan masa menyiapkan tugasan yang diberi, akhirnya PTK terakhir dalam sejarah perkhidmatan awam berjaya disudahkan. Tiada lagi PTK selepas ini. Apapun, bagi sesiapa yang beroleh aras 4 tetap dijanjikan anjakan gaji namun bagaimanakah nasib mereka yang mendapat aras 3? Mereka ini sudah tentu tidak mendapat peluang kedua sebagaimana rakan-rakan mereka yang lain pada PTK yang lepas. Ada yang merungut tentang keadaan ini, setiap kali perubahan polisi sudah tentu ada yang menjadi mangsa. Mereka ini sudah balik awal. Kalah sebelum bertarung dan sudah angkat beg meninggalkan PTK, dengar-dengarnya. Tapi bagi sebahagian besar yang lain pula mereka tetap redha dan menganggapnya sebagai satu 'vacation' ilmu dan tempat perjumpaan sosial teman-teman yang lama mereka tak jumpa dari kampus-kampus yang lain. Tempat pertukaran ilmu juga kerana pelbagai idea dapat dikongsi bersama daripada pelbagai displin ilmu . Memang amat berbaloi sebenarnya namun ini hanya dapat dirasai bagi mereka yang mencintai ilmu. Apapun, selamat kembali ke kampus masing-masing dan mudah-mudahan kesemuanya beroleh aras 4. Marilah berdoa....

Rabu, 24 September 2008

Hari ni lawatan ke INCEIF dan Kuwait Finance House

Tepat jam 7.30 bas bergerak dari UiTM ke KL membawa pelajar-pelajar part 5 , BBA (Islamic Banking) ke INCEIF utk mengetahui apa yang ditawarkan oleh salah satu IPTS tajaan bank Negara tersebut. Agak menarik. Amat sesuai bagi sesiapa yang hendak buat research, Master atau PhD. Tempat yang agak kondusif. Namun, disebabkan surat lewat sampai @ tak diterima, Kuwait finance house tidak dapat menerima kedatangan kami. disebabkan tiada persiapan dibuat. Hanya berjumpa dengan pegawai-pegawai mereka, bersalam-salaman dan pulang. Sedikti hampa. Tiba di UiTM semula jam 6.10 pm.

Rabu, 3 September 2008

Upacara "menonggok" di Hari Merdeka

Ingatkan tak mau upload gambar sebab duduk menonggok je kat tepi dataran tapi disebabkan ada gambar Pengarah UiTM johor yang agak famous tu, maka diletakkan juga.













Rabu, 13 Ogos 2008

Boring la ustaz...

"Ustaz..takde ke artikel yg lebih light sikit"..kata pelajar kepada saya..Manjang tak paham jer saya baca artikel yang ustaz tulis..'Alamak..tak paham ke..saya syok sendiri ler ni...mmm tak sampai maksud la gamaknyer..' desus hati. "Habis tu apsal tak tanya ruangan comment tu...tanya ler apa yang patut.." jawab saya. Idea yang biasa dibuat oleh pensyarah utk me"laku"kan blog nyer..hihi.. taktik lama.."Kamu kan pelajar universiti..mesti boleh paham insya Allah..doa banyak2..tanya dalam kelas.." saya cuba bagi motivasi.

"Selang selikanlah web ustaz ni dengan gambar-gambar ke..baru nampak ceria sikit ustaz.." kata pelajar dalam kelas" Ok lah..saya cuba..tapi tak boleh selalu la..sebab matlamat blog saya nak promote gold dinar dan ekonomi Islam. Apa pun kena baca bagi paham juga yer.." pujuk saya.
Lalu saya poskan ler beberapa gambar pada post sebelum ini.

Jumaat, 4 Julai 2008

Akhirnya fasa mengecat selesai

Hari kedua mengemas Bilik CITU.
Ingatkan sudah selesai mengecat..ingat just masukkan meja-meja atau sapu sampah atau kemas-kemas jer..rupa2nya ada lagi bahagian dinding yang kena di cat. Kali ni cat putih pula. Cuma agak membosankan sedikit bila mengecat dgn warna putih ni kerana tak nampak sgt perbezaan selepas mengecat. Sedikit "demotivated". Apapun, tetap happy..

Khamis, 3 Julai 2008

Hijau Kuning bukan Kedah

Hijau Kuning tapi bukan Kedah..
Itulah dia suasana baru di Bilik CITU.sapa nak pergi tgk boleh lah dtg..letih saya mengecat tu..