Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label famili. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Mei 2009

Rindu

Sudah 10 hari meninggalkan keluarga kerana berjuang di kursus induksi, hati dan perasaan mula merindui anak-anak di rumah dan sudah tentu isteri juga yang saya pasti kepenatan melayan karenah anak-anak di rumah.

Apa yang pasti buah tangan pasti akan dibawa ke rumah nanti sebagai apresiasi pengorbanan berada di rumah bersama anak-anak tanpa suami. Apapun itula lumrah kehidupan. Teringat kembali pengorbanan nabi bersama para sahabat tatkala berhijrah ke Madinah. Dalam hati saya "ceh, ini baru sekelumit jer." gertak hati besar, nak beri motivasi.."haah ya lah ek, kecik jer ni"..nak memujukkan hati yang dalam kerinduan.

Khamis, 12 Mac 2009

Kini Muhammad Ziyad Arrasyid

Di saat-saat akhir, kami memutuskan untuk memberi nama baby yang baru lahir kepada Muhammad Ziyad Arrasyid. Apa yang kami war2kan sebelum ini belum lagi didaftarkan. Hanya nama spontan apabila saudara mara bertanya bila datang melawat. Alasan? Tiada alasan yang kukuh. Cuma ikut gerak hati kami berdua. Cumanya kami merasakan nama sebelum ini terlebih arab. Bukannya tidak baik cuma kami merasakan tidak perlu memasukkan (-) ke dalam nama. Itu saja. Lalu kami memilih Arrasyid di hujungnya tanpa meletakkan (-). Apapun bagi kami sama saja. Hanya cita rasa masing.masing. Wallahua'lam.

Selasa, 10 Mac 2009

M. Ziyad el-Amin akhirnya dilahirkan


Tepat jam 1.04 pagi, 7 Mac 2009, lahirlah seorang baby lelaki yang telah lama ditunggu sejak sekian lama. Syukur kepada Allah swt atas kurniaan yang tidak terkira banyaknya. Baby seberat 4.9 kg itu terpaksa dilahirkan melalui pembedahan kerana faktor fizikal yang besar. Nurse dan doktor pun terkejut dengan keadaan fizikalnya. Selamat datang kepada seorang lagi hamba Allah merangkap khalifah di muka bumi Allah ini. Selamat datang M. Ziyad El-Amin!