Isnin, 2009 November 09

Pemegang emas dunia, US, Jerman mendahului


Tiada satu pun negara Islam tersenarai antara "top ten" negara pemegang emas dunia. Agak mengecewakan. Tatkala beberapa individu dan intelektual Islam bertungkus lumus mempromosikan emas sebagai matawang untuk perdagangan, negara-negara di blok barat bertungkus lumus pula di dalam pengumpulannya. US yang acapkali kita mengutuk mereka dek penggunaan dolar yang semakin hari semakin susut nilainya, telah senyap-senyap mendahului negara-negara lain di dalam menyimpan emas, malah ianya adalah 77% daripada keseluruhan 'reserve'nya. Fenomena ini membenarkan lagi teori dajal yang sering dilaung-laungkan oleh beberapa individu pendokong dinar sebelum ini iaitu menghidangkan barang susut nilai kepada orang lain di merata dunia sebaliknya menyimpan emas secara senyap-senyap. Seterusnya, menjayakan lagi misi mereka menawan dunia dengan dolar palsu mereka.

Apapun tidak semua negara mempercayai dolar. Mengikut perkembangan terkini, India telah cuba menembusi "list of top ten largest holder of gold" dengan membelanjakan sekitar 6.7 bilion USD bagi membeli sebanyak 200 tan emas! Dalam hal ini, "salute" sewajibnya diberikan kepada penasihat RBI (Reserve Bank of India)mereka. RBI ternyata melawan arus perdana mentaliti ortodok orang-orang bank yang telah lama menghapuskan peranan emas di dalam kegiatan mereka. Walaupun India negara yang miskin, tetapi orang mereka agak bijak dalam hal ini. Kesannya, tak sampai beberapa bulan, mereka telah pun untung sebanyak USD300,000 kerana pembelian mereka sebanyak 6.7 bilion dolar itu kini telah berharga 7 bilion dolar!

Portugal pula selayaknya diberi gelaran negara yang paling teguh di dunia kerana simpanan emas mereka betul-betul menggambarkan kekayaan yang dimiliki oleh mereka. Ini bermaksud Portugal adalah negra yang mengembangkan ekonominya dengan berpandukan simpanan emas yang mereka ada. Mungkin selepas ini, para pengkaji dinar boleh menyelidiki kenapa Portugal, tidak negara lain? Adakah melibatkan budaya mereka atau mereka memang betul-betul faham akan pentingnya emas di dalam pembangunan ekonomi.

Malaysia pula bagaimana? Tatkala Tun Mahathir (dan orang-orang di belakangnya yang memberi idea tentang ini) hampir tercabut anak tekak memperkatakan perdagangan dengan nilai emas 10 tahun dulu, sekali lagi Melayu memang mudah lupa apabila BNM sekali lagi menyusutkan simpanan emas mereka sebanyak 59 tan. Terkini, jumlah rizab BNM sekitar 12 tan sahaja berbanding 72 tan sekitar 1990-1999 (www.thedti.gov.za). Sudahlah jauh daripada top ten list, menyusut pula. Harap-harapnya Malaysia akan cepat-cepat bangkit dari lamunan ini!

Ahad, 2009 November 08

Tahniah NS, berakhirnya penantian selama 61 tahun

(Versi loghat Negeri Sembilan)
Izinkan esey raso banggo sokojap kek entri kali ni..yang bukan nogoghi tu, siang-siang den mintak mahap banyak2 la yo..mungkin entri kali ni tak berapo sodap didongar utk org lain. Mungkin ado unsur kenegerian skit tapi esey raso kenegerian ni diharuskan sobab eh takdo melibatkan unsur-unsur kerosakan dalam agamo. Bak kato setongah riwayat "Hubbul Watan Minal Iman' tapi bondo ni takleh wek ujah yo..haa jgn lak wek ujah..ni tuk amalan beso2 jo.Takpola kan. Kalau tak setuju mintak mahap la yo. Banggo bona den kali ni sobab eh pasukan bolasepak nogoghi sombilan dapek yo meragkul kejuaraan Piala Malaysia sotolah kali terakhir monang pada tahun 1948, tatkalo tu namo eh Pialo HM Malaya. Maso tu monang lawan ko ateh Selangor, itupun solopeh lawan timbal balik kali kedua sobab eh perlawanan akhir kali pertamo 'draw' 1-1 jo. Perlawanan akhir yang keduo tu barulah monang 2-1. Dulu-dulu, perlawanan akhir ado timbal balik, jangan tak tau lak yo. Ikut sejarah eh, banyak boto liku rintangan eh ns nak monang. Dah dua kali masuk final, tak yo monang-monang. Payah bona nak melokek pialo tu kek NS. Kali ni akhir eh dapek yo. Alhamdulillah. Pagi tadi esey bukak sokabar, sumo tepampang kejayaan nogoghi..taniah nogoghi.!





Kek sokkobar Berito Harian










Kek sokkobar MStar











Kek sokkabar Utusan

Jumaat, 2009 Oktober 30

Majlis perpisahan, layanan VIP

Orang biasa-biasa apabila dilayan seperti VVIP sememangnya berasa sangat teruja. Tatkala itu mungkin isi hatinya memberitahu; "wah seronoknya menjadi VIP, patutlah kebanyakkan orang apabila memegang jawatan besar-besar agak sukar untuk melepaskannya kecuali sedikit di kalangan mereka..mungkin. Semalam, situasi itu saya rasai. Saya dan beberapa orang staf UiTM Johor yang lain akan berpindah ke kampus pilihan masing-masing. Saya amat bertuah apabila permohonan saya bertukar ke kampus UiTM Melaka dipenuhi pihak pentadbiran. Malah, kami diraikan pula dengan majlis perpisahan di dalam dua majlis yang berasingan dalam hari yang sama! Di sebelah pagi, pihak pentadbiran mengadakannya di Ledang Inn manakala di sebelah petangnya pula diadakan di Hotel Pelangi anjuran Kelab Pensyarah UiTM Johor. Memang kami tidak menjangkakan sungguh akan sambutan seperti ini diberikan kepada orang kebanyakkan seperti kami. Apatah lagi saya tidak pun sampai dua tahun berada di sini berbanding kebanyakkan staf yang lain ada yang sehingga 10 tahun mahupun menjangkau ke 20 tahun baru dapat berpindah ke kampus pilihan masing-masing. Itulah rezeki namanya. Ini semua adalah idea Pengarah Kampus sendiri yang mana kami semua difahamkan ianya adalah majlis perpisahan pertama dilakukan di kampus segamat (bagi staf biasa)dan juga julung-julung kalinya di dalam kampus UiTM seluruh Malaysia. Manakala yang di sebelah petang pula ianya adalah inisiatif oleh kelab pensyarah yang diketuai oleh Prof Madya Shaari yang walaupun sudah melepasi umur pencen tetap bersemangat menganjurkan majlis-majlis seperti ini. Nampak remeh dan kecil, tapi amat besar maknanya bagi kami yang diraikan. Indeed, this is the happiest moment i ever had..
Teringat saat-saat berpindah dari tempat kerja lama dahulu ke UiTM. Berbeza sekali keadaannya ketika itu sehinggakan selepas 3,4 bulan perpindahan, masih ada lagi rakan-rakan di tempat kerja lama bertanyakan.."lama tak nampak ko..mana ko pegi?"

Disebelah pagi (Ledang Inn)


Bukan hanya diraikan malah dapat cenderahati lagi..





Diberi peluang memberi kata-kata akhir..












Bergambar bersama Pengarah dan staf lain yang akan berpindah










Disebelah petangnya pula (Di Hotel Pelangi,Segamat anjuran kelab pensyarah)




Bersama rakan yang juga akan berpisah untuk bekerja di Riyadh








Dapat hadiah lagi..














Kelihatan juga Prof Madya Us. Zaluddin (berkopiah), juga berpindah dan akan ke UiTM NS dan menjawat jawatan Pengarah Kampus di sana.

Ahad, 2009 Oktober 25

Tatkala tarikh kematian diketahui...


Apa perasaan kita apabila kita diberitahu hanya boleh hidup secara saintifiknya selama 6-18 bulan lagi? Terasa dunia ini gelap dan amat kelam sekali. Segala perancangan sebelum ini berkecai dan sia-sia belaka. Perasaan, emosi, psikologi mahupun mental mungkin akan terjelupuk menyembah bumi. Mungkin itulah yang terjadi. Tetapi tidak bagi insan yang bernama Puan Dailiah Tamrin atau juga dikenali Raden Galoh. Beliau saya rasakan amat kuat dan hebat sekali tatkala berhadapan dengan serangan kanser. Bukan sekali serangan itu tetapi 3 kali serangan kanser. Bermula tahun 2004 sehinggalah sekarang, apabila doktor mengesahkan kanser tahap akhir dan hanya boleh hidup sekitar 6-18 bulan lagi, namun ia tidak sedikit pun melemahkan semangat beliau di dalam meneruskan kehidupan. Malah, beliau bersyukur amat sangat, kerana disebalik penyakit kanser yang dialami oleh beliau, pelbagai nikmat tidak terhingga dikurniakan oleh Allah swt sama ada explisit mahupun implisitnya. Perubahan sikap kepada yang lebih baik, keakraban adik beradik, kenikmatan di dalam beribadah dan merasai nikmat tuhan setiap kali bangun dari tidur adalah antara nikmat yang tidak pernah dikecapinya sebelum ini. Saya amat tertarik dengan kata beliau, "kanser bukanlah tentang persoalan kematian tetapi ianya tentang peringatan akan kematian." Dan dalam hal ini, beliau bersyukur, peringatan akan kematian membuatkan dirinya lebih bersedia menemuinya. Begitulah antara sedikit intipati ceramah oleh beliau di UiTM Johor semalam sempena Ceramah Intelektual Siri Ke 6 dan juga sempena bulan Kanser. Saya doakan Puan Dalilah sentiasa tabah dan dikuatkan iman di dalam melawan penyakit kansernya. Sesungguhnya perkara seperti ini betul-betul menginsafkan bagi mereka yang diberi hidayah.







Penulis berbesar hati diberi peluang mempengerusikan majlis

Khamis, 2009 Oktober 22

DDPC diiktiraf..


Alhamdulillah..percubaan pertama saya di dalam IID kali ini tidaklah sia-sia apabila dengan tidak disangka-sangka dapat menggondol "gold medal award" bagi kategori staf. Ini bermakna idea menjadikan dinar dan dirham diaplikasikan ke dalam transaksi harian semakin dapat diterima masyarakat terutamanya golongan akademik. Golongan akademik adalah golongan yang saya rasakan amat kritikal untuk diberi penjelasan akan kehebatan dinar dan dirham apabila ditransaksikan dalan kehidupan seharian. Golongan ini saya merasakan adalah golongan yang paling ideal dan efisyen untuk dijadikan golongan pendesak kepada mana-mana pihak autoriti yang terlibat jika berhajat untuk melaksanakannya di masa akan datang. Atas dasar itulah, saya berusaha untuk memberi kefahaman seberapa ramai yang boleh kepada mereka yang mengunjunginya. Ada di kalangan mereka yang baru hendak faham bagaimana dinar dan dirham boleh diaplikasikan dan sesetengah yang lain berasa ragu walaupun faham hakikat sebenar akan kelebihannya tetapi akhirnya berjaya juga saya meyakinkannya. Terserahlah kepada keyakinan masing-masing. Apa yang paling saya berpuashati ialah tatkala saya memberi penerangan kepada hakim penilai, mereka mengangguk tanda bersetuju dan menyokong terhadap tindakan dan usaha yang sedang saya dan rakan-rakan lain jalankan. Terasa puas di hati, apabila dapat menerangkan objektif dinar dan dirham ini bukan setakat pelaburan yang menguntungkan malah ianya berperanan lebih 1000 kali besar daripada itu. Mudah mudahan apabila semakin ramai golongan akademik menyokongnya, akan mempermudahkan lagi matlamat golongan pencinta dinar untuk merealisasikannya seterusnya berusaha lebih kuat lagi. Ada juga, sahabat-sahabat sekerja yang mengunjungi booth DDPC mencadangkan kepada saya agar satu bank khusus untuk transaksi dinar dilakukan dengan menyediakan satu sistem simpanan emas yang kukuh dan sistem yang berlainan sama sekali dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak bank sekarang. Contohnya memberi pinjaman rumah dengan menggunakan emas daripada bank dinar tersebut. Memang menarik cadangan itu dan sememangnya telah lama juga saya fikirkan tentang itu. Mungkin satu lagi penyelidikan boleh dijalankan. Apapun, percubaan pertama saya di dalam IID UiTM Johor tahun ini amat berbaloi sekali.














Bersama partner, seorang lagi ialah Mohd Nazri dari UMK















Bersama pensyarah senior lain yang turut serta menyertainya

Selasa, 2009 Oktober 20

Jahiliyyah umpama semak


Apa itu semak? Semak dalam bahasa mudah saya bolehlah ditakrifkan (ikut akal sendiri) ialah 'sekumpulan' rumput rampai mahupun pepohon yang tidak dikehendaki oleh manusia. Semak menandakan kawasan itu jarang dibersihkan. Semak juga menyakitkan pandangan mata dan selayaknya ditebas dan dicantas agar tanpanya kawasan menjadi indah. Agar tanpanya kawasan persekitaran menjadi bebas sebebas-bebasnya daripada tempat habitat liar seperti ular, lipan dan segala serangga mahupun binatang berbahaya yang tidak dikehendaki manusia. Walaupun semak itu terdiri daripada pelbagai spesis rumput rampai, lalang-lalang mahupun pohon-pohon kecil yang menghijau, namun ianya amat-amat tidak dikehendaki. Nampak hijau tapi tidak menawan dan tertawan bagi sesiapa yang memandangnya. Bohong kalau ada orang kata semua benda hijau itu sejuk mata memandang. Nah,benda hijau ini terkecuali. Benda hijau ini perlu dihapuskan agar hanya benda hijau yang betul-betul hijau dari segi lahiriah dan batiniah sahaja dibenarkan tumbuh dan 'survive' lalu ianya secara automatik akan disusuli warna-warna ceria yang lain dalam pelbagai bentuk yang asyik lagi mengasyikkan seperti merah, kuning, biru, ungu dan sebagainya yang mana akan tumbuh di atasnya mahupun dicelah-celahnya.

Semak ini sememangnya tidak lebih hanya pengacau kepada tumbuhan dan pepohon bunga yang cantik dan mekar. Pepohon yang sentiasa menjadi idaman bagi orang berusaha membajanya. Jangan harap nakkan hasilnya jika tanpa berusaha bersungguh-sungguh hendak mendapatkan hasilan yag cantik dan mekar itu. Hanya mereka yang pemalas, lesu dan tak nak ambil tahu sahaja berasa tidak kisah jika semak bermaharajalela di kawasan belakang rumahnya mahupun di kebun-kebun dan kawasan sekitarnya. Namun, bagi menutup kemalasan mereka, ada juga segelintir daripada golongan itu menyuruh orang lain untuk menebasnya kerana tidak cukup masa, katanya. Orang seperti ini boleh tahan juga akan kepintarannya. Tapi sebenarnya tidak kekal lama kerana terlalu bergantung kepada orang lain dan lama kelamaan akan menjadi tidak efisen dek kos yang sentiasa dikeluarkan pada setiap kali hendak membersihkanya. Sikap ini hanya baik pada jangka masa pendek sahaja. Sesudah itu dibiarkan terbiar berbulan lamanya. Lalu, menjadilah ia semak semula. Mereka ini langsung tiada konsisten. Hanya merasa sekejap saja akan ketidakselesaan terhadap semak-semak itu. Selepas itu, kembali kepada perangai lama, tidak mahu membersihkannya. Katanya, tak cukup duit nak mengupah orang untuk menebasnya. Memang pun begitu. Mana nak larat asyik upah sahaja kerjanya. Kalau diracun lama juga bertahannya tapi semak itu bermaharajalela semula malah lebih dahsyat lebatnya daripada sebelumnya. Kalau duit banyak?Haa yang itu cerita lain. Itu 'exception'. Ini cerita yang 'normal' dan 'average' sahaja.

Berbalik semula cerita tadi. Orang seperti ini (selesa dan tidak kisah akan semak samun)amat malas hendak menggunakan tulang empat kerat mereka kendatipun sihat walafiat. Kenapa nak tunggu orang baru semak itu dapat dibersihkan? Orang ini amat bergantung pada orang. Tapi kena ingat orang lain bersihkan semak untuk kita tak sama dengan kita bersihkan. Jika kita rajin sudah tentu kita akan buat bersungguh-sungguh. Mungkin kita bukan setakat menebasnya sahaja, malah kita akan mencabutnya sehingga ke akar-akarnya sekali agar semak itu tak mudah nak tumbuh semula. Itu bezanya kita jika kita buat sendiri dengan orang lain buat. Lepas itu kita akan cabut balik sehingga kita berasa ghairah dan akhirnya menjadi satu budaya pula. budaya mencabut rumput..! huhu.. Apa yang saya merepek ni??...

Tidak tuan-tuan. Ini bukan merepek. Ini analogi. Dalam dunia realiti, semak itu adalah kejahilan kita. Semak itu jugalah maksiat yang berleluasa di persekitaran kita dan juga sikap mazmumah yang telah berakar umbi terlalu lama dalam batang tubuh diri kita. Adakah kita hendak berasa selesa dengan kejahilan dan kemaksiatan itu?. Ingatlah sabda nabi, proses membasmi kejahilan bermula daripada buaian hinggalah ke liang lahad. Kejahilan adalah akar kepada kemusnahan dan kemaksiatan. Ianya umpama semak yang wajib ditebas. Ianya mesti membuatkan kita berasa amat tidak selesa akan kewujudannya.

Isnin, 2009 Oktober 19

Dinar Dirham Performance Converter (DDPC) at IID 2009 UiTM


This week is the busiest week throughout the semester. Marking papers e.g:tests, conducting tests (still not finished..), updating course files, SKT and also participating IID Competition should be done and completes. IID is stand for Invention, Innovation and Design 2009. This is the first time i get involved into this competition but seriously when i looked at to the list of participants and contestants, to win it, quite difficult but not impossible. Nevertheless, this the chance for me to once again promote dinar and dirham as a correct money to be used in the future. All invited to visit there..

What is DDPC?
DDPC is a tool in measuring performances of dinar dirham compared to ringgit (RM). The basket prices of goods in the market has been converted into dinar dirham values to compare the performances of RM. In getting accurate and practical values, dinar dirham has been converted first to dollar before finally turn to ringgit.

Application
The conversion of dinar dirham (DD)-dollar-RM has been applied in Microsoft Excel and thus, it has become user friendly particularly in adjusting current values of either prices of DD, dollar, ringgit or even basket prices of good. Besides, the result of performance (in percentage) could be automatically generated once the values entered.
 
The impact
The government and society will become ”well informed and aware” about the current performance of dinar dirham compared to RM in transacting goods and services. They will know which goods has become more unstable (stable) in the market. This will make them to consider at least alternative mechanism (such as choosing another good) if not a system.

The potential of commercialization
A basis of DDPC card . If BNM approved it, it will become an alternative system of currency. Even though, the global market still not using it, but a country could be able to do by engaging them during transaction. The application is similar with the card applied to ”touch n go” or ”smart tag”. The difference here is in term of the value of the card. This card will automatically reduces the values of balance in dinar/dirham by just swapping it.