Matlamat ekonomi Islam iaitu :al-Falah tidak tercapai kerana jurang kemiskinan semakin melebar antara kaya dan miskin dan ini sepatutnya tidak berlaku sekiranya tidak menggunakan wang kertas. Wang kertas menjadi punca berlakunya kemerosotan nilai wang, kemerosotan kuasa membeli, kemerosotan di dalam financial capital (surplus dalam penggunaan harian yang boleh disimpan) dan ini menjadi seseorang itu menjadi semakin miskin dan sekaligus menggalakkan pinjaman, riba dan hutang sepanjang hayat. Manakala si kaya yang mempunyai financial capital setinggi bukit akan membuat kekayaan setinggi langit pula kerana memberi pinjaman dan mendapat gandaan darinya berlipat kali ganda lalu menjadilah seorang billionaire yang dahulunya agak jarang kita dengar status sedemikian. Selain itu?Golongan pertengahan kelas menengah akan lupus secara beransur-ansur akibat daripada jurang kekayaan yang semakin melebar itu tadi. Kesannya daripada itu adalah pelbagai dan banyak tetapi antara yang serius ialah berlakunya rasuah yang berleluasa dari si kaya kepada si miskin.
The site that promotes the advantages of physical gold particularly the gold dinar as stated in Holy Quran. The coming future, it is hoped that people start to realize its significance and crucial roles that can be played by gold dinar as a stabilizer in economics as well as replacing papers' currency.
Sabtu, 30 Ogos 2008
Matlamat ekonomi Islam tidak mungkin tercapai jika sistem sekarang terus dipertahankan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan