Selasa, 24 Mac 2009

Proton jangan ghairah

1. Akhir-akhir ini Proton didapati mengabaikan prinsip Muamalat di dalam menerima tempahan kereta model terbarunya. Seingat saya, bermula dengan kereta Persona dan yang terbaru adalah Exora.

2.Apa yang dimaksudkan di sini adalah menerima tempahan tanpa memaparkan keseluruhan imej sebenar model proton tersebut. Walaupun digambarkan melalui beberapa imej tidak lengkapnya dan keterangan beberapa spesifikasi pada imej tersebut namun saya berpendapat ianya masih tidak memadai.

3.Ini kerana membeli kereta tidak sama dengan menempah hardware atau software di internet atau menempah kuih raya melalui email dan sebagainya kerana harga dan tempoh penggunaan yang berbeza dan tidak sama. Bahkan, tempahan kuih raya pun orang akan melihatnya secara dekat melalui sampel-sampel yang disediakan dan sesetengahnya membenarkannya untuk merasai rasa kuih tersebut.

4.Alasan bahawa pengguna telah pun bersetuju untuk menempahnya walaupun tidak melihat secara gambaran sebenar tidaklah boleh dijadikan alasan kerana Islam itu sendiri memelihara kepentingan semua manusia dan bukan segelintir manusia dan dalam hal ini terrdapat segelintir pengguna kadangkala ghairah untuk memilikinya.

5.Proton harus sedar, di dalam keghairahan mereka meningkatkan penjualan kereta model terbaru di saat kemelesetan ekonomi ini, prinsip muamalat di dalam aqad Bay' Salam tersebut seharusnya tidak terlepas pandang.

7 ulasan:

Abu Khawarizmi berkata...

Salam. Syeikh modify & tambah sikit isinya sampai jadi minimum 2 page dan hantar ke surat khabar, rencana@utusan.com.my atau bhsurat@bharian.com.my. Insyaallah boleh keluar paper. Aku cadangkan tajuknya Tempahan Proton Tak Ikut Syariah..

D'Rimba berkata...

Tahniah atas penulisan hebat, terima kasih atas penjelasan. Di sini saya juga ingin mendapat penjelasan syeikh tentang sistem jual beli rumah yang diterima pakai oleh bank Islam itu sendiri.

Dziauddin berkata...

Ust Ali,
Akan dipertimbangkan jika ada masa. Apapun terima kasih atas galakan ustaz.

Zami Skywalker berkata...

This is 'Uncertainty' in islam...
lebih kurang mcm beli anak ayam dalam telur ayam la ek ustad? btol ker?

Dziauddin berkata...

Betul tu..tapi takde org nak beli anak ayam melainkan dah kuar dr telur! makan KFC lagi sedap..

panglimahitam berkata...

jual beli rumah pun tak betul lah din... gua beli rumah dalam pembinaan mcm mana ni din... perlu ke aku jual balik... bank islam kata ok... tengah bercelaru aku ni din... semua nye dah tak betul kat malaysia ni din...

Dziauddin berkata...

Diorang guna istisna' atau BBA iaitu tempahan rumah akan dtg. Produk tu mmg banyak sangkut. Better ko guna produk ijarah thumma al-bay' dah siap rumah baru jual kat ko.