Kali ini saya hendak cakap pasal politik. Sudah lama ditahan-tahan.
Alkisahnya UMNO kata politik Malaysia mesti berlandaskan Melayu sebagai tunjangnya, betul ke?..mungkin
Bagi mereka Melayu ada keistimewaannya, sudah disebut dalam perlembagaan
Perlembagaan itu pula telah dipersetujui bersama..kenapa hendak ubah?
Melayukan majoriti di Malaysia ini? Ini bukan perkauman, ini realiti..
Sesetengah yang lain pula kata perlembagaan itu boleh diubah..yang tidak boleh diubah adalah al-Quran dan Al-Sunnah..ada benar juga analogi itu. Mungkin ramai kata betul.
Mereka juga kata rakyat sudah berubah..pemikirannya, mentalitinya dan segala macam lagi dah berubah? betul ke? mungkin..
Bagi mereka rakyat sudah menolak UMNIO dan BN, betul ke? Ada bukti?
Ada..kata mereka. Apa dia? PRK Parlimen Permatang Pauh dan K. Terengganu..boleh terima juga
UMNO mengakui partinya bermasalah..
Rasuah "merata-rata" dan "bersepah-sepah"...betul ke? Mungkin dan terlebih mungkin..
Mungkin + terlebih mungkin = pasti!
Ya pasti sebab sudah ada yang sudah dijatuhkan hukuman. Mungkin Norza akan menyusul pula. Apa pun dia terselamat. Khairy yang didapati bersalah pun terselamat. Disebaliknya semua ini, Muhammad Muhammad Taib dapat kelebihan. Kasihan Muhyiddin Yasin. Mungkin dia tidak menjadi calon pilihan ketika ini. Namun, apapun boleh terjadi. Be strong Muhyiddin!
PR pun ada masalah juga...
Rasuah melibatkan org tertinggi PKR di Pulau Pinang
Rasuah lembu, rasuah servis kereta di Selangor
Tapi adakah rakyat kisah pasalnya? Mungkin kisah juga.. tapi majoriti mungkin tidak kisah juga
Pagi tadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang melalui faksimilinya utk letak jawatan bermula 8 April 2009, katanya nak sambung belajar. Boleh percaya? Rakyat pasti tertanya2..
TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz juga kelihatan tidak sama dan berbeza..
Seorang hendak perpaduan Melayu seorang lagi menolak..So, mana satu? rakyat pasti tertanya-tanya. Kalau hendak ikut keputusan muktamar seharusnya kena ikut lah betul2..ke keputusan muktamar boleh diubah mengikut kesesuaian semasa? Mungkin boleh..alasan maslahah mungkin sesuai. Tapi mungkin kebanyakkanya tidak berapa kisah pun sebab momentum politik sekarang bukan ke arah PAS, PKR mahupun DAP tapi sudah ke arah Melaka mahupun Bukit Gantang.. Melaka mungkin lebih menarik sikit sebab negeri tu kelihatan "aman" sebelum ini..tiba2 ada perhimpunan..kaki politik pun naik ra untuk memperkatakannya..
Alkisah Ali Rustam pula menyayat hati. Tiba-tiba sahaja karier politiknya merudum. Seakan kejatuhan dollar di pasaran kewangan antarabangsa. Pernah ditanya wartawan. Seperti biasa dia tidak boleh terima soalan bila ditanya wartawan berkenaan gesaan PAS dan PKR untuk letak jawatan. Dia kata jawab pasal Guan Eng dan Anwar dulu baru dia jawab soalan tentang hendak "resign" atau tidak. Banyak betul syaratnya. Kasihan wartawan tidak dpt jawapan yang panas utk keluaran "paper"nya esok hari. Apapun wartawan tetap wartawan. Jawapan tidak perlu, keadaan itu sendiri pun sudah panas.
Tapi mana DAP ya? bukankah Ayer Keroh kawasan mereka? mungkin perhimpunan di kawasan masjid lalu DAP teragak-agak.. Hendak buat macam mana, memang itu tempat strategik bagi mereka yang sukakan perhimpunan sebegini. Perhimpunan agung rakyat dan polis juga.
Pemilihan UMNO semakin dekat. Adakah politik Melayu atau politik Islam atau politik rakyat atau bagaimana yang akan disajikannya nanti. Sudah tentu mereka akan memperjuangkan semuanya. Apapun mari tunggu dan lihat..Sesungguhnya juak2 politikus pasti akan melihatnya dengan teliti!
Apa kaitan mereka ini dengan emas?
Jawapannya mudah..tiada kaitan langsung!
3 ulasan:
memang tidak ada kaitan langsung kerana mereka sendiri mungkin sudah selesa terpesona disihir acuan barat sistem barat matawang barat bahasapun barat. Alahai sampai bila alahai mengangalah kita alahai sandiwara semasa.
memang tidak ada kaitan langsung la ustaz..hohoo..tapi jika org melayu ni masih anggap diri mereka ni penting..nak menjaga maruah bangsa ibarat emas yg berharga..mgkin ada nilainya..ada kaitannya..masalahnya org melayu sekarang macam tidak tahu menghargai bangsa sendiri,yang mereka tahu menjatuhkan antara satu sama lain...seolah2 bangsa kita ni hanya sekadar nama,tanpa ada nilainya.cuba kita letak bangsa melayu bernilai berbilionXXXXXX emas..maka berebut-rebut la yg nak jaga dan macam2 lagilah...aduhai...melayu..
Memang tak ada kaitan langsung sedangkan bahasa Melayu sendiripun tak boleh nak bangunkan. Maju bahasa majulah bangsanya.
Catat Ulasan