Khamis, 12 Mac 2009

Kini Muhammad Ziyad Arrasyid

Di saat-saat akhir, kami memutuskan untuk memberi nama baby yang baru lahir kepada Muhammad Ziyad Arrasyid. Apa yang kami war2kan sebelum ini belum lagi didaftarkan. Hanya nama spontan apabila saudara mara bertanya bila datang melawat. Alasan? Tiada alasan yang kukuh. Cuma ikut gerak hati kami berdua. Cumanya kami merasakan nama sebelum ini terlebih arab. Bukannya tidak baik cuma kami merasakan tidak perlu memasukkan (-) ke dalam nama. Itu saja. Lalu kami memilih Arrasyid di hujungnya tanpa meletakkan (-). Apapun bagi kami sama saja. Hanya cita rasa masing.masing. Wallahua'lam.

2 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Kenapa nama panjang2?

Nanti dia tak tulis nama bapa pada nama dia.

Anak saya

Umar Hasbullah
Hamzah Hasbullah
Sawda Hasbullah

Dziauddin berkata...

Cukuplah ada nama bapa kat I/C. Kalau dia ingatkan bapaknya nanti dia tulislah, insyaAllah..