Bagi pelajar yang memberi alasan harga tepung naik tulah sebab harga karipap naik, baiklah. Ada dua jenis kenaikan. Satu kenaikan secara langsung terhadap harga bahan mentah (ia dikenali sebagai kenaikan kerana interaksi bekalan dan permintaan) dan satu lagi kenaikan secara beransur-ansur dan ini dikenali sebagai kenaikan inflasi. Kalau harga minyak naik, fine kita boleh katakan ianya sebab shortage atau mungkin juga spekulasi yang menambahkan lagi kenaikannya. Tapi jika itulah seba kenaikan minyak maka teori ekonomi menekankan ianya adalah temporari sahaja maka dengan itu harga minyak akan kembali kepada asal dan menjadi stabil. Tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya? Tapi jika secara beransur-ansur dalam jangka waktu panjang saya merasakan bukannya disebabkan teori ekonomi lagi tetapi satu sistem yang melanggar teori tersebut iaitu inflasi. Kita mesti pandai membezakan kenaikan inflasi dengan kenaikan interaksi pasaran!
Saya mengatakan begini, mari kita lihat persoalan ini secara lebih objektif. Adakah harga tepung naik kerana tepung tak cukup di pasaran dunia? Adakah kita dapati kat kedai skrg ni tiada tepung lalu harga tepung terus naik? (mungkin ada yang kata minyak ada kat petronas tapi tetap naik juga.., takpe teruskan dgn hujah itu). Adakah kita nak menyalahkan tanah yang sentiasa tidak cukup untuk penanaman gandum yang menyebabkan jumlah gandum semakin berkurangan dan tidak mencukupi lalu bekalan tepung berkurang? Adakah kita nak menyalahkan populasi dunia yang bertambah lalu demand terhadap tepung bertambah lalu memberi impak kepada harga? Betul juga tetapi ianya tidak seharusnya berterusan naik..mungkin naik tetapi lama kelamaan keadaan pasti stabil semula menyedari masyarakat akan berusaha menyesuaikan diri terhadap bekalan yang tidak seimbang itu (seharusnya itulah yang mesti berlaku).....sepatutnya apabila harga karipap naik daripada suku sen kepada setengah sen (kenaikan yang possible..) contohnya maka ianya mesti akan turun juga kepada suku sen lambat laun. Sama lah kesnya dengan tepung..lambat laun akan turun juga...tetapi kenapa terus naik? tidak cukupkah dengan jaminan Allah swt di dalam surah Ibrahim yang bermaksud:
"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. " (Ibrahim:34)
Apa agaknya yang boleh kita ambil kefahaman dlm ayat dia atas utk relate dengan perrbahasan ini? Saya mengatakan mafhumnya begini.. Cukup banyak resources tu semua wahai manusia..yg tak cukup adalah sebab kamu...diri kamu yang tamak, bergaduh sesama sendiri, courrupted, misallocate funds dan sebagainya..apakah sistem dan polisi yang kamu gunakan itu betul?
Kemudian seorang lagi pelajar tanya..Tapi kan dulu tak guna gas nak goreng karipap, skrg buat karipap kena guna gas. So, macam mana? Terpaksa naik juga...Wah..mcm2 persoalan ditimbulkan....(to be continued..)
2 ulasan:
salam ustaz...mungkin siapa yg berminat tentang perkara ni, atau yang terbaca blog ni aware about this matter..how come we want to let others know about this? apa pendekatan yg sedang atau akan di buat?
wslm..senang je..sebar2kanlah blog ni kepada rakan-rakan ke, sanak saudara ke, bankers ke etc...encourage them to discuss, to argue, to commend on this blog..
Catat Ulasan