The site that promotes the advantages of physical gold particularly the gold dinar as stated in Holy Quran. The coming future, it is hoped that people start to realize its significance and crucial roles that can be played by gold dinar as a stabilizer in economics as well as replacing papers' currency.
Ahad, 20 Julai 2008
Inflasi (Part 1)
Inflasi. Satu istilah yang sudah sebati dalam sistem ekonomi. Manusia tidak mampu membayangkan satu sistem tanpa inflasi. Inflasi ibarat syariat dalam ekonomi. Ianya dijadikan satu panduan dalam menentukan jatuh bangun ekonomi. Manusia dipaksa 'bersujud' dan patuh terhadap petunjuk inflasi. Inflasi dicipta untuk memberitahu manusia agar ekonomi mesti diberikan alasan untuk kenaikan harga secara berterusan. Saya italickan 'berterusan' kerana itulah ciri-ciri utama kenaikan secara inflasi. Ya, kenaikan harga satu kemestian tapi kenaikan yang berterusan bukannya satu kemestian. Saya dah terangkan perkara ini secara ringkas dalam contoh yang mudah dalam edisi karipap sebelum ini. Saya katakan karipap naik bukannya supply and demand tetapi inflasi. Jika supply and demand kenaikannya bukannya berterusan. Berterusan tidak semestinya setiap tahun atau setiap bulan. Kenaikan berterusan haruslah dilihat dalam bentuk purata. Maknanya tidak semesti kenaikan harga naik setiap tahun tetapi melihat pada trend sekarang ianya satu yang ajaib jika tidak naik setiap tahun malah setiap bulan! Berbalik kepada inflasi. Entah siapa yang mencipta inflasi tidaklah diketahui kerana belum buat kajian lagi. Tapi yang pasti ekonomi Islam telah buang jauh2 istilah ini. Tiada tempat baginya di dalam ekonomi Islam. Sesiapa yang membahaskan inflasi dalam prinsip ekonomi Islam adalah satu kesalahan besar. Namun untuk mengaitkannya dalam permasalahan ekonomi, sarjana Islam membenarkannya. Di sekolah ekonomi, diperingkat sarjana muda, sarjana mahupun Phd, masing-masing sibuk mengkaji inflasi. Bagaimana keterkaitannya dengan ekonomi sekarang ini. Namun, saya tidak menyalahkan hal ini. Kerana ekonomi konvensional memang dirangka sedemikian rupa. Beratus-ratus tahun dahulu. Tapi perasankah kita inflasi ini satu rekaan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan