Inflasi adalah satu rekaan?. Satu statement yang akan ditolak mentah-mentah oleh pihak yang menganut mazhab konvensional. Mungkin Bank Negara pun. Saya sengaja menempuh jalan sukar. Saya sebenarnya melawan arus perdana. Arus yang diciptakan oleh barat. Dan di warisi oleh setiap negara seantero dunia. Adakah saya spesis ganjil dan minoriti? Mungkin. Namun, sebenarnya saya tidaklah berseorangan. Masih ramai lagi yang sama mazhab dengan saya. Yang mewajarkan tindakan saya. Yang mengatakan kerosakan demi kerosakan telah berlaku di dalam dunia kewangan sekarang. Yang menyatakan duit bukanlah matlamat. Yang mengiyakan duit haruslah wujud terkemudian dari barangan dan perkhidmatan. Yang menyetujui duit harus mempunyai tali persaudaraan dengan produksi dan pelaburan.
Memang itulah pun yang dilaksanakan dalam ekonomi sekarang. Apa masalahnya lagi? Apa benda yang hendak ditambah lagi? Apa kurangnya lagi? Mungkin persoalan itu selalu dilemparkan. Ketahuilah..memang banyak yang perlu perbetulkan. Mari kita lihat di dalam dunia pelaburan. Adakah ianya menghasilkan barangan dan perkhidmatan sejajar pertumbuhan bekalan wang? Bagi mereka yang belajar finance, bekalan wang dikenali sebagai M1,M2 dan M3. Mari kita lihat kepada pertumbuhan wang. Adakah ianya selari atau sama rate of growthnya dengan produksi (GDP) sesebuah negara? Memang tidak sama. Jika pertumbuhan GDP mengabaikan inflasi (kenapa perlu abai inflasi: lihat nota dibawah), kita dapati pertumbuhannya adalah amat tidak seimbang iaitu jauh kurangnya dengan pertumbuhan bekalan wang (M1,M2,M3). Kenapa tidak seimbang?
Jawapannya:
1. Duit wujud tanpa mempedulikan produksi yang dihasilkan. Buktinya sesetengah instrument kewangan berlandaskan pelaburan yang kurang jelas dan non-physical seperti bon-bon, sekuriti dan sebagainya. Adakah pelabur yang mencarumkan duit mereka mahukan risiko kerugian? Sudah tentu tidak? Mereka membeli bon hanyalah untuk keuntungan. Di mana semangat kerjasama yang diwar-warkan? Maknanya tiada kepedulian terhadap produksi dalam pelaburan. Persoalan yang lebih jauh lagi..adakah wujud produksi dalam pelaburan singkat?
2. Duit tiada tali persaudaraan dengan produksi. Buktinya? Duit dihasilkan melalui interest di dalam pinjaman. Adakah pinjaman mempunyai kaitan dengan produksi secara langsung? Bank akan tetapi memperolehi tambahan wang di dalam akaun mereka sekalipun peminjam tidak menghasilkan produksi ataupun menghasilkan produksi tetapi tidak sebanyak pertambahan wang!
3. Duit jadi matlamat bukannya perantaraan. Buktinya pelaburan bon jangka pendek. Jika difikirkan apakah keuntungan yang boleh dibuat di dalam masa sehari atau seminggu atau dua minggu jika sesuatu produksi itu diusahakan? Tanam jagung sebagai contoh mudah, bolehkah mendapatkan hasilnya sehari dua? So, logikkah hasilnya diperolehi sesingkat itu? Mana datangnya duit sesegera itu? Mungkin ada pihak yang mengatakan itukan satu pembiyaan dari golongan surplus kepada golongan deficit. Ya, betul. Tapi adakah ini sebagai bentuk kerjasama? Adakah golongan surplus mahu membiayai sekiranya tidak dijanjikan keuntungan daripada awal kepada mereka? Kenapa mereka harus dijanjikan keuntungan. Jika benar pelaburan, mereka harus dibebani risiko juga. Oh, kalau begitu tak dapat lah duit segera. Ya, betul dan saya setuju. Memang tiada duit segera dalam Islam. Bila tiada segera, maknanya ada usaha. Bila ada usaha adanya produksi sekaligus menghapuskan shortage yang sentiasa saja diwar-warkan oleh kerangka ekonomi konvensional.
Note: Kebanyakkan GDP memasukkan harga barangan dan perbelanjaan berasaskan harga semasa. Apabila ini berlaku, pertumbuhan GDP semestinya selari dengan pertumbuhan wang kerana pertumbuhan wang akan memberi petunjuk kepada inflasi. Bermaksud, kita tidak akan dapat melihat perbezaan pertumbuhan wang dan GDP. Sekalipun Real GDP digunakan ianya masih lagi kurang tepat kerana period of time adalah terhad pada masa tertentu seperti 5 tahun atau 10 tahun.
The site that promotes the advantages of physical gold particularly the gold dinar as stated in Holy Quran. The coming future, it is hoped that people start to realize its significance and crucial roles that can be played by gold dinar as a stabilizer in economics as well as replacing papers' currency.
Rabu, 23 Julai 2008
Inflasi (part 2)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
alamak, pening kepaa aku baca lah blog ko... satu patah haram pun aku tak paham ni.... berat tul la...
aku komen tu je la.. hihihi
takpe..boleh belajar..
Catat Ulasan