Sabtu, 26 Julai 2008

Gubah wang haram

Sewaktu bekerja di Universiti Multimedia sekitar tahun lepas, terdapat di kalangan warganya cukup berminat tentang pelaburan untung tetap. Skim pelaburan tersebut mendapat perhatian yang tinggi kerana menjanjikan untung yang 'confirm'. Maka ramai yang tertarik lalu melaburkan duit mereka termasuklah pelajar-pelajar. RM1000 dijanjikan RM2000 yang dibayar setiap bulan selama 8 bulan. RM2000 pula dibayar RM4000 juga dalam tempoh yang sama. Begitulah seterusnya. Dengar khabar, ada yang mencecah sehingga puluhan ribu ringgit! Untuk meyakinkan pelanggannya, cek sebanyak 8 helai (mewakili setiap bulan) telah siap diberikan kepada pelanggan dan boleh ditunaikan pada setiap bulan. Lalu berlakulah sambutan yang hangat. Saya sendiri pun nyaris-nyaris terjerumus. Sebagai melindungi hukum muamalat di dalam perniagaannya kononnya, perniagaan yang lebih mirip kepada pelaburan itu telah ditukar akadnya kepada akad jual beli kerana menyedari ramai cerdik pandai menyanggah perniagaannya nanti dengan dalil seperti ini: "tiada keuntungan yang dijanjikan di dalam pelaburan" atau "keuntungan dalam pelaburan perlu kepada risiko". Maknanya keuntungan sebanyak sekali ganda itu ditakrifkan sebagai keuntungan hasil daripada jualbeli. Namun saya tidak berpuashati, lalu menelefon pengasas syarikat tersebut untk bertanyakan tentang perjalalanan transaksi tersebut. Satu soalan yang beliau tidak dapat memberikan jawapannya ialah tentang mana datangnya duit untuk pembelian kali kedua. Ok, utk lebih memahami, saya bagi contoh begini:

Sykt A (Penjual Produk): Aku jual barang ini dengan harga RM1,000
Pelanggan (Kita) : Aku terima.
Seterusnya,
Pelanggan (Kita): Aku jual barang ini dengan harga RM2000 secara tangguh selama 8 bulan
Sykt B (Pembeli Produk, juga sykt yang sama dibwh sykt A): Aku terima.

Hakikat sebenarnya Sykt B adalah juga sykt A kerana taukeh yang sama. Berdasarkan soalan saya tadi, mana datangnya duit RM2000 dan kenapa pula hendak beli dengan harga RM2000? Dia menjawab itu awak tak perlu soalkan kerana pengguna dah bersetuju dan kami mampu bayar. Kami ada pasaran yang luas. Itu adalah bukan jawapannya!

Baiklah, sebagai seorang pengguna adakah saya hendak beli produk yang sama dengan harga yang berbeza. Lebih baik saya beli dengan harga RM1000 daripada sykt A berbanding skyt B. Sesiapa yang beli produk daripada skyt B pengguna tersebut bukan pengguna yang rasional dalam ekonomi. So, barang berharga RM2000 itu semestinya tidak dapat dijual menyedari harganya lebih mahal daripada sykt A. Justeru, satu lagi mainan wang dicipta. Bagi mereka yang menyedari, mereka akan mengelak dan sebolehnya memberi peringatan kepada mereka yang join. Tapi ramai yang tidak suka golongan kami ini, kata mereka kami ini penyekat rezeki mereka. Nauzubillah, tak pernah berniat langsung ke arah itu. Kami bukan tuhan untuk menyekat rezeki orang.

Setelah masa berlalu akhirnya kegiatan mereka diberi 'warning' oleh Suruhanjaya sekuriti. Namun mereka tetap mempertahankannya dengan alasan sykt itu sykt yang lain, namanya saja hampir sama. Skyt tersebut sgt terdesak untuk mempertahankan wangnya. Pelanggan pula terpaksa berdoa agar duit mereka kekal selamat. Namun apakan daya, langit tidak sentiasanya cerah, dua hari lepas satu berita yang mungkin menjadi penamat kepada mainan wang ini telah pun terpampang di dada akhbar.

________________________

Suami isteri didakwa gubah wang haram RM170 juta

KUANTAN 23 Julai - Pasangan suami isteri hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana menghadapi 189 pertuduhan terlibat dalam penggubahan wang haram bernilai hampir RM170 juta.

Tertuduh, Dr. Jailani Jabar, 48, dan isterinya, Dr. Latifah Taib, 47, yang tinggal di Jalan Kubang Buaya di sini didakwa melakukan perbuatan tersebut antara bulan Februari 2006 dan Oktober tahun lalu.

Jailani didakwa atas 106 pertuduhan melibatkan nilai RM98.7 juta, sementara Latifah atas 89 pertuduhan membabitkan nilai RM71.3 juta.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan yang dibacakan di tiga buah mahkamah di hadapan Hakim Jagjit Singh Bant Singh, Hakim Ahmad Zamzani Mohd. Zain dan Hakim Habibah Mohamed Yusof.

Pendakwaan dikendalikan oleh dua Timbalan Pendakwa Raya, Dzulkifli Ahmad dan Saifuddin Hashim Musaini, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Sebutan kes itu berlarutan selama lebih enam jam yang bermula pada pukul 3 petang sehingga 9.30 malam.

Mengikut pertuduhan, kes-kes melibatkan pembayaran deposit dan ansuran bulanan sembilan buah kereta termasuk jenama BMW, pembelian empat buah rumah, dua buah lot rumah kedai, satu lot kilang selain transaksi kemasukan wang menggunakan akaun syarikat ke akaun peribadi masing-masing.

Kedua-dua pasangan itu didakwa menggunakan nama syarikat Jailani, Jai Network System Sdn. Bhd. dan Bagai Wangsa Sdn. Bhd. bagi menjalankan kegiatan tersebut.

Mereka didakwa mengikut Syeksen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang dibaca bersama Seksyen 87(1)(b) akta yang sama.

Selepas pertuduhan dibacakan, Dzulkifli mencadangkan kepada mahkamah agar tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Syed Azimal Amir bagaimanapun meminta mahkamah mempertimbangkan jumlah jaminan memandangkan harta pasangan suami isteri itu telah dibekukan sejak setahun lalu selain Jailani yang mempunyai tiga isteri lain dan 13 orang anak.

Mahkamah kemudian memutuskan Jailani diikat jamin sebanyak RM848,000, sementara Latifah sejumlah RM415,000 masing-masing dengan seorang penjamin, dengan dokumen perjalanan mereka juga perlu diserah kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 11 Ogos depan bagi sebutan kes di hadapan Jagjit Singh.

Rabu, 23 Julai 2008

Inflasi (part 2)

Inflasi adalah satu rekaan?. Satu statement yang akan ditolak mentah-mentah oleh pihak yang menganut mazhab konvensional. Mungkin Bank Negara pun. Saya sengaja menempuh jalan sukar. Saya sebenarnya melawan arus perdana. Arus yang diciptakan oleh barat. Dan di warisi oleh setiap negara seantero dunia. Adakah saya spesis ganjil dan minoriti? Mungkin. Namun, sebenarnya saya tidaklah berseorangan. Masih ramai lagi yang sama mazhab dengan saya. Yang mewajarkan tindakan saya. Yang mengatakan kerosakan demi kerosakan telah berlaku di dalam dunia kewangan sekarang. Yang menyatakan duit bukanlah matlamat. Yang mengiyakan duit haruslah wujud terkemudian dari barangan dan perkhidmatan. Yang menyetujui duit harus mempunyai tali persaudaraan dengan produksi dan pelaburan.

Memang itulah pun yang dilaksanakan dalam ekonomi sekarang. Apa masalahnya lagi? Apa benda yang hendak ditambah lagi? Apa kurangnya lagi? Mungkin persoalan itu selalu dilemparkan. Ketahuilah..memang banyak yang perlu perbetulkan. Mari kita lihat di dalam dunia pelaburan. Adakah ianya menghasilkan barangan dan perkhidmatan sejajar pertumbuhan bekalan wang? Bagi mereka yang belajar finance, bekalan wang dikenali sebagai M1,M2 dan M3. Mari kita lihat kepada pertumbuhan wang. Adakah ianya selari atau sama rate of growthnya dengan produksi (GDP) sesebuah negara? Memang tidak sama. Jika pertumbuhan GDP mengabaikan inflasi (kenapa perlu abai inflasi: lihat nota dibawah), kita dapati pertumbuhannya adalah amat tidak seimbang iaitu jauh kurangnya dengan pertumbuhan bekalan wang (M1,M2,M3). Kenapa tidak seimbang?
Jawapannya:
1. Duit wujud tanpa mempedulikan produksi yang dihasilkan. Buktinya sesetengah instrument kewangan berlandaskan pelaburan yang kurang jelas dan non-physical seperti bon-bon, sekuriti dan sebagainya. Adakah pelabur yang mencarumkan duit mereka mahukan risiko kerugian? Sudah tentu tidak? Mereka membeli bon hanyalah untuk keuntungan. Di mana semangat kerjasama yang diwar-warkan? Maknanya tiada kepedulian terhadap produksi dalam pelaburan. Persoalan yang lebih jauh lagi..adakah wujud produksi dalam pelaburan singkat?
2. Duit tiada tali persaudaraan dengan produksi. Buktinya? Duit dihasilkan melalui interest di dalam pinjaman. Adakah pinjaman mempunyai kaitan dengan produksi secara langsung? Bank akan tetapi memperolehi tambahan wang di dalam akaun mereka sekalipun peminjam tidak menghasilkan produksi ataupun menghasilkan produksi tetapi tidak sebanyak pertambahan wang!
3. Duit jadi matlamat bukannya perantaraan. Buktinya pelaburan bon jangka pendek. Jika difikirkan apakah keuntungan yang boleh dibuat di dalam masa sehari atau seminggu atau dua minggu jika sesuatu produksi itu diusahakan? Tanam jagung sebagai contoh mudah, bolehkah mendapatkan hasilnya sehari dua? So, logikkah hasilnya diperolehi sesingkat itu? Mana datangnya duit sesegera itu? Mungkin ada pihak yang mengatakan itukan satu pembiyaan dari golongan surplus kepada golongan deficit. Ya, betul. Tapi adakah ini sebagai bentuk kerjasama? Adakah golongan surplus mahu membiayai sekiranya tidak dijanjikan keuntungan daripada awal kepada mereka? Kenapa mereka harus dijanjikan keuntungan. Jika benar pelaburan, mereka harus dibebani risiko juga. Oh, kalau begitu tak dapat lah duit segera. Ya, betul dan saya setuju. Memang tiada duit segera dalam Islam. Bila tiada segera, maknanya ada usaha. Bila ada usaha adanya produksi sekaligus menghapuskan shortage yang sentiasa saja diwar-warkan oleh kerangka ekonomi konvensional.


Note: Kebanyakkan GDP memasukkan harga barangan dan perbelanjaan berasaskan harga semasa. Apabila ini berlaku, pertumbuhan GDP semestinya selari dengan pertumbuhan wang kerana pertumbuhan wang akan memberi petunjuk kepada inflasi. Bermaksud, kita tidak akan dapat melihat perbezaan pertumbuhan wang dan GDP. Sekalipun Real GDP digunakan ianya masih lagi kurang tepat kerana period of time adalah terhad pada masa tertentu seperti 5 tahun atau 10 tahun.

Ahad, 20 Julai 2008

Inflasi (Part 1)

Inflasi. Satu istilah yang sudah sebati dalam sistem ekonomi. Manusia tidak mampu membayangkan satu sistem tanpa inflasi. Inflasi ibarat syariat dalam ekonomi. Ianya dijadikan satu panduan dalam menentukan jatuh bangun ekonomi. Manusia dipaksa 'bersujud' dan patuh terhadap petunjuk inflasi. Inflasi dicipta untuk memberitahu manusia agar ekonomi mesti diberikan alasan untuk kenaikan harga secara berterusan. Saya italickan 'berterusan' kerana itulah ciri-ciri utama kenaikan secara inflasi. Ya, kenaikan harga satu kemestian tapi kenaikan yang berterusan bukannya satu kemestian. Saya dah terangkan perkara ini secara ringkas dalam contoh yang mudah dalam edisi karipap sebelum ini. Saya katakan karipap naik bukannya supply and demand tetapi inflasi. Jika supply and demand kenaikannya bukannya berterusan. Berterusan tidak semestinya setiap tahun atau setiap bulan. Kenaikan berterusan haruslah dilihat dalam bentuk purata. Maknanya tidak semesti kenaikan harga naik setiap tahun tetapi melihat pada trend sekarang ianya satu yang ajaib jika tidak naik setiap tahun malah setiap bulan! Berbalik kepada inflasi. Entah siapa yang mencipta inflasi tidaklah diketahui kerana belum buat kajian lagi. Tapi yang pasti ekonomi Islam telah buang jauh2 istilah ini. Tiada tempat baginya di dalam ekonomi Islam. Sesiapa yang membahaskan inflasi dalam prinsip ekonomi Islam adalah satu kesalahan besar. Namun untuk mengaitkannya dalam permasalahan ekonomi, sarjana Islam membenarkannya. Di sekolah ekonomi, diperingkat sarjana muda, sarjana mahupun Phd, masing-masing sibuk mengkaji inflasi. Bagaimana keterkaitannya dengan ekonomi sekarang ini. Namun, saya tidak menyalahkan hal ini. Kerana ekonomi konvensional memang dirangka sedemikian rupa. Beratus-ratus tahun dahulu. Tapi perasankah kita inflasi ini satu rekaan?

Rabu, 16 Julai 2008

Content details of debate

http://waksapu.blogspot.com/

Karipap (part 3)


Gas naik dan gas digunakan untuk masak karipap so karipap harganya naik. Logik juga jika kita fikirkan secara mudah dan juga dalam kerangka ekonomi barat. Ok, mari kita fikirkan begini pula. Sejak bila harga gas naik? Sama naiknya dengan kenaikan minyak di pasaran dunia, betul? ya betul. Di sepanjang kenaikan harga gas dan minyak itu, adakah harga karipap naik kepada 0.30 sen harganya pada masa sekarang? Jawapannya sudah tentu tidak. Kerana harga karipap 0.30 sen itu mungkin sudah lama dan mungkin sudah lebih 5 tahun ianya berada pada paras 0.30 sen. Maknanya 5 tahun lepas harga karipap juga 0.30 sen atau 0.25 sen di sesetengah tempat. Jadi adakah gas punca utamanya? Bolehkah kita gunakan hujah ini? Nah, mesti ada something wrong dalam sistem ekonomi skrg yang menyebabkan kenaikan karipap sebanyak 1200% dalam masa 50 tahun. Something wrong itulah yang perlu dikaji, yang perlu diteliti. Dan jawapannya adalah inflasi! Namun, inflasi itu apa? Adakah ianya valid untuk dijadikan indicator di dalam kerangka ekonomi Islam? "Mestilah valid.." kata pelajar saya. Sebab banyak research yang memperkatakan terhadap inflasi sebagai kayu pengukur kepada sesuatu ekonomi. Ermm.. masih lagi mereka ini berfikiran Alban William Housego "A. W." "Bill" Phillips dan yang seangkatan dengannya" detik hati.

Selasa, 15 Julai 2008

Karipap (part 2)

Bagi pelajar yang memberi alasan harga tepung naik tulah sebab harga karipap naik, baiklah. Ada dua jenis kenaikan. Satu kenaikan secara langsung terhadap harga bahan mentah (ia dikenali sebagai kenaikan kerana interaksi bekalan dan permintaan) dan satu lagi kenaikan secara beransur-ansur dan ini dikenali sebagai kenaikan inflasi. Kalau harga minyak naik, fine kita boleh katakan ianya sebab shortage atau mungkin juga spekulasi yang menambahkan lagi kenaikannya. Tapi jika itulah seba kenaikan minyak maka teori ekonomi menekankan ianya adalah temporari sahaja maka dengan itu harga minyak akan kembali kepada asal dan menjadi stabil. Tapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya? Tapi jika secara beransur-ansur dalam jangka waktu panjang saya merasakan bukannya disebabkan teori ekonomi lagi tetapi satu sistem yang melanggar teori tersebut iaitu inflasi. Kita mesti pandai membezakan kenaikan inflasi dengan kenaikan interaksi pasaran!

Saya mengatakan begini, mari kita lihat persoalan ini secara lebih objektif. Adakah harga tepung naik kerana tepung tak cukup di pasaran dunia? Adakah kita dapati kat kedai skrg ni tiada tepung lalu harga tepung terus naik? (mungkin ada yang kata minyak ada kat petronas tapi tetap naik juga.., takpe teruskan dgn hujah itu). Adakah kita nak menyalahkan tanah yang sentiasa tidak cukup untuk penanaman gandum yang menyebabkan jumlah gandum semakin berkurangan dan tidak mencukupi lalu bekalan tepung berkurang? Adakah kita nak menyalahkan populasi dunia yang bertambah lalu demand terhadap tepung bertambah lalu memberi impak kepada harga? Betul juga tetapi ianya tidak seharusnya berterusan naik..mungkin naik tetapi lama kelamaan keadaan pasti stabil semula menyedari masyarakat akan berusaha menyesuaikan diri terhadap bekalan yang tidak seimbang itu (seharusnya itulah yang mesti berlaku).....sepatutnya apabila harga karipap naik daripada suku sen kepada setengah sen (kenaikan yang possible..) contohnya maka ianya mesti akan turun juga kepada suku sen lambat laun. Sama lah kesnya dengan tepung..lambat laun akan turun juga...tetapi kenapa terus naik? tidak cukupkah dengan jaminan Allah swt di dalam surah Ibrahim yang bermaksud:

"Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. " (Ibrahim:34)

Apa agaknya yang boleh kita ambil kefahaman dlm ayat dia atas utk relate dengan perrbahasan ini? Saya mengatakan mafhumnya begini.. Cukup banyak resources tu semua wahai manusia..yg tak cukup adalah sebab kamu...diri kamu yang tamak, bergaduh sesama sendiri, courrupted, misallocate funds dan sebagainya..apakah sistem dan polisi yang kamu gunakan itu betul?
Kemudian seorang lagi pelajar tanya..Tapi kan dulu tak guna gas nak goreng karipap, skrg buat karipap kena guna gas. So, macam mana? Terpaksa naik juga...Wah..mcm2 persoalan ditimbulkan....(to be continued..)

Isnin, 14 Julai 2008

Karipap (part 1)


Kelas pagi ni saya mengatakan kepada pelajar tahukah kamu bahawa kenaikan harga kuih karipap dalam jangka masa 60 tahun meningkat 1200%? Masing-masing tercengang dan terpinga-pinga... Pernahkah tanya atuk atau sesiapa yang pernah hidup sekitar tahun 40-an tentang harga kuih karipap pada ketika itu? Saya pernah tanya ayah saya...Dia kata harganya suku sen. Apa? 1/4 sen? Skrg harganya 30 sen. Saya katakan itulah inflasi. Inflasi telah dicipta untuk melanggar peraturan penetapan harga di dalam ekonomi yang mana sesiapa pun sudah tahu iaitu "price determined by the interaction of supply and demand". Maknanya bila harga naik ianya berpunca sama ada disebabkan demand tinggi atau supply kurang. Itu saja. Full stop. Yang lain-lain adalah bersifat cabang dan kurang dominan untuk dijadikan isu. Cuba kita fikirkan adakah demand karipap tinggi? atau adakah bekalan karipap kurang? Semestinya tidak. Kerana karipap bukannya necessities dan bekalannya sentiasa ada dan permintaan tidak pula banyak. Yang pasti karipap terlebih2 pada musim Ramadhan. So mana silapnya bila harga karipap naik sebanyak 1200% dalam jangka masa 60 tahun? Pelajar-pelajar pun masing2 memberikan alasannya. Antaranya harga tepung naik (cost push inflation ler tu..), kentang naik la, penduduk dunia bertambah lah dan macam2 lagi..Hmmm...nampaknya pelajar kita masih lagi berfikir di dalam framework yang dirangka barat...Kemudian saya pun menerangkan dgn panjang lebar akan betapa salahnya jawapan mereka...

Note: Kenaikan 0.025 sen ke 0.30 sen adalah sebanyak 1200%.

Ahad, 13 Julai 2008

Kelantan mendahului di dalam dinar emas



Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain di dalam memperkenalkan dinar emasnya menyedari kebaikkannya sangat besar terutama untuk dijadikan aset mahupun pelaburan jangka panjang. Di saat ekonomi menuju stagflasi (recession + inflation), pelaburan emas adalah yang paling menguntungkan dan boleh dikatakan 0% atau -x% perubahan terhadap harga barang. Maksudnya hampir tiada depreciate malah appreciate nilainya berbanding harga barang. Dgn maksud yang lebih mudah lagi...Cuba bayangkan anda membeli barangan dengan harga lebih murah pada setiap tahun..!





Sejarah Koin Emas Kelantan


Kijang emas kelantan

Dinar emas matahari Kelantan




Pitis Kelantan (1899-1920)

Pitis Kelantan Tin - Sultan Muhammad II (1857-1899)

For more details: http://www.dinarkel.com/

Isnin, 7 Julai 2008

Prestasi emas fizikal (koin emas)

Jika sesiapa mempunyai surplus dalam akaun di bank, apa kata tuan/puan mencuba melabur dengan memiliki kijang emas. Pelaburan yang menguntungkan dan bebas gharar, spekulasi serta penipuan. Sangat sesuai untuk pelaburan jangka panjang.

Berikut adalah prestasi dagangan emas mengikut 3 peringkat masa.

Prestasi satu tahun dagangan



Prestasi 5 tahun



Prestasi 10 tahun dagangan

Jumaat, 4 Julai 2008

Pelaburan emas menguntungkan


Saya tak berminat tentang pelaburan wang ringgit. Bagi saya pelaburan Islam tidak seharusnya dilihat keuntungan itu datang dari wang itu sendiri. Maknanya melabur duit kemudian dapat duit. Kemudian pulangan dalam bentuk duit itu pula adalah datang daripada perniagaan yang tidak diketahui. Percayalah..bukan pelaburan jenis itu yang Islam cari. Pelbagai istilah pelaburan masa kini yang menggunakan istilah-istilah Arab; sedikit pun tidak menarik minat saya kecuali Tabung Haji. Itu pun bukan pelaburan dengan niat secara langsung tetapi pelaburan untuk pergi menunaikan haji. Istilah-istilah lain yang terlalu banyak di dalam pasaran modal kini adalah amat berisiko memandangkan keadaan ekonomi yang amat tidak stabil dan cenderung ke arah kemelesetan. Instead, Islam urges for sharing seperti konsep mudharabah dan musyarakah.

Bagi saya, pelaburan emas adalah amat menguntungkan dan dijamin oleh syara' terutamanya di dalam al-quran Allah ada menyebutnya yang bernaksud: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman"(ali Imran:14)

Anda boleh bermula dengan membeli kijang emas yang boleh didapati di Maybank atau CIMB. Jika anda alert terhadap harga emas dari dahulu, sudah tentu boleh menyakinkan anda untuk melaburnya. Percayalah harga emas tidak akan turun dalam jangka masa panjang. Anda boleh lihat secara jelas kenaikan harga emas di sini: http://www.kitco.com

Kijang Emas Keluaran Bank Negara Malaysia



Kijang emas satu ounce (harganya sekarang RM3,200. Saya pernah membeli 2 tahun lepas, harganya sekitar RM2,200)





Kijang emas 1/2 ounce






Kijang emas 1/4 ounce


Selain itu ada juga maple bullion yang boleh didapati di United Overseas Bank (UOB). Harganya agak kompetetif berbanding kijang emas. Utk tahu lebih lanjut sila ke sini: http://www.bulliongold.net/investing-in-gold-bullion-coins-via-uob




Canadian Maple Leaf gold coins

Akhirnya fasa mengecat selesai

Hari kedua mengemas Bilik CITU.
Ingatkan sudah selesai mengecat..ingat just masukkan meja-meja atau sapu sampah atau kemas-kemas jer..rupa2nya ada lagi bahagian dinding yang kena di cat. Kali ni cat putih pula. Cuma agak membosankan sedikit bila mengecat dgn warna putih ni kerana tak nampak sgt perbezaan selepas mengecat. Sedikit "demotivated". Apapun, tetap happy..

Org Bank Islam sendiri kurang percaya?


Pada seminar Kewangan dan perbankan Islam bulan lepas di UiTM Dungun, Terengganu, saya ada bertanyakan kepada orang kuat bank Islam adakah ada perancangan untuk mewujudkan gold bullion sendiri seperti mana yang dikeluarkan oleh Bank negara melalui CIMB dan Maybank, begitu juga Gold Maple yang diterbitkan oleh UOB? Jawapannya agak mengecewakan.."kami tiada perancangan.."
Kemudian saya bertanyakan lagi kepada speaker yang lain pada sesi yang lain iaitu: mengapa tiada nilaian emas di dalam membuat pinjaman sebagai ganti interest?? Bukankah lebih senang daripada kita menggunakan akad yang berbelit-belit yang nyata sebagai satu helah untuk mendapatkan keuntungan atas duit? Jawapannya..: kamu kena menyakinkan bank dahulu..bukan senang nak yakinkan bank untuk gunakan sandaran emas kerana mereka buat bisnes...hmmm (sigh)..sapa lagi ek kalau bukan kita..(esp org bank Islam..?)



United Overseas Bank -hiasan-
Maybank Berhad -hiasan-

Khamis, 3 Julai 2008

Hijau Kuning bukan Kedah

Hijau Kuning tapi bukan Kedah..
Itulah dia suasana baru di Bilik CITU.sapa nak pergi tgk boleh lah dtg..letih saya mengecat tu..