Khamis, 30 April 2009

Liberalisasi bank: Meneruskan legasi wang kertas


1. Tiada apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat kebanyakkan dengan pengumuman kerajaan berkaitan liberalisasi perbankan. Rakyat akan tetap meminjam juga daripada bank dan ini seterusnya penciptaan kredit akan terus berlaku berdasarkan sistem yang kita semua sudah tahu iaitu "faedah dan gandaan". Bagi kami para "denarist" ianya tidak lebih memperkukuhkan lagi legasi wang kertas dan sudah tentu ianya tidak akan menyumbang kepada kestabilan ekonomi sebenar.

2. Pengumuman untuk menjemput pelabur asing untuk memiliki ekuiti perbankan Islam hanyalah membenarkan lagi kenyataan bahawa Bank Islam memerlukan modal yang besar untuk bersaing. Jika ada sesiapa yang memiliki duit RM3.6 bilion sekarang, anda dipersilakan buka bank sendiri. Namun, ianya hanyalah akan membuatkan duit menjadi RM3.6 trilion atau lebih dalam jangka masa yang agak singkat. Bagaimana penciptaan barangan? Belum tentu RM3.6 trilion!

3. Kami tidak menentang bank. Tetapi kami menentang sistem bank itu yang mencipta kredit dan duit daripada tin kosong. Walaupun namanya diubah kepada BaitulMal sekalipun tetapi sistem tetap sama, kami akan menentang juga. Sistem ini sangat merbahaya terutamanya kepada negara miskin kerana mereka tidak berupaya membuat barangan selari dengan pertumbuhan kewangan.

4.Saya tertarik dengan kata-kata Steve Saville. Beliau ada mengatakan "The less stuff that gets produced by the economy the greater will be the eventual decline in the currency's purchasing power stemming from monetary inflation". Jelas kenyataannya membenarkan sistem kewangan yang ada sekarang. Jika anda tidak menghasilkan barangan selari dengan pertumbuhan duit yang "auto generated by its system" selagi itulah kita akan kekal miskin kecuali barangan juga "auto generating growth".

5. Tetapi anda kena ingat, barangan akan bertumbuh secara semulajadi selari dengan kehendak pengguna dan pertumbuhan populasi. Trend ini tidak boleh dibuat-buat. Justeru mana mungkin trend yang digelar sebagai "auto generating growth" ini yang mana diguna pakai pada wang kertas boleh diaplikasikan pada ekonomi. Memang tidak boleh!

3 ulasan:

D'Rimba berkata...

Tahniah atas ulasan bermanfaat. Terima kasih sedarkan kami ustaz.........

D'Rimba berkata...

Saya amat bahagia melihat pelajar UITM jengka pahang berjuang pertahankan syariat Islam di kampus mereka. Mudahan ramai anak bangsa seperti mereka di seluruh negara…Cubalah Ustaz telitikan apa perjuangan murni mereka di sana mungkin boleh dibawakan ke UITM Segamat sikit masa lagi….Allah Maha Besar…Cukup kagum. Cubalah lawat:

http://razibanna.blogspot.com/2009/04/jom-bantah-srd-yang-baru.html

D'Rimba berkata...

Dinar emas dibicarakan malam ini di tv9. Bilalah lagi boleh kembali kepada matawang ini ya Allah........