Rabu, 29 April 2009

Cekup pelanggan 4D TOTO:Perlu heret penjual juga

Dua hari lepas saya terbaca kisah ini di Kosmo. Bertungkus lumus para pegawai JAIP turun padang mencekup para pencandu judi yang seumpama penjenayah melepaskan diri daripada polis. Pencandu judi ini telah bertindak kasar dengan menyepak pegawai penguatkuasaan berkenaan. Kasihan pegawai penguatkuasa. Namun terpaksa juga dilakukan kerana dengar ceritanya adalah arahan Sultan Pahang sendiri. Tahniah Sultan Pahang. Nampak gayanya Sultan juga kena beri arahan, baru efektif.

Namun, jika premis perniagaan ini diheret sama seperti tindakan saman dan mahkamah mungkin ianya lebih efisyen. Penjual judi pun harus dihukum sama kerana disebabkan dialah pencandu ini bermaharajalela. Tindakan menampal notis dengan melarang orang Islam membeli juga jika ianya sekadar poster semata-mata sedangkan mereka bebas menjual kepada orang Islam.

Jika premis perjudian diheret sama, terdapat beberapa perkara dapat dielakkan, iaitu:
1. Tindakan menangkap pencandu judi ini dapat dielakkan, mereka tak malu, pegawai penguatkuasa pun tak perlu susah-susah hendak membuat serangan hendap. Apa yang perlu dilakukan ialah melakukan operasi dengan menangkap gambar dari jauh dan memerhati tingkahlaku premis berkenaan.
2. Memelihara imej agama Islam itu sendiri seperti tidak menonjolkan Islam itu terlalu "strict" sehingga terpaksa menangkap orang di khalayak ramai sekaligus dapat mengelakkan daripada memberi gambaran tak baik tentang Islam kepada bukan Islam.
3.Masalah akan cepat selesai kerana premis perjudian diwujudkan sebab hendak mengautkan keuntungan. Jika denda@saman dengan jumlah yang besar dikenakan ke atas mereka, nescaya mereka sendiri akan bertindak bagi pihak penguatkuasaan untuk menghalang pencandu judi yang beragama Islam ini daripada berjudi di premis mereka.
Mudah bukan?

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kedai2 judi semuanya 'well protected by you know who' dan cadangan nak heret penjual nya tidak akan tercapai

Dziauddin berkata...

Pelik "orang" kitakan?..jalan mudah tak nak dibuat..Yg susah juga jadi pilihan. Itulah "orang" kita! (tak semua)

D'Rimba berkata...

Setuju sepatutnya itulah yang dilakukan perlu hukuman berat kepada pembekal yang menjual kepada Muslim.....Pasti banyak perkara selesai...Nanti pasti mereka akan bersuara di mana hak individu pula....