Bagi peminat melodi, mereka pasti ternanti2kan apakah segmen terjah pada minggu tersebut. Ke mana wartawan "terjah" hendak pergi geledah dan tuju?
Apakah cerita panas yang boleh dibawa ke tengah?
Namun, cara terjahan untuk mendapatkan berita perlu kepada penelitian dari sudut syarak lebih2 lagi apabila mengganggu privasi individu tersebut. Alasan untuk mendapatkan berita bukanlah satu yang kukuh. Masyarakat seolah2 membenarkannya atau boleh menerimanya.
Dalam Islam, bila kita memberi salam sebanyak 3 kali dan tidak dijawab (dengan anggapan suara salam dapat didengari di dalam rumah), maka kita seharusnya meninggalkan rumah tersebut.
Malah dalam hal mengintip untuk mendapatkan berita juga adalah satu lagi perbuatan yang perlu diberikan fatwa. Ini kerana ianya telah dianggap sebagai perbuatan yang melanggar syara'. Ianya dinamakan tajassus. Byk dalil dlm al-Quran dan hadis tentang ini.
Antaranya:
ولا تجسسوا
Ertinya : Janganlah engkau mengintip-ngintip ( Al-Hujurat : 13)
Namun demikian, ada pengecualian tertentu untuk mengintip dibenarkan. Sila lihat di sini (mesti lihat)
Mengapa perlu fatwa
Ada mempersoalkan kenapa perlu fatwa hal yang remeh seperti yoga dan sebagainya sedangkan hal2 lebih besar seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa tidak ditangani dan diberi keutamaan sepenuhnya?
Org berfikiran begini org yang tidak faham peranan fatwa.
Fatwa bertujuan untuk:
1. Hukum ada tetapi org masih keliru. Cth: yoga
2. Membetulkan keadaan. Perkara itu salah tetapi masyarakat tidak mengganggapnya salah atau tidak terlalu salah atau anggap mudah tentang perkara itu. Cth: Perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya.
3. Benda baru. Cth: klon.
Fatwa tidak perlu kerana:
1. Hukum adalah jelas dan org ramai tahu akan hukum tersebut (kecuali mereka yg jahil murakkab dan duduk kat hutan). Makanya rasuah tidak perlu kepada fatwa.
2. Sekiranya perkara itu tidak merebak jauh ke dalam masyarakat. Ianya pandangan terpencil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan