Silvio Berlusconi, Perdana Menteri Itali merangkap Pemilik Kelab Bolasepak AC Milan mencadangkan agar wanita cantik Itali menyediakan pengiring atau "bodyguard" untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku seperti rogol. Berita selanjut di sini.
Cadangan ini kelihatan setara dan selari seperti yang pernah dianjurkan oleh seorang pemimpin parti politik yang agak dominan di sebelah negeri di Pantai Timur, Semenanjung Malaysia iaitu supaya gincu dan kasut tinggi tidak dibenarkan dan wanita cantik tidak boleh menonjolkan diri.
Namun seperti biasa bantahan demi bantahan diterima.
Kelihatannya Berlusconi sudah bosan dengan undang-undang Itali yang sentiasa saja ada gagal menangani kes rogol yang sentiasa meningkat.
1 ulasan:
Kalau hendak dilihatkan dengan dunia sekarang.. banyak nya kes rogol dan maksiat yang berlaku dikalangan manusia... Ini kerana, kalau hendak dibandingkan zaman dahulu dengan sekarang.. Dahulu nya, perempuan hanya duduk di rumah dan tidak diwajibkan untuk mereka bekerja... tetapi, melalui peredaran zaman.. wanita zaman sekarang sudah byk yang ingin bekerja, malah banyak yang berjaya.. ini dapat dikaitkan dengan kenapa banyak situasi yang berkenaan kes rogol dan maksiat, dimana dahulu nya perempuan hanya duduk di rumah menjaga anak dan suami.. tetapi apabila mereka sudah ramai yang keluar dari rumah mencari pekerjaan.. maka inilah antara keburukan yang manusia hadapi sekarang iaitu Maksiat demi maksiat..
Catat Ulasan