Ahad, 4 Januari 2009

Kenapa perlu ada "JIKA" untuk berbakti?

Acapkali kita mendengar pemimpin politik sering menjanjikan sesuatu di dalam menagih sokongan rakyat mahupun penyokongnya. Tak salah berjanji namun, ada sesuatu yang tak kena bila berjanji kerna bila berjanji maka mereka berkehendakkan balasan. Mereka kata "jika" dapat ini aku bagi ini. Yang terbaru janji pembangunan bernilai RM5.8 juta akan diberikan jika dipilih. Kenapa baru dipilih sedangkan mempunyai kuasa untuk delegate peruntukan tersebut?

Kenapa ini harus berlaku. Kenapa tidak terus melaksanakannya tanpa meminta balasan? Tidak cukupkah dengan jawatan beserta gaji, pelbagai elaun yang diberi oleh rakyat hasil daripada pembayaran cukai pendapatan dan pelbagai jenis cukai lagi? Rakyat sudah cukup terbeban dengan pelbagai perkara apatah lagi ekonomi menuju kemelesetan. Perlukah syarat tambahan lagi?

4 ulasan:

amandamai berkata...

Ala din tu kan "janji manis mu"...
Susah lah din aku nak cakap...
Masa aku dapat keje dulu pun die org mintak aku janji... "Jika awak dapat keje ni.. apa janji yang awak boleh bagi ke company ni"...
kalau mcm ni ape yang patut aku jawab din...
tapi aku tak dapat keje tu sebab aku jawab "saya tak berani janji apa2... cuma saya matlamat saya nak jadi CEO kat syarikat ni..."

Dziauddin berkata...

janji tak salah tapi biar janji itu timbul dari keihlasan hati utk membantu bukannya utk balasan. Dlm kes ko, itu lebih kepada komitmen. Kenapa perlu minta balasan sedangkan itu tugas kita utk membantu.? Apapun, tepuk dada tanya iman..

amandamai berkata...

ooo komitnen rupa ye... die org salah soalan la kat aku.. die tanya apa janji u if u jion this company... patut ye die tanya.. what is ur commitment kan... org tu silap la...

Dziauddin berkata...

bukan salah soalan tu..salah pada jawapan (takde jawapan)..yg ko tak jawab soalan dia tu buat aper..mmg ler tak dapek..hehe