Jumaat, 16 Januari 2009

Bantu Palestin: Mana derma melalui SMS?

Sehingga hari ini, lebih 1000 rakyat Palestin menjadi korban zionis. Segala kemusnahan tidak terkira dan tidak terhitung. Kematian yang menyayatkan hati mungkin ke akhirat tidak akan terubat emosinya. Namun adakah kita sudah membantu secukupnya mengikut keupayaan kita?

Mekanisme yang paling ampuh bagi kita selain solat hajat adalah melalui derma wang. Tidak kira sesiapa, rasanya kita sudah menikmati makanan, pakaian dan kehidupan yang bagus. Tidak wajar jika kita tidak menderma. Namun, menderma melalui akaun Maybank hasil tajaan NSTP menimbulkan sedikit kesukaran. Ini kerana:
1. tidak semua yang ada access internet berupaya menggunakan maybank2u.com atau online servis yang lain. Mereka mungkin hanya mampu utk surfing dan santai sambil melihat2 online paper.
2. dan mereka yang tiada access internet pula mungkin keberatan ke bank utk membayarnya sekalipun melalui kiosk. Ini mungkin gara-gara dek hambatan kesibukan tugas seharian.

Kita harus akui tidak semua rakyat Malaysia mempunyai azam yang kuat utk menderma kecuali mekanisme yg paling dekat dan mudah bagi mereka. Dalam hal ini derma melalui SMS adalah paling signifikan. Mungkin ada yg mengatakan hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Balik kerja singgahlah sekejap di kiosk. Namun, adakah kiosk sempat disinggahi tatkala congested menghambu mereka yang balik bekerja. Sempatkah mereka? Bagi saya, derma melalui SMS adalah yang teramat mudah dan tiada seiapa yang boleh mengecualikan diri.

Raja Lawak, AF, OIAM dan pelbagai rancangan realiti.

Tahukah kita, rancangan realiti TV sudah lama menggunakan kaedah ini. Mereka dengan senang memperolehi keuntungan berlipat kali ganda. Hasilnya, hadiah melebihi jutaan ringgit hanya dengan bersms saja.

Mana peranan sykt komunikasi?

Dlm hal ini,saya akui, sykt komunikasi agak lambat bertindak dalam hal ini. Mereka seharusnya dulu lagi menyediakan derma melalui SMS ini. Pelajar, pekerja sektor awam dan swasta, penduduk kampung dan bandar, walau sesibuk mana mereka, ianya tidak boleh dijadikan alasan lagi. Ini kerana handphone di tangan mereka. Ini kerana handphone sebahagian hidup mereka. Jika servis ini dijalankan 20 hari lepas, mungkin kita sudah berjaya mengumpulkan jutaan ringgit. Dan kita sebenarnya menyelamatkan orang-orang Malaysia daripada ditanya di akhirat kelak tentang tanggunjawab kita terhadap sedara seIslam kita nanti. Lihat saja kejayaan rancangan "Bersamamu"...

1 ulasan:

Sue berkata...

Salam Tuan,
Saya ingin bertanya, ada contact person yang boleh dirujuk untuk buat sistem derma seperti yang tuan maklumkan diatas? Kerana saya juga ingin adakan sistem menderma seperti ini untuk pengutipan dana pembinaan masjid. Harap dapat bantu. Tk.

ssuriana@hotmail.com