Tindakan pengurangan terhadap pengeluaran minyak amat tidak membantu di dalam menghadapi krisis ekonomi ketika ini. Tatkala ekonomi menuju kemelesetan, peningkatan harga hanya menyumbang satu lagi faktor kepada kemelesetan sekaligus melambatkan proses pemulihan. Kenaikan yang dipersetujui oleh OPEC adalah sebanyak USD75 per barel adalah satu peningkatan secara artificial dan ini amat dikutuk kerana ianya dilakukan kepada barangan necessities (fundamental good). Tidak ada semacam perkara lain yang dapat dibuat oleh OPEC selain hanya meng"adjust" minyak untuk kepentingan ekonomi mereka.
Yang peliknya, kenapa pula cadangan USD75 per barel tidak pula kedengaran apabila harga minyak melonjak sehingga ke paras USD147 per barel sekitar 2 bulan lepas? Jawapannya mudah. Bila mereka selesa, keperitan orang lain susah dirasai. Itulah manusia dan OPEC tidak terkecuali.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan