The site that promotes the advantages of physical gold particularly the gold dinar as stated in Holy Quran. The coming future, it is hoped that people start to realize its significance and crucial roles that can be played by gold dinar as a stabilizer in economics as well as replacing papers' currency.
Isnin, 17 November 2008
Iran sudah tukar reserve kepada emas, Malaysia bila lagi?
Berita hari ini di Berita Harian di ruangan Dunia telah mendedahkan Kerajaan Iran telah menukar sebanyak USD80 bilion simpanan reservenya kepada emas sebagai langkah berhati-hati akan penurunan harga minyak yang terus menjunam kepada sekitar USD50+ setong. Ini kerana Iran adalah negara keempat terbesar dalam pengeluar minyak dunia. Sebarang penurunan harga kepada bahan mentah itu akan menurunkan pendapatan Iran. Oleh itu, Iran telah bertindak menukar reserve kepada emas kerana menyedari akan ketidakstabilan di dalam ekonomi dunia yang kebanyakkannya berkiblatkan sistem kredit dan dollar currency. Tindakan yang amat bijak ini merupakan satu tamparan bagi Amerika Syarikat yang selama ini mendakwa dolarnya kekal kukuh. Persoalannya, bilakah lagi negara-negara Islam yang lain akan mengikut jejak yang sama dengan Iran. Saya sentiasa mengidamkan negara-negara kaya seperti Arab Saudi, Brunei, Qatar, Kuwait,UAE dan Bahrain menukarkan reserve mereka yang bertrilion dolar itu kepada emas. Cuba bayangkan berapa banyak emas yang boleh dimiliki oleh negara Islam. Dengan cara itu, negara Islam akan menjadi negara ekonomi yang kukuh dengan mudahnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan