Sudah lama sangat tidak menulis. Ini disebabkan kesibukan yang melanda sempena musim peperiksaan. Namun digagahi juga untuk menulis sementelahan ada perkara yang tengah difikirkan untuk diketengahkan.
Kali ini, penulis ingin membicarakan tentang satu prinsip yang gagal dipatuhi oleh amalan ekonomi semasa terhadap prinsip yang terulung di dalam ekonomi Islam iaitulah prinsip keadilan. Halnya adalah berkaitan dengan currency. Permasalahan ini telah berlarutan berkurun lamanya, cumanya ia tidak lagi dianggap sebagai satu permasalahan yang perlu diselesaikan. Orang ramai semakin dikaburi akan jalan penyelesaiannya sedangkan ianya begitu mendesak dan amat tidak adil. Dan jelasnya ia adalah satu sistem yang perlu di"banish"kan di dalam sistem perekonomian.
Currency adalah satu ciptaan. Currency telah memisahkan penduduk dunia kepada beberapa golongan. Currency telah menghadkan kehendak orang ramai secara tidak adil. Contoh terdekat adalah apabila org Singapura datang ke Malaysia. Kita semua menyedari sistem ini tidak adil kerana org singpura boleh membeli dengan banyaknya kerana nilai currency mereka yang besar tetapi tidak bagi Malaysia yang terpaksa mengeluarkan duit yang banyak jika hendak membuat transaksi di Singapura. Semua kita menyedarinya. Apa ini? Mana keadilan? Sepatutnya satu ringgit duit kita sama denagn satu dolar singapura. Begitulah juga dengan currency dari negara-negara lain. Barulah adil. Kenapa perlu berbeza? Perbezaan ini menyebabkan ketidakadilan. Perbezaan ini penindasan. Perbezaan ini menyebabkan pengeksploitasian. Semua kita tahu. Semua org atas dunia tahu. Tapi kenapa berdiam diri? Kenapa tiada cadangan untuk menghapuskannya.
Kita duduk di atas dunia yang sama. Kita bernafas menggunakan udara yang sama. Kenapa kita perlu berbeza dalam perkara yang asas. Mungkin ada org akan berkata"oo..sebab negara maju..tentulah currency nya besar dan nilainya kukuh." Itu bagi saya adalah jawapan yang disediakan oleh pihak orientalis. Demand dan supply atas sesuatu currency itu tidak boleh dijadikan ukuran terhadap nilai sesuatu currency. Jika ada dikalangan kita mengatakan USA adalah negara maju, Brittain adalah negara maju sebab ekonominya kukuh (justeru currency adalah layak lebih tinggi valuenya..kononnya.)maka anda sebenarnya silap. Bagi sesiapa yang mengaji ekonomi, mereka akan tahu tentang Balance of Payment (BOP). Salah satu akaun di dalam BOP ialah current akaun yang mengukur sejauh mana banyaknya trade yang/barangan/services yang telah dihasilkan oleh sesebuah negara. Salah satu ciri sesebuah negara itu kukuh dari sudut ekonominya adalah current accountnya tidak mengalami defisit. Anda tentu terkejut negara yang mengalami defisit di dalam current akaunnya adalah negara-negara yang kita dakwanya hari ini adalah negara-negara maju seperti USA, Brittain, Negara Eropah Barat,Australia etc. Malah lebih teruk lagi negara-negara yang kononnya maju ini mengalami defisit yang amat teruk sekali sehingga mencapai jumlah USD800 billion. Dan kita sampai sekarang telah ditipu hidup-hidup dengan mendakwa mereka inilah kuasa besar ekonomi dunia.
Jika masih tidak percaya sila lihat taburan akaun semasa dunia dalam gambarajah dibawah:
(Klik atas gambar utk lebih jelas.)
Secara ringkasnya, warna gelap adalah negara pengeluar hasil yang paling banyak, manakala warna cerah adalah negara yang paling tidak banyak mengeluarkan hasil dalam bentuk fizikal secara relatifnya sebab itu defisitnya besar sebab banyak mengimport.
Berbalik kepada currency, kenapa perlu ada kita terpaksa bayar lebih 2 kali atau 3 kali atau 4 kali ganda daripada negara maju ke atas suatu benda yang sama. Kenapa ada harga yang berbeza sedangkan benda itu prosesnya sama. Wahai para sarjana semua. kita harus mengubah ini. Ini adalah sistem yang tidak adil. Ini adalah penindasan yang nyata. Malangnya, penindasan itu akhirnya tidak dilihat sebagi penindasan. mereka melihatnya siapa yang berkuasa dialah yang berjaya.
Mari kita lihat soal jawab antara Economic Man (EM) dengan Islamic Economist (IE) untuk memudahkan bicara.
EM: Kenapa kamu argue sistem matawang (currency) skrg?
IE: Sebab ianya tak adil.
EM:Kenapa pula?
IE: Sebabnya bila org Malaysia beli roti gardenia di singapura terpaksa bayar RM5.50 sedangkan org singapura beli roti di Malaysia RM2.10.
EM:Betul lah sbbnya roti itu di singapura bukannya di Malaysia.
IE: Apa beza roti gardenia di singapura dan malaysia sehingga perbezaannya dua kali ganda.
EM: Sebab tempat lah.
IE: Kenapa pula? Kan kita belajar penentuan harga adalah melalui kos.
EM: Haa..awk sendiri yang membenarkannya. Kos di Singapura kan tinggi, tentulah harganya mahal. Tempat pun sebahagian daripada kos.
IE: Tapi awk hanya mengimpot roti dari malaysia. Apa kos yang awk kena tanggung sehingga harganya double?Betul tenpat sebahagian daripada kos, tapi kalau nak bandingkan dengan sabah, singapura teramatlah dekatnya sedangkan kilangnya di KL.
EM: kalau begitu sebab currency lah...
IE: haaa..tau takpe..
Begitulah alasan-alasan biasa yang sering dilontarkan orientalis kepada kita semua.
2 ulasan:
Ustaz.
Saya juga sering tertanya2 kenapa ada perbezaan nilai mata wang di setiap negara.
Selepas tampuk pemerintahan Dr. M, tiada lagi projek2 mega dinegara kita ni selain dr WPI.
Jadi saya rasa wang reserve kita di BNM kini adalah banyak.
Kenapa wang yang banyak itu kita tidak tukarkan untuk nilai currency kita menjadi lebih tinggi.
Ianya seperti kita memampatkan file2 mp3 yang berkapasiti besar kepada winzip/winrar yang berkapasiti rendah tetapi memuatkan file berkapasiti besar.
Sekadar pandangan yang tak seberapa.
saya hanyalah seorang pelajar diploma.
Amieza,
Currency berasal dari Bretton wood System. Negara yang menguasai dunia ketika itulah yg menentukan currency bagi setiap negara.
Reserve di BNM tak banyak. Hanya boleh menampung 8 bulan ekspot tertangguh. Dan hanya sebahagaian kecil sahaaj reserve dalam bentuk emas.
Wang kita nak tukar dgn apa? Penentuan currency value adalah melalui FOREX. Lebih banyak org demand duit RM lebih besar value RM.
Catat Ulasan