Ahad, 30 November 2008

Kepada penceceh fatwa yoga

Kepada mereka yang sekonyong-konyongnya mempertikaikan fatwa yoga baru2 ini, eloklah meminta penerangan daripada Dr. Abd Fatah Harun Ibrahim iaitu orang yang membentangkan kertas kerja tentang yoga itu adalah haram dan beliau juga adalah bekas pengamal yoga. Boleh dapakan artikelnya daripada akhbar Berita Harian hari ini di ruangan rencana.

Pengurangan minyak: Bukan masa sesuai

OPEC (Organizing for the Petroleum Exporting Countires) yang menguasai 963 bilion tong simpanan minyak dunia (atau kira-kira 78% simpanan minyak dunia) telah mula merancang untuk mengurangkan pengeluaran minyak dunia dengan harapan agar minyak melonjak sehingga USD75 perbarel (seperti mana yang dipersetujui OPEC baru-baru ini). Keputusan yang dijangka akan dibuat sekitar bulan Disember ini namun akhirnya telah ditangguhkan. Mungkin atas bantahan beberapa kuasa besar dunia terutamanya Brittain. Brittain (bukan OPEC) yang diketahui harga minyak runcitnya sekitar 1 pound sterling seliter enggan berkompromi untuk naik lagi sementelahan krisis kewangan teruk melanda ketika ini.


Tindakan pengurangan terhadap pengeluaran minyak amat tidak membantu di dalam menghadapi krisis ekonomi ketika ini. Tatkala ekonomi menuju kemelesetan, peningkatan harga hanya menyumbang satu lagi faktor kepada kemelesetan sekaligus melambatkan proses pemulihan. Kenaikan yang dipersetujui oleh OPEC adalah sebanyak USD75 per barel adalah satu peningkatan secara artificial dan ini amat dikutuk kerana ianya dilakukan kepada barangan necessities (fundamental good). Tidak ada semacam perkara lain yang dapat dibuat oleh OPEC selain hanya meng"adjust" minyak untuk kepentingan ekonomi mereka.



Yang peliknya, kenapa pula cadangan USD75 per barel tidak pula kedengaran apabila harga minyak melonjak sehingga ke paras USD147 per barel sekitar 2 bulan lepas? Jawapannya mudah. Bila mereka selesa, keperitan orang lain susah dirasai. Itulah manusia dan OPEC tidak terkecuali.



Rabu, 26 November 2008

Membayar bil-bil

Apa yang patut buat setelah dapat gaji? Sudah tentu membayar bil. Membayar bil setelah dapat gaji menjadikan kita berpijak dibumi yang nyata. Apa yang kita tinggal setelah membayar bil, itulah kemampuan kita sebenarnya. Sesiapa yang enggan mengiktiraf pembayaran bil sebagai keutamaan yang unggul pada setiap bulan, mereka itu umpama melakukan satu perbuatan "suicide". Maknanya menempah bala, apa yang kemungkinan cenderung utk terjadi adalah defisit yang mencengkam kita setiap bulan. Akhirnya Along jadi taruhan. Nauzubillah.

Setelah habis membayar bil, baru terperasan yang bil-bil telah dibayar adalah berjumlah 16 bil. Dan kesemuanya dibayar melalui online. (hingga saat ini peulis masih lagi tertinggal untk membayar satu lagi bil..berhenti sebentar menulis, buka semula maybank2u.com..). Daripada 16 tersebut, separuh berbentuk pembayaran hutang. Nyatalah kita tidak dapat lari daripada berhutang. Sesiapa yang tiada hutang maka merekalah yang kaya, bukannya siapa yang bergaji besar. Kerna mereka yang bergaji besar juga cenderung untuk lebih banyak berhutang.

Jika difikirkan semula, perekonomian kita ini memang penuh dengan hutang, namun kita masih lagi diberi peluang untuk menggunakannya. Rumah, kereta, kad kredit adalah dengan cara berhutang tetapi kita menggunakannya seolah-olah kita mempunyai hak mutlak keatasnya. Begitu juga kita dgn Allah, segala macam pinjaman diberikanNya, organ, pancaindera, nyawa, akal etc namun kadangkala kita menganggapnya sebagai hak milik mutlak. Adakah persamaan ini kebetulan?

Ekonomi bukan begitu. Ekonomi adalah untuk memakmurkan bumi dan populasinya. Bebas dari segala keresahan. Ekonomi tidak seharusnya terbeban oleh perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku seperti kemelesetan, inflasi dan sebagainya. Begitu juga kita dengan Allah swt, segala pinjaman daripada Allah swt tidak seharusnya merasakan diri ini terbeban dek tanggungjawab tetapi lebih kepada keghairahan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. Moga diri ini terghairah seperti itu.

Selasa, 18 November 2008

Gold dinar is not just a system in a paper, it's a belief..

People either they are not confident enough or forced not to be convinced [for certain reason(s)] by gold dinar to be implemented as a system need to revise what Allah swt had mentioned about it. So many verses Allah did mentioned in His Holy Quran about the word dinar that refers to gold and also dirham that refer to silver. Perhaps some of us felt impossible to implement it as we still in the times that called "colonization economical era". Due to that situation, we have no choice but to prepare ourselves with full internal strength to support the ambition that so called "belief" to be involved in the process. Otherwise, what we assumed as an impossible thing will remain in that condition.

Once upon a time when Rasulullah s.a.w. was telling his journey's story called "Isra and Mikraj" that happened in one night, many relatives and Quraish tribes didn't believe it. When we put us into that situation, even us, also didn't be able to believe that story. why? Because when we hear and read, we are not fully convinced by those sources. When we hear and read, we are not accept it with belief or "taqwa" element that should implant in our heart. But during that time, the first person who was agreeing of what Rasulullah says is Sayyidina Abu Bakar. He said "If you tell that story, certainly i trust it..ya Rasulullah". That's Abu Bakar. A very kindful and humble person with deeply internally loyally believer in Islam which is for me should be the best icon for our generation today in practicing excellent attitude towards believing in Islam @ al-quran. Believing should involve our heart, mind, soul and action..remember that.

Same like us, once we agreed, the best of following efforts that we can do then is to prove it. When we believe in God, then we should pray. Sole words in that time is no longer become kind of obesseince. Gold dinar is not just a system, moreover, together with it is the belief in Allah swt whose encourage us to use it. In front of us two means, think the alternative (which gold dinar) and go for it (in other word, start to work), or, we still remain of our stands that's (gold dinar)impossible.

Reserve in gold is the natural protection in the economy

Why is become so important to hold reserve in gold? Well, as we all know, gold is the hard assets that can protect a country from any losses due to the dependency of the dollar. I'm so attracted of what Puru Saxena had mentioned about this. I copy and paste it here.

"Finally, I think it is only a matter of time before gold and silver power ahead. Precious metals were hit hard by global deleveraging and they should shine again; thanks to the money-printing abilities of the establishment. These ridiculous government bail-outs are hugely inflationary and will further erode the purchasing power of paper currencies. I urge you not to be fooled by the recent strength in the US Dollar. This is nothing more than a short-covering rally and the American currency is likely to witness an epic crash in the future.

There is no way you can have a strong currency when you are the greatest debtor nation in the world (debt of US$54 trillion). Furthermore, the Fed has recently expanded its balance sheet by US$1 trillion and in my view, the US has now embarked on a hyper-inflationary road to nowhere. As the jokers in Washington continue to 'save' the US economy (i.e. bail-out their rich friends on Wall Street), the US Dollar will eventually become worthless or it may be replaced by another currency. So, I would suggest that you take advantage of the recent rout in the markets by converting more of your cash to hard assets. If you are fully invested, please do not buy into the deflation hoax and simply ride out this weakness which should prove to be temporary."

Puru Saxena

****

Puru Saxena (in picture) publishes Money Matters, a monthly economic report, which highlights extraordinary investment opportunities in all major markets. In addition to the monthly report, subscribers also receive “Weekly Updates” covering the recent market action. Money Matters is available by subscription from www.purusaxena.com.

Puru Saxena is the founder of Puru Saxena Limited, his Hong Kong based firm which manages investment portfolios for individuals and corporate clients. He is a highly showcased investment manager and a regular guest on CNN, BBC World, CNBC, Bloomberg, NDTV and various radio programs.

Isnin, 17 November 2008

Iran sudah tukar reserve kepada emas, Malaysia bila lagi?

Berita hari ini di Berita Harian di ruangan Dunia telah mendedahkan Kerajaan Iran telah menukar sebanyak USD80 bilion simpanan reservenya kepada emas sebagai langkah berhati-hati akan penurunan harga minyak yang terus menjunam kepada sekitar USD50+ setong. Ini kerana Iran adalah negara keempat terbesar dalam pengeluar minyak dunia. Sebarang penurunan harga kepada bahan mentah itu akan menurunkan pendapatan Iran. Oleh itu, Iran telah bertindak menukar reserve kepada emas kerana menyedari akan ketidakstabilan di dalam ekonomi dunia yang kebanyakkannya berkiblatkan sistem kredit dan dollar currency. Tindakan yang amat bijak ini merupakan satu tamparan bagi Amerika Syarikat yang selama ini mendakwa dolarnya kekal kukuh. Persoalannya, bilakah lagi negara-negara Islam yang lain akan mengikut jejak yang sama dengan Iran. Saya sentiasa mengidamkan negara-negara kaya seperti Arab Saudi, Brunei, Qatar, Kuwait,UAE dan Bahrain menukarkan reserve mereka yang bertrilion dolar itu kepada emas. Cuba bayangkan berapa banyak emas yang boleh dimiliki oleh negara Islam. Dengan cara itu, negara Islam akan menjadi negara ekonomi yang kukuh dengan mudahnya.

Jumaat, 14 November 2008

Currency

Sudah lama sangat tidak menulis. Ini disebabkan kesibukan yang melanda sempena musim peperiksaan. Namun digagahi juga untuk menulis sementelahan ada perkara yang tengah difikirkan untuk diketengahkan.

Kali ini, penulis ingin membicarakan tentang satu prinsip yang gagal dipatuhi oleh amalan ekonomi semasa terhadap prinsip yang terulung di dalam ekonomi Islam iaitulah prinsip keadilan. Halnya adalah berkaitan dengan currency. Permasalahan ini telah berlarutan berkurun lamanya, cumanya ia tidak lagi dianggap sebagai satu permasalahan yang perlu diselesaikan. Orang ramai semakin dikaburi akan jalan penyelesaiannya sedangkan ianya begitu mendesak dan amat tidak adil. Dan jelasnya ia adalah satu sistem yang perlu di"banish"kan di dalam sistem perekonomian.

Currency adalah satu ciptaan. Currency telah memisahkan penduduk dunia kepada beberapa golongan. Currency telah menghadkan kehendak orang ramai secara tidak adil. Contoh terdekat adalah apabila org Singapura datang ke Malaysia. Kita semua menyedari sistem ini tidak adil kerana org singpura boleh membeli dengan banyaknya kerana nilai currency mereka yang besar tetapi tidak bagi Malaysia yang terpaksa mengeluarkan duit yang banyak jika hendak membuat transaksi di Singapura. Semua kita menyedarinya. Apa ini? Mana keadilan? Sepatutnya satu ringgit duit kita sama denagn satu dolar singapura. Begitulah juga dengan currency dari negara-negara lain. Barulah adil. Kenapa perlu berbeza? Perbezaan ini menyebabkan ketidakadilan. Perbezaan ini penindasan. Perbezaan ini menyebabkan pengeksploitasian. Semua kita tahu. Semua org atas dunia tahu. Tapi kenapa berdiam diri? Kenapa tiada cadangan untuk menghapuskannya.

Kita duduk di atas dunia yang sama. Kita bernafas menggunakan udara yang sama. Kenapa kita perlu berbeza dalam perkara yang asas. Mungkin ada org akan berkata"oo..sebab negara maju..tentulah currency nya besar dan nilainya kukuh." Itu bagi saya adalah jawapan yang disediakan oleh pihak orientalis. Demand dan supply atas sesuatu currency itu tidak boleh dijadikan ukuran terhadap nilai sesuatu currency. Jika ada dikalangan kita mengatakan USA adalah negara maju, Brittain adalah negara maju sebab ekonominya kukuh (justeru currency adalah layak lebih tinggi valuenya..kononnya.)maka anda sebenarnya silap. Bagi sesiapa yang mengaji ekonomi, mereka akan tahu tentang Balance of Payment (BOP). Salah satu akaun di dalam BOP ialah current akaun yang mengukur sejauh mana banyaknya trade yang/barangan/services yang telah dihasilkan oleh sesebuah negara. Salah satu ciri sesebuah negara itu kukuh dari sudut ekonominya adalah current accountnya tidak mengalami defisit. Anda tentu terkejut negara yang mengalami defisit di dalam current akaunnya adalah negara-negara yang kita dakwanya hari ini adalah negara-negara maju seperti USA, Brittain, Negara Eropah Barat,Australia etc. Malah lebih teruk lagi negara-negara yang kononnya maju ini mengalami defisit yang amat teruk sekali sehingga mencapai jumlah USD800 billion. Dan kita sampai sekarang telah ditipu hidup-hidup dengan mendakwa mereka inilah kuasa besar ekonomi dunia.
Jika masih tidak percaya sila lihat taburan akaun semasa dunia dalam gambarajah dibawah:





(Klik atas gambar utk lebih jelas.)
Secara ringkasnya, warna gelap adalah negara pengeluar hasil yang paling banyak, manakala warna cerah adalah negara yang paling tidak banyak mengeluarkan hasil dalam bentuk fizikal secara relatifnya sebab itu defisitnya besar sebab banyak mengimport.

Berbalik kepada currency, kenapa perlu ada kita terpaksa bayar lebih 2 kali atau 3 kali atau 4 kali ganda daripada negara maju ke atas suatu benda yang sama. Kenapa ada harga yang berbeza sedangkan benda itu prosesnya sama. Wahai para sarjana semua. kita harus mengubah ini. Ini adalah sistem yang tidak adil. Ini adalah penindasan yang nyata. Malangnya, penindasan itu akhirnya tidak dilihat sebagi penindasan. mereka melihatnya siapa yang berkuasa dialah yang berjaya.

Mari kita lihat soal jawab antara Economic Man (EM) dengan Islamic Economist (IE) untuk memudahkan bicara.

EM: Kenapa kamu argue sistem matawang (currency) skrg?
IE: Sebab ianya tak adil.

EM:Kenapa pula?
IE: Sebabnya bila org Malaysia beli roti gardenia di singapura terpaksa bayar RM5.50 sedangkan org singapura beli roti di Malaysia RM2.10.

EM:Betul lah sbbnya roti itu di singapura bukannya di Malaysia.
IE: Apa beza roti gardenia di singapura dan malaysia sehingga perbezaannya dua kali ganda.

EM: Sebab tempat lah.
IE: Kenapa pula? Kan kita belajar penentuan harga adalah melalui kos.

EM: Haa..awk sendiri yang membenarkannya. Kos di Singapura kan tinggi, tentulah harganya mahal. Tempat pun sebahagian daripada kos.
IE: Tapi awk hanya mengimpot roti dari malaysia. Apa kos yang awk kena tanggung sehingga harganya double?Betul tenpat sebahagian daripada kos, tapi kalau nak bandingkan dengan sabah, singapura teramatlah dekatnya sedangkan kilangnya di KL.

EM: kalau begitu sebab currency lah...
IE: haaa..tau takpe..

Begitulah alasan-alasan biasa yang sering dilontarkan orientalis kepada kita semua.