Khamis, 6 Ogos 2009

Selsema BABI: Peluang seterusnya utk seluruh manusia bermuhasabah


Selsema babi semakin hari meragut nyawa manusia di bumi satu Malaysia ini. Namun, tindakan pencegahan yang agak longgar seakan-akan terpukau dek keasyikan membilang kes-kes kematian mahupun disyaki terkena selsema babi yang semakin meningkat. Pelajar-pelajar mahupun pensyarah di sini masih lagi boleh bergelak ketawa dan bersimpul malu tatkala cuba-cuba hendak mengacukan 'mask' pelindung ke muka masing-masing. Itu yang belum lagi yang langsung tiada niat hendak memakainya, hanya disimpan di dalam beg bimbit masing-masing mahupun hanya diselit di nota-nota ataupun buku teks yang dikendong bersama. Malah yang lebih syadid lagi, mentertawakan pula si pemakainya. Ini saya kira adalah hasil ketidakseriusan kita memandang wabak ini dari sudut agama dan amaran Allah swt. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Lalu apakah kita sekadar menjadi penyaksi atas fenomena ini dengan hanya menunggu harapan agar vaksin dapat dicipta menjelang oktober? Harapnya tidaklah.

Ini bagi saya adalah peluang seterusnya setelah beribu peluang mungkin yang dahulunya disia-siakan oleh makhluk yang bergelar manusia. Peluang yang mungkin di dalamnya terselit amaran agar kita sentiasa bertakwa dan bertanggungjawab ke atas setiap tindakan dan kepentingan Islam di muka bumi. Ia mengingatkan kita juga akan kematian sebenarnya adalah begitu hampir dengan kita. Cuma kealpaan dan kelalaian yang mengaburinya. Ketidakseriusan kita untuk mengaitkannya kepada agama hanyalah menjadikan diri kita sebag yang enggan bersyukur dan bertaubat atas kesalahan-kesalahan kita terdahulu. Umat Islam Palestin yang cuba menyeberangi Mesir untuk mencari kehidupan telah pun dipenjarakan. Kampung halama mereka telahpun dihilangkan dan dirobohkan. Mungkin ini adalah sebahagian rentetan ketidakpedulian atau ketidakmampuan pemimpin Islam mahpun umat Islam yang perlu direnungi dan diperbaiki. Mungkin juga amaran Allah kepada kita agar kembali semula kepada ajaran sebenar setelah jauh terpesong? Ini tidak lagi dicampurkan dengan penindasan-penindasan orang Islam yang lain-lainnya. Bagaimana pula ya kisahnya saudara kita di Urumqi, Kashmir, Iraq, Gaza dan lain-lainnya? Berkepedulian tahap tinggikah kita terhadap mereka? Tepuk dada tanya iman..!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamuaikum..
alhamdulillah, akhirnye dipertemukan jua dgn ustaz yg mgajar sy pada thn 2008 walaupun kini dlm bentuk maya. sy hazlan jika ustaz masih igt sy adalah plajar ustaz ktika ustaz bru memulakan tugas di sini.. skadar ingin memperkenalkan diri..
sy disini ingin menyatakan yg sy sgt berstuju dgn ape yg ustaz tulis..
kita sbg hamba Allah berkali2 diigtkan dan diberi peluang namun tiada yg mgambilnye.
bkn shj x ambil, malah memperlekehkan pula.. na'uzubillahi min zalik. bila dah jd sebegini, kita semakin seronok berpecah belah dr bersatu padu walhal balasan sudah didtgkan pada kita.
sbg org yg masih kurang ilmu, sy harap kwn2, ustaz masih dpt ingat mengingati antara kita x kira kita student ataupun staff. "igt mengingati la kita sesama mmukmin"
akhir kalam, semoga jumpe lg.. asslamualaikum