Selasa, 4 Ogos 2009

Harimau Muda: contoh terbaik hendak berjaya tanpa ganjaran


Sukan bolasepak sudah menjadi lumrah di dalam tanah air sentiasa menjadi perhatian masyarakat Malaysia. Sama ada mereka suka atau tidak bercakap tentang bolasepak, mereka pasti mengetahui akan kewujudan pasukan-pasukan seperti MU, Liverpool, Arsenal etc mahupun pemain-pemain yang menghiasinya seperti Ronaldo etc. Namun, ada satu perkara menarik telah berlaku di dalam sukan bolasepak tanah air kita di mana pasukan muda bolasepak negara bawah 19 tahun telah berjaya merangkul Juara Liga Perdana Malaysia. Mereka bukan saja mencatat sejarah tersendiri dengan merangkul kejuaraan buat kali pertama malah telah berjaya mengenepikan abang-abang senior mereka di dalam liga tersebut. Ini pada saya satu perkara yang amat membanggakan.

Namun, saya tidak mahu memperpanjangkan isu kejayaan tersebut kerana ia mungkin tidak kekal lama. Apa yang menarik minat saya di sini adalah bagaimana mereka berjaya? Ini satu persoalan menarik. Kita boleh lihat, apabila mereka bermain bukan kerana wang tetapi kesungguhan nescaya mereka akan berjaya. Dengan permulaan slot tempat mereka untuk bermain di dalam liga atas dasar belas kasihan FAM, mereka tidak langusng diberi harapan kejuaraan. Belas ihsan dan kasihan FAM ternyata tidak menjadikan mereka "inferior" tetapi sebaliknya anjakan semangat untuk membuktikan sesuatu. Mereka sangat berkeyakinan untuk menang sekalipun lawan mereka tua daripada mereka. Ini adalah semangat yang amat ditagih sekali di dalam arena bolasepak negara kita. Malangnya, semangat yang ditagih inilah semakin pudar dan lenyap di kalangan pemain2 bolasepak kita sekarang dek mentaliti ganjaran yang akan menuggu mereka.

Faktor bukan wang adalah maha penting kerana semangat sepatutnya bukan berpunca disebabkan suntikan wang tetapi minat. Inilah yang telah berlaku di zaman Allahyarham Mokhtar Dahari dulu. Mereka boleh bersaing di pentas antarabangsa kerana mereka merasakan diri mereka bukan "inferior" sebaliknya "superior". Dalam hal Harimau Muda, mereka sudah pun mengetahui, jika mereka menang sekalipun, mereka tidak akan diberi ganjaran wang. Mereka masuk ke padang dengan pemikiran yang bebas dengan ganjaran wang. Hasilnya, sangat berbaloi. Memang tidak dinafikan, wang penting, namun orang yang berjaya sentiasa mendahului pekerjaan daripada ganjaran. Penulis yang berjaya mengaut komisen beribu2 ringgit adakah bermula dengan wang? Tidak, mereka bermula dengan minat. Mungkin wang selepas daripada itu. Begitu juga bidang-bidang lain seperti perniagaan. Donald Trump misalnya didalam tips harian kepada peserta2 "The Apprentice" program realiti TV beliau telah memberikan minat sebagai faktor no. 1 jika hendak berjaya dalam dunia perniagaan. Wang akan datang kemudian. Minat dan kesungguhan adalah faktor mutlak untuk kekal lama. Janganlah belum pun bermula sesuatu, ganjaran telahpun dibangkitkan. Orang yang fikirkan ganjaran sebelum berjaya membuktikan sesuatu, orang itu biasa-biasa saja. Mereka ini tidak mungkin menjadi "excellent". Mereka hanya menunggu peluang sedangkan peluang itu tidak datang bergolek dan peluang sebenarnya mengharapkan usaha utk sampai kepadanya, bukan sebaliknya.

Mungkin orang akan berkata,"alah..muda2 memang tidak fikrikan wang. Cuba dah "otai"..baru dia tahu. Tak hairan lah bila jadi senior jadi "lauk" kepada pasukan-pasukan luar". Adakalanya betul juga, tetapi alakullihal, semuanya bergantung kepada semangat dan kesungguhan serta usaha bagaimana hendak memanjangkan tempoh mentaliti anak-anak muda kita supaya "bebas ganjaran" .

Tiada ulasan: