Isnin, 16 Februari 2009

"Time value of money": satu penilaian semula terhadap hukum

Zaharuddin memperkatakan tentang keharusan mengiktiraf time value of money. Menurutnya majoriti ulama' membenarkannya. Hanya minoriti menentang. Saya tiada masalah dengan pendapat beliau. Namun, sedikit kurang yakin terhadap dalil yang dihujahkan. Saya akan memperkatakannya di dalam posting kali ini.

Sebelum saya pergi lebih jauh tentang isu ini, mari kita lihat apakah maksud time value of money. Time value of money ialah satu mekanisme untuk membenarkan masa itu dimasukkan ke dalam sebahagian kos barangan dan perkhidmatan. Dalam lain perkataan, masa adalah sebahagian kos di dalam penentuan harga sesuatu barangan dan perkhidmatan. Maka, jika masa itu lebih panjang, ianya dianggap penambahan kos terhadap barangan tersebut, dengan itu, harga akan menjadi lebih tinggi. Ini adalah juga pra syarat penting terhadap keharusan prinsip Murabahah di perbankan Islam.

Namun, sarjana barat awal-awal lagi mengatakan ianya interest dan ini takrifan mereka: The concepts of present and future value hinge upon the premise that an investor prefers to receive a payment of a fixed amount of money today, rather than an equal amount in the future, all else being equal. In particular, the time value of money represents the interest one might earn on a payment received today, if held, earning interest, until that future date. (source:wikipedia)

Adakah terdapat kekhilafan di dalam takrif?
Saya merasakan tidak sama sekali. Kedua-duanya sama iaitu meraikan kepentingan or "interest" seseorang atau sesuatu pihak di masa hadapan.

Adakah masa boleh dijadikan kos barangan dan perkhidmatan?
Suka dinyatakan disini, ada 4 syarat sesuatu itu dibayar (Meera, 2004):
1. Kerja yang dilaksanakan
2.Pekerja yang mahu bekerja
3.Bahan mentah
4.Duit
Maknaya 'masa' bukanlah sebahagaian kos dan bukannya termasuk di dalam pertimbangan untuk menentukan harga.

Hukum fiqh boleh berubah
Terdapat hukum fiqh yang bersifat ijtihadi di dalam prinsip perbankan Islam lalu banyak negara-negara tidak sependapat antara satu sama lain di dalam melaksana sesuatu produk perbankan. Antaranya ialah Bay' Inah. Hukum ijtihadi ini boleh berubah mengikut zaman dan keadaan bergantung kepada maslahah tertentu.

Dalil Ustaz Zaharuddin
Kebanyakan dalil yang diberikan adalah berbentuk pendapat ulama'. antaranya:

جَعل للزمان مقدار من الثمن
Erti : Penangguhan kerana untuk tempoh masa mempunyai kadar nilai di dalam harga

S
aya merasakan pandangan ini bukannya mengiktiraf time value of money seperti mana amalan perbankan semasa kerana tiada perkataan "penangguhan" di dalam teks di atas. Ianya mungkin kefahaman Ustaz Zaharuddin sendiri di dalam memahami teks.

Adapun dalil daripada hadis juga tidak juga menyokong konsep time value money.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَهُمْ يُسْلِفُونَ بِالتَّمْرِ السَّنَتَيْنِ وَالثَّلَاثَ فَقَالَ : مَنْ أَسْلَفَ فِي شَيْءٍ فَفِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ ، وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ، إِلَى أَجَلٍ مَعْلُومٍ .

Ertinya : Nabi s.a.w sampai ke Madinah dan penduduk Madinah membeli (menempah) tangguh tamar yang hanya akan diserahkan dalam tempoh dua tahun dan tiga. Lalu Nabi s.a.w bersabda : Barangsiapa yang ingin membeli secara tangguh (serahan barang iaitu belian as-Salam) hendaklah ia dilakukan atas barang yang diketahui, timbangan yang diketahui dan tempoh yang diketahui"(Riwayat Al-Bukhari, no 2086)

Hadis ini hanya menerangkan konsep bay Salam harus dilakukan dengan jelas apabila penerimaannya dilakukan pada masa depan. Sekali lagi, tiada perkataan untuk kenaikan harga dibenarkan melalui masa.

Kesimpulan
Saya berpandangan bahawa hujah yang dikemukakan oleh Us. Zaharuddin masih tidak dapat meyakinkan saya untuk menjadikannya sebahagian daripada legal commandmend kerana jelasnya tiada hadis yang menyebutnya secara jelas. Ianya adalah datang daripada intepretasi ulama' terhadap teks hadith dan jelasnya ianya adalah hukum ijtihadi. Saya berpandangan kita boleh membenarkan konsep time value of money tetapi bukannya atas prinsip ekonomi ataupun muamalah namun lebih kepada konsep darurat.

Wallahua'lam.


Tiada ulasan: