Beberapa tahun lalu, China telahpun mengambil alih tempat Afrika Selatan di dalam pengeluaran emas dunia. Dan tidak lama lagi, China akan mengambil alih tempat India pula di dalam penggunaan emas. Nampaknya trend China untuk menguasai dunia semakin terserlah dan China telah menunjukkan minatnya seperti mana yang telah ditunjukkan mereka melalui pembelian emas pada tahun 2008 yang lepas. Menurut data World Gold Council, permintaan China terhadap pelaburan emas adalah tiga kali ganda pada tahun 2008 dan dijangka meningkat lagi pada tahun ini. Sebaliknya, permintaan India terhadap emas semakin merosot disebabkan harga emas yang berterusan naik sekalipun pada musim perkahwinan, orang ramai masih tidak membeli emas kerana kenaikan trend harga tersebut.
Sehingga sekarang China adalah pengguna emas kedua terbesar selepas India. Namun, jika trend sekarang di ambil kira dan ianya berterusan, China bakal meninggalkan India jauh ke belakang sedikit masa lagi. Pada tahun 2008, China telah menggunakan emas sbyk 395.6 tan bullion untuk dijadikan barang perhiasan dan pelaburan atau sekitar 14% daripada permintaan emas di seluruh dunia, meningkat daripada 327.8 tan pada tahun 2007. Permintaan emas di dalam pelaburan di China telah melonjak kepada 68.9 tan tahun lepas, iaitu sebanyak 25.6 tan pada tahun 2007. Jumlah penggunaan emas bagi India pula telah menurun sebanyak 14% kepada 660.2 tan pada tahun 2008, di mana pelaburan runcit bersih adalah sekitar 190.5 tan berbanding 217.5 tan pada tahun 2007. Pelaburan emas di China dijangka pesat kerana orang ramai melihatnya sebagai mekanisma pelaburan yang mudah difahami, tidak seperti sesetengah pelaburan yang lain.
Pengeluaran emas China pula telah meningkat sebanyak 11.5 tan (4.26%) kepada 282 tan pada tahun 2008. China Gold Association menyatakan bahawa negaranya telah menjadi pelombong emas terbesar di dunia pada tahun lepas. Menurut data daripada persatuan emas mereka, 46.4% emas telah dihasilkan di wilayah Shandong, Jiangxi dan Henan. China juga kekal sebagai pengeluar emas terbesar di dunia dan telah mengambil alih tempat Afrika Selatan sejak 2007 lagi dengan kapasiti pengeluaran sebanyak 270.49 tan. Perdagangan emas di Shanghai Gold Exchange juga turut meningkat pada tahun 2008 sebanyak 174.84% dengan nilaian 868.39 bilion yuan.
Tindakan bijak China ini sewajibnya diikuti oleh negara-negara Islam yang lain jika sekiranya menyimpan hasrat untuk menggunakan matawang dinar di dalam perdagangan antarabangsa mereka. Sesungguhnya, China bakal menjadi kuasa besar ekonomi dunia sedikit masa lagi. Maka tidak hairan lah Amerika sekarang pun sedang berbaik2 dengan negara China.
Sumber data: www.commodityonline.com
2 ulasan:
Pengguna Perak pula ssiapa no 1?
tu aku serahkan kat ko la
Catat Ulasan