Rabu, 24 Disember 2008

Telur dulu atau ayam dulu?

Ramai orang kita sering di'confuse'kan dengan perkara seperti: mana yang wujud dahulu? ayam atau telur? Kalau orang kata ayam maka akan ada nanti yang memberi jawapan ayam kan berasal dari telur? Kalau orang kata telur dahulu akan ada pula yang akan memberi jawapan telur kan daripada ayam sebab ayam akan menetaskan telurnya...

Realitinya, kita tidak seharus membiarkan hidup dalam serba kekeliruan. Itu sebab Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu supaya sebarang kekeliruan dapat dirungkaikan. Dan ilmu pula mestilah ilmu yang benar yang datang daripada Allah swt. Namun jka terdapat kekhilafan terhadap benda yang furu' maka janganlah anggapnya sebagai kekeliruan tetapi sebaliknya sebagai kemudahan kepada umat manusia.

Islam juga merungkaikan penciptaan manusia dengan menyatakan manusia pertama berasal daripada tanah sekaligus menepis teori darwin yg mengatakan manusia berasal dari spesis beruk. Dan ini sesungguhnya amat mengelirukan.

Kekeliruan dalam sistem ekonomi

Ramai orang terkeliru antara wang dan barangan. Yang mana wujud dahulu? Mungkin ada orang akan kata wang akan wujud dahulu sebab jika tiada wang tiada barangan.

Realitinya, mari kita bertanya kepada diri kita. mana lebih penting untuk meneruskan kelangsungan hidup? Wang atau barangan? Sudah tentu jawapannya ialah barangan; makanan, minuman dan tempat tinggal. Dengan sebab makanan kita boleh hidup, dengan sebab minuman kita boleh hidup, begitu juga dengan barangan yang lain.

Dahulu kala, adanya sistem barter. Adakah wujudnya wang ketika itu? Wang hanya bersifat fasilitator kepada manual? Bukannya sebagai publisher kepada manual tersebut.

Dan seharusnya sistem sekarang perlu sama. Sektor fizikal mestilah bertindak sebagai publisher atau master manakala sektor kewangan sebagai fasilitator. Kedua-dua ini mestilah harus saling berkaitan antara satu sama lain. Ianya mesti diibaratkan antara kulit dan kuku. Tidak boleh dipisahkan.

Apa yang jadi sekarang?
Sektor kewangan menjadi raja. Sektor kewangan telah memutuskan silaturrahim dengan sektor fizikal dan ini amat merbahaya. Islam menegaskan tiada bau syurga bagi yang memutuskan silaturrahim dan sistem ekonomi tidak terkecuali.

Tiada ulasan: