Ada yang mempertikaikan pendirian saya tentang dinar. Ini kerana artikel sblm ini saya mempersalahkan OPEC yang boleh menjadi penyumbang kepada kemelesetan ekonomi jika harga minyak dinaikkan. Namun, konteks yang diketengahkan dalam artikel tersebut mungkin agak kurang difahami.
Pertama: Saya mengetengahkan perubahan secara artificial. Dlm kes ini, sekatan terhadap perkara fundamental dengan niat untuk naik harga adalah suatu bentuk perubahan yang artificial dan inilah yg saya maksudkan sebagai keji. Namun dalam sesetengah keadaan, kenaikan secara artificial adalah dibenarkan seperti kuota dan cukai import dgn niat untuk melindungi industri tempatan.
Kedua: Walaupun saya memperjuangkan dinar, namun saya harus sedar, saya hidup dalam dunia yang realiti. Apabila hidup dalam realiti sebenar yang mana dunia tidak atau belum mengkehendaki sistem tersebut, pandangan dan tindakan kita mestilah praktikal. Dalam kes ini, sentimen pembelaan mengatasi teori rompakan (seperti yang didakwa). Maksudnya di sini ialah pembelaan terhadap negara-negara miskin yang juga ramai daripadanya negara Islam perlulah diberi perhatian dan keutamaan. Apabila harga minyak naik, bagamana nasib golongan seperti ini? Bagaimana nasib golongan peniaga? Bagaimana nasib golongan pengguna? Inilah fokusnya. Walaupun akan ada mengatakannya itu adalah penyelesaian jangka pendek, namun hakikatnya itulah penyelesaian yang realistik. Jika tidak, takkanlah ramai yang terpedaya dengan idea penurunan minyak 50 sen bila bertukar kerajaan..
Persoalan yang lebih penting utk kita amati sekarang, bagaimana nak jadikannya (dinar) realiti? Tiada gunanya menyalahkan dolar jika negara2 seperti OPEC dan negara Islam terus mempertahankan dolar itu sendiri. Jangan kita berangan2 nak gunakan dinar, jika Arab Saudi, Kuwait, Bahrain, UAE, Qatar etc bermati2an mempertahankansistemnya (dolar). Jangan salahkan Amerika yang berani mencetak duit, kerana kita juga yang mengiktirafnya. Jgn salahkan Amerika kalau Ms nya tinggi jika semua pelosok kerajaan seantero dunia tetap demand kepadanya. Jangan cakap pasal dolar akan runtuh, selagi kita tiada ikhtiar untk menggantikannya. Mengapa salahkan dolar, jika kita masih lagi berterusan menyimpan dolar dalam kantung reserve negara. Mana emasnya..?
Pernahkah kita bertanya kepada Bank Islam kenapa mereka tiada gold bullion mereka sendiri?, Pernahkah kita bertanya kepada diri sendiri bagaimanakah sistem dinar boleh diterima ramai? Pernahkah kita bertanya kenapa mereka tak mahu guna piawaian dinar dalam transaksi? Apa lagi yang tak cukup pada dinar? Apa yang kurang pada dinar? Please try to be practical. Bukankah Islam itu Waqi'iyyah sifatnya?
Oleh kerana Islam itu Waqi'iyyah lah, penulis menulis artikel tersebut. Dan atas dasar itulah, insya Allah, penulis akan membentang 3 lagi kertas kerja iaitu masing2 di Sabah, Kelantan dan jika ada rezeki di Mesir pada bulan 3 nanti. Dan kesemuanya tentang aplikasi dinar dalam perbankan dan kewangan semasa. Namun persoalan yang ultra penting, cukupkah sekadar itu? Tepuk dada tanyalah ilmu, iman dan tindakan kita...
2 ulasan:
ustaz seorg yang pakar dalam bidang ini, saya sendiri kurang arif tentang penggunaan emas dinar ini, mungkin kerana kurangnya pendedahan ilmu semasa saya. apabila di beri tugasan untuk membentangkan apa itu dinar emas, saya rasa benar-benar tetarik, mungkin bukan saya seorang, tetapi ramai lagi student yang cetek ilmu tentang wang dinar ini, bagi pendapat saya, untuk melakukan nya seorang diri mungkin mengambil masa yang agak lama untuk mendedahkan pelbagai rahsia tentang emas dinar ini, ape kate ustaz mengembeleng tenaga dengan beberapa pakar menerangkan melalui, majalah, radio, kerna bagi saya inilah caran terbaik untuk mendedahkan nya...
itulah yang saya tgh buat skrg..mungkin impaknya bukan skrg..
Catat Ulasan