Selasa, 30 Disember 2008

Sedihku bukan kepalang..

Aku rasa sedih apabila melihat kesengsaraan rakyat palestin di Gaza..
Sedihku bukan kepalang tapi apa yang dapat aku lakukan..
Hanya aku boleh berdoa dan bersolat hajat..

Aku rasa amat sedih apabila tiada apa yang dapat dilakukan untuk mengekang kekejaman Israel ke atas rakyat palestin..
Sedihku bukan kepalang lagi apabila rakyatnya sudah mencapai angka ratusan yang menemui ajalnya..
Ku pasti mereka itu syahid..syahid mempertahankan wilayah mereka sekaligus agama Islam..

Perasaan bercampur baur antara geram, marah, jijik dan macam-macam lagi..
Dek angkara zionis laknatullah..
Namun apa yang boleh aku buat..? hanya doa dan solat hajat..

Biasanya Buletin Utama sering ku nanti..
Namun semenjak dua menjak ini aku gelisah menanti..
Mungkin dapat mengagak apa yang berlaku di Gaza City..
Dan juga kepada penduduknya nanti..

Wahai umat Islam sekalian..
Ku rasa telah mencapai taraf wajib bagi kita untuk bertindak..
Sama ada doa, solat hajat dan apa saja yang dirasakan membantu...
Selamatkanlah Palestin ya Allah..

Tiada ulasan: