Khamis, 11 September 2008

Nilai barangan atau kuantiti barangan?

Di corong-corong TV dan radio, mereka menjaja kenaikan nilai impot dan ekspot negara. Mereka kata nilai ekspot bertambah beberapa peratus daripada sebelumnya. Tapi peratus kenaikan itu hakikatnya diambil dari nilaian harga. Mereka juga mencanangkan pertumbuhan ekonomi adalah kukuh berpandukan nilaian perdagangan yang bertambah. Peratusnya meningkat. Nilai dagangan terus naik sehingga jutaan dan berbilion ringgit. Masih juga ukurannya RM (nilai RM). Namun tidak satu pun pengukuran itu dibuat dalam bentuk jumlah kuantiti barangan dan bukannya nilai harga barang. Mengapa? Mengapa peratusan itu tidak diambil kira berdasarkan kuantiti barangan? Mengapa pertumbuhan itu adalah pertumbuhan nilai barangan? Mengapa tidak dikatakan ekonomi negara kukuh sebab barangan dan perkhidmatan kita bertambah selari dengan pertumbuhan manusia atas muka bumi? Jawapannya untuk menunjukkan adanya peningkatan. Ya, benar tetapi tidak menggambarkan keadaan sebenar.
Lihat contoh dibawah:


Contoh A:

Hari ini Ali jual nasi lemak berharga RM1 sebanyak 100 bungkus menjadikan pendapatannya sebanyak RM100.
Esok Ali jual nasi lemak berharga RM1.20 sebanyak 100 bungkus juga menjadikannya pendapatan RM120.
Kesimpulan: Ali mengalami pengukuhan di dalam ekonomi nasi lemaknya berikutan pertambahan pendapatannya sebanyak 20%.

Contoh B:

Hari ini Ali jual nasi lemak berharga RM1 sebanyak 100 bungkus menjadikan pendapatannya sebanyak RM100.
Esok Ali jual nasi lemak berharga RM1.00 sebanyak 120 bungkus menjadikannya pendapatan RM120.
Kesimpulan: Ali mengalami pengukuhan di dalam ekonomi nasi lemaknya berikutan peningkatan dalam pendapatannya sebanyak 20%.

Kedua-duanya ada peningkatan dalam ekonomi tetapi mempunyai implikasi yang berlainan.
Contoh A akan membawa kepada inflasi berikutan kenaikan harga begitu juga kejatuhan matawang disebabkan terpaksa mengeluarkan duit lebih untuk kuantiti yang sama.
Contoh B akan membawa kepada pertumbuhan sebenar kerana ianya mencerminkan jumlah kuantiti dagangan yang benar-benar wujud dalam ekonomi.

Persoalannya, mengapa contoh A saja diwar-warkan..?? Mengapa tidak contoh B? Apa yang kita mahu sebenarnya? Adakah barang yang dicari atau duit?

2 ulasan:

Hasbullah Pit berkata...

Menarik apa kau tulis.

Ramai peruncit banding jualan dalam nilai ringgit, jadi nampak meningkat, tetapi sebenarnya tidak.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih untuk blog yang menarik