Terdapat dua pandangan di dalam memperkatakan produk perbankan Islam pada masa sekarang.Persoalan mula timbul di kalangan dua mazhab ini terhadap sesuatu produk perbankan Islam. Persoalan ini tidak bertujuan untuk menimbulkan ketidakselesaan terhadap perbankan Islam namun, sebagai contoh untuk direnungi bersama untuk kebaikan umat dan mansia keseluruhan.
Pandangan pertama: Membawa contoh ayam
Ayam yang disembelih tidak akan sama dengan ayam yang tidak disembelih. Begitulah produk perbankan. Tampak sama; ada interest, ada profit rate. Ada BLR yang tidak tetap ; ada juga FBR yang tidak tetap. Semuanya tampak sama bila beroperasi tapi ketahuilah hakikatnya tidak sama. Mana mungkin ayam tidak sembelih boleh dimakan? Hakikatnya bila disembelih ikut cara Islam ayam itu akan jadi halal untuk dimakan. Begitulah produk perbankan Islam, tampak operasinya sama tetapi akad yang digunakan lain. Bila akad ikut cara Islam maka produk-produk seperti pembiayaan/loan, kredit kad/debit kad, sukuk/bon semuanya boleh digunakan.
Pandangan kedua: Membawa contoh khinzir
Khinzir adalah haram. Mana mungkin khnizir yang disembelih dan yang tidak disembelih boleh dibezakan? Bila asasnya ialah haram, sembelih ikut macam mana pun ianya tetap haram. Bila BLR ke BFR, bila loan kepada pembiayaan, bila kredit kad ke kredit kad Islam bila bon ke sukuk, mana mungkin ianya boleh halal kerana asasnya sudah tidak halal iaitu sistem berpaksikan kredit iaitu duit bertambah atas duit.
So, mana satu yang betul? Untuk menghilangkan keresahan, marilah kita meraikan kedua2nya.
Cara meraikan pandangan kedua:
Haruslah berusaha untuk menyokong segala tindakan golongan kedua di dalam merealisasikan sistem alternatif kepada kredit sekarang ini. Bila ianya disebut kredit, bukanlah sekadar istilah tetapi perjalanannya sekali. Dalam kes ini, kredit adalah bermaksud, duit atas duit.
Cara meraikan pandangan pertama:
Haruslah menerima produk perbankan Islam kerana ianya adalah hasil proses perbincangan alim ulama' dan fuqaha dengan dibantu oleh ahli profesional. Janganlah anggap mereka tidak faham itu dan ini. Mereka adalah golongan pewaris Nabi. Fatwa mereka adalah sesuai berdasarkan keadaan semasa yang mana terdapat halangan tertentu.
Kesimpulan:
Gunakanlah produk perbankan Islam dalam masa yang sama lakukan R&D untuk sistem alternatif bagi menggantikan sistem kredit. Kita tidak boleh selamanya mengharapkan sistem ini memakmurkan bumi.
3 ulasan:
assalamualaikum ustaz...
mengenai topic yang baru sahaja ustaz siarkan ini..
saya ingin menyuarakan sedikit pendapat..
untuk perbankan islam yang productnya dikatakan sama itu...
dari apa yang saya ketahui daripada perbincangan dan pembentangan yang di lakukan dlm kelas saya yang lain...
saya dapati terdapat besar perbezaan nyer..
credit yang di berikan bukan la diberi dlm bentuk hutang berbentuk wang dengan wang..dari pertanyaan saya dengan lecture sy yang lain...
contohnya card credit dari bank islam itu sendiri..
pemberian credit itu datang nya daripada bank yang belikan sesuatu barangan katekan nak pinjam 10000..mereka akan belikan barangan yang setara nilainya...
dan barangan itu jadi milik kita..
dan kita jual kembali kepada bank tersebutdengan harga 9000 katakanlah...
dan 9000 itu disimpan di dalam bank kita untuk kitra gunakan hingga habis credit kita itu..
itu lah apa yang dikatakan dan di bincangkan oleh saya....
benarkah teori tersebut ustaz???
boleh ustaz bagi sedikit pendapat.... untuk sebarang ulasan...ustaz boleh lah hantarkan ke email ini...
asfikriibrahim@yahoo.com
terima kasih ustaz>>>=)
Betul pada akad, tapi adakah realitinya begitu? 'Sesuatu barang' itu wujudkah?
Salam Ustaz,
Sebenarnya memang confius bab ekonomi ni. Saya merupakan economist yg berpaksikan sistem konvensional. Kenapa bank islam menggunakan sesuatu 'barang' yg tidak wujud di dalam akadnya. Mcm cth Pinjaman Bank Rakyat cth nya: Nak pinjam duit tapi dibabit-babitkan aircond (sbg barang), atau tanah atau bangunan. Semuanya akan menyebabkan duit bertambah atas duit jugak. kerana 'Barang' tersebut tak wujud sama sekali.
Mohon penjelasan.
Catat Ulasan