Umum mengetahui telah berlakunya krisis kewangan di Amerika yang mengakibatkan beberapa syarikat kewangan dan insurans terpaksa gulung tikar ataupun tinggal nyawa-nyawa ikan dan hanya mampu merintih minta di"bailout"kan oleh kongres Amerika yang kini dikuasai oleh parti Demokrat. Namun pelan penyelamat yang berharga USD700 bilion itu telah mendapat tentangan kelas pertengahan rakyat Amerika. Mereka menyatakan ianya tidak lebih hanyalah sebagai usaha jangka pendek yang hanya bertujuan semata-mata untuk menyelamatkan golongan kaya Amerika. Namun masih ramai juga tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku sehingga menyebabkan krisis kewangan tersebut. Jawapannya ialah kerana adanya sistem cagaran yang dipanggil cagaran sub prima.
Kenapa diberi nama sub prima?
Pendangan saya adalah kerana hutang yang diberikan pemiutang kepada penghutang asal (prime) telah dipindah @ di"sub"kan kepada golongan ketiga dengan tujuan untuk meringankan risiko ketidak upayaan membayar balik penghutang asal. Ini tidak ubah seperti seorang kontraktor yang mendapat kontrak kerajaan namun tidak mampu untuk melakukan kerja tersebut kerana kekurangan dana atau ketidakupayaan dari sudut skil, pengalaman dan sebagainya. Ataupun mempunyai skil namun mengambil jalan mudah untuk mendapatkan keuntungan dengan menjual @ men'sub' kontrak kerajaan tersebut kepada kontraktor lain (sub kon) untuk membuat kerja bagi pihaknya. Ini seakan-akan seperti pengkhianatan kepada pihak si pemberi projek. Namun untuk menyalahkan kontraktor seratus peratus tidak boleh juga kerana yang sepatutnya bersalah adalah si pemberi kontrak kerana tidak menyemak track rekod kontraktor tersebut ataupun terlalu lineon dalam pemilihan kontraktor sehingga tersalah pilih kontraktor yang sepatutnya benar2 jujur untuk melakukan projek tersebut dengan sendiri dan bukannya dengan cara mudah.
Begitulah apa yag telah berlaku di Amerika di mana sykt kewangan dengan sewenang-wenangnya memberi pinjaman kepada orang ramai tanpa mengambil kira sama ada mereka mampu membayar atau pun tidak. Jika mampu pun adakah mereka betul2 mahu membayarnya? Inilah cabaran besar bagi golongan pemiutang, untuk sentiasa berhati2 dalam memberikan pinjaman kepada orang ramai.
Namun disebabkan sistem itu sendiri terlampau lineon, ramai yang berhutang dengan sykt kewangan untuk membeli harta terutamanya hartanah dan perumahan yang dikatakan boleh membawa keuntungan. Apabila ini terjadi, skyt kewangan cuba mengurangkan risiko ketidakupayaan si penghutang untuk membayar balik dengan cara men"securitize'kan hutang tersebut kepada pihak ketiga atau dengan kata lebih mudah mencagarkannya. Men'securitize'kan atau mencagarkan adalah satu proses memindahkan separuh atau 2/3 hutang kepada pihak ketiga dengan cara mengeluarkan bon atau sekuriti dengan tempoh matang tertentu. Apabila hal ini berlaku, sekiranya penghutang gagal untuk membayar hutangnya maka skyt kewangan yang tadinya telah mengeluarkan sekuriti kepada pihak ketiga juga turut gagal untuk menepati janjinya. Ini kerana sykt kewangan tidak mempunyai duit yang cukup utk memberi pulangan cash atau faedah daripada sekuriti itu tadi. Hasilnya, apabila masing-masing menuntut dan tidak dapat apa yang dituntut, maka berlakulah ketidakpercayaan pelabur terhadap bon atau sekuriti yang diperdagangkan di pasaran kewangan. Dan akhirnya berlakulah masalah kecairan duit dan inilah yang mengakibatkan ramai sykt kewangan gagal bertahan.
Adakah ianya boleh berlaku dalam pasaran kewangan Islam?
Saya kira ianya boleh berlaku jika tidak mengambil langkah yang berhati-hati. Ini kerana di pasaran kewangan Islam juga ada mempunyai produk yang seakan-akan serupa dengan sub prime tersebut. Antaranya ialah bay' Dayn atau jual beli hutang. Maksudnya hutang boleh dijualbelikan atau pindah milikkan atau dipindah tanggungkan kepada pihak ketiga. Seharusnya ini mestilah mendapat tindakan yang sewajarnya daripada pihak2 yang berkenaan.
3 ulasan:
Sukuk itu kiranya beli "hutang" juga kan?
Sukuk sama ada menggunakan akad jual beli atau musyarakah mutanaqisah (pemilikan bersama yang akhirnya bertukar menjadi pemilikan seorang individu sahaja). Namun, kewujudan aset masih diragui, adakah ianya benar-benar penjualan aset syarikat atau tidak lebih hanya tempelan di dalam akad.
Saya gembira membaca tulisan sdr. Anak Malaysia yang menjadi pensyarah Ekonomi sudah dan menjelaskannya dengan bijaksana :)
Catat Ulasan