Sabtu, 1 Januari 2011

Kemalangan jalanraya di Malaysia tahap nazak

Di sana sini terdengar berita kemalangan jalanraya. Bilangannya semakin bertambah bila ada musim raya. Yang mati, mati, yang patah, patah, yang koma, koma. Semua jenis kemalangan ada. Saya memang dapat membayangkan situasi di mana seorang budak perempuan 6 tahun yang terjatuh motor ditunggangi emaknya dalam keadaan menangis mencari emaknya, dirempuh pula motosikal yang lain dan tercampak sejauh 10 meter. Tuan-tuan boleh baca di sini. Memang tersangat sedih bila mendengarnya kerana anak saya pun bakal bersekolah pada Isnin depan dan sudah tentu cerita sebegini sangat dekat dengan diri saya. Sebenanrnya ini hanyalah sekelumit kejadian yang berlaku dan masih banyak kemalangan yang dahsyat namun kejadian kemalangan di dalam akhbar hari ini betul-betul signifikan dari segi realitinya dan sememangnya menunjukkan kemalangan jalanraya di Malaysia masih jauh daripada penyelesaiannya.

Tiada ulasan: