Jumaat, 3 Disember 2010

Ron 95 naik 5 sen lagi, bertukarlah ke NGV dan Dinar

Ada yang kata subsidi 5 sen dikurangkan bagi petrol dan 20 sen bagi gula tapi hakikatnya harga petrol dan gula naik masing-masing 5 sen dan 20 sen. Ayat-ayat manis itu pandai diolah untuk meredakan kebimbangan pengguna yang hakikatnya tidak rela. Kenaikan ini amat mendukacitakan berdasarkan janji Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa petrol tidak dinaikkan sehingga tahun depan.Dengan kenaikan tersebut yang bermula tengah malam ini, beberapa barangan pengguna yang lain dijangka terus meningkat. Adalah diharapkan pihak berkuasa tempatan dapat mengawal harga barangan pengguna dengan jayanya dan bermulalah kehidupan penguatkuasa yang pasti akan sibuk. Jika berjaya memantau, rakyat akan lebih mudah menerimanya, tapi jika gagal, rakyat pasti akan menghukum. Terpulang kepada mereka yang terlibat dan apa yang pasti, bagi mereka yang memandu jauh ke tempat kerja, NGV adalah pilihan terbaik. namun bagi penyelesaian jangka panjang, bertukarlah ke dinar. Wallahua'lam.

2 ulasan:

Abu Khawarizmi berkata...

Salam syeikh..nanti kalau ngv naik nak tukar apa pulak..tukar basikal kot tak yah guna minyak..Lagipun hari ni harga barang semuanya naik. Hujan je yang setia turun selagi Allah SWT mengkhendaki. Bersyukurlah atas rahmat kurniaan-Nya yang tak putus-putus

Dziauddin berkata...

Takyah tukaq basikal, guna dinar..selamat..