Selasa, 13 Julai 2010

Hidup kita kini berpassword...

Saya mula memiliki PC sendiri pada tahun 1997 iaitu semasa tahun satu di universiti. Tatkala itu, hajat saya besar kerana mahu menguasai komputer sebarapa banyak yang mungkin kerana teruja dengan sebahagian rakan-rakan saya yang telah pun terlebih dahulu menguasainya. Namun, hari-hari yang berlalu penggunaannya hanyalah berkisar kepada membuat assignment sahaja sedangkan harganya mahal ketika itu. Mungkin kerana harganya mahal, maka tak banyak perkara yang hendak di"discover"kan gara-gara takut rosak dan sebagainnya. Penggunnaan internet pula hanyalah sekitar membuka email dan membaca suratkhabar. Itupun guna komputer makmal atau cyber cafe. Mana ada internet nak di 'wired' kat komputer sendiri pun. Perkataan yahoo dan google pula agak asing kerana hotmail telah lebih dahulu mendekati saya.

Selang beberapa tahun, saya memiliki handphone sendiri pula. Mahal harganya terutama sekali untuk memiliki sim kad nya memerlukan duit paling kurang pun sebanyak RM300. Tetapi semua itu dipejamkan sahaja kerana terpengaruh dengan rakan-rakan yang begitu bergaya sekali bila bercakap dengan seseorang tanpa wayar. Memang unik!

Dan selang beberapa tahun sahaja, kesemua yang di atas itu telah pun menjadi barang asasi di dalam kehidupan kita! Begitulah penting mereka dalam kehidupan kita. Buktinya kita akan cepat-cepat bawa komputer meja/riba kita ke kedai atau baiki sendiri jika rosak atau masuk virus yang tidak dapat dikesan mahupun tidak dapat di'delete'kan akibat arus kemasukan pelbagai jenis virus yang dibawa masuk oleh pendrive mahupun website yang pelik2. Lalu berlakulah kegiatan format komputer dan kemudian menghabiskan beratus-ratus ringgit untuk membeli pula ubat penghapus virus kononnya.

Bagi sesetengah yang lain, kegiatan mereka pula bergantung kepada password yang dibuat oleh mereka. Password mereka pula bukan hanya satu tapi 10 password. Kemudian mula confuse mana satu password untuk maybank2u bayar bil etc, mana satu password utk emel yahoo, emel google, emel ofis, password myeg, password i-learn utk upload nota, isis utk print attendance? (sekadar memberi beberapa contoh) Dan akhirnya, kesemua passwords itu telahpun menjadi sebahagian daripada komponen penting kehidupan kita. Dan sudah tentu juga kita dipaksa mengasah tahap ingatan ke peringkat yang optimum semata-mata untuk melakukan semua itu. Terlupa password, semua orang haru biru!..:)

Tiada ulasan: