Rabu, 23 Disember 2009

Tahniah Maisyarah


Bekas pelajar saya, Maisyarah Mohd Nor telah selamat bergelar isteri 28 november lepas. Apa yang lebih mengujakan ialah kijang emas dijadikan sebagai mas kahwin. Walaupun hanya suku auns (itu pun sudah melebihi RM1,000, kalau berkahwin 2 tahun lepas mungkin boleh dapat 1/2 auns), sudah memadai sebagai pencetus kepada rakan-rakan yang lain untuk menjadikan dinar @ fizikal emas sebagai maskahwin. Selalu saya kata sinis dalam kelas, kalau kamu semua tak bagi emas masa akad nikah nanti, jangan panggilnya "MAS KAHWIN", panggil saja "DUIT KAHWIN". Apapun tahniah sekali lagi kepada Maisyarah Mohd Nor!


p/s: maaf tak dapat hadir hari tersebut

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

huhuhu..thanks ustaz
bila lagi nak memartabatkan dinar emas..inilah salah satu cara yang mampu saya buat untuk mnyokong pngiktirafan dinar emas

Dziauddin berkata...

Lepas ni boleh bg dorongan pada rakan-rakan lain pulak..