Isnin, 28 Disember 2009

Sehati berdansa: Lebih sudu dari kuah

Rancangan realiti tarian yang menjengah kaca skrin TV melalui saluran 104 ini boleh dikatakan mendapat sambutan yang agak hangat. Ini berdasarkan kepada undian penonton saban minggu. Saya tidak mahu melihat rancangan ini kerana tidak mahu mempertontonkannya kepada anak-anak dan mewujudkan satu persepsi kepada mereka bahawa program tarian ini bagus kerana hanya melibatkan suami isteri, dan tidak mengapa mereka berpegang tangan dan berpeluk-pelukkan. Namun hakikatnya aksi itu adalah dikhalayak ramai! Melainkan sumbangan derma yang diberikan kepada badan kebajikan yang para peserta pilih, rancangan ini tidak lebih berbentuk hiburan semata-mata, tiada apa yang boleh diambil pengajaran. Namun, memandangkan hadiah utama bernilai RM200,000 kepada juaranya sedangkan badan kebajikan yang disumbangkannya hanyalah merangkul RM20,000 sahaja, bolehlah ianya diibaratkan "lebih sudu daripada kuah". Benarkah rancangan ini betul-betul mahu membantu rumah kebajikan? Jika ya, mengapa harus pemenangnya 10 kali ganda nilaian wangnya berbanding sumbangan ke rumah kebajikan dan amal? Kalau betul-betul mahu menyumbang, mari kita terbalikkan nilaian hadiah tersebut iaitu RM200,000 kepada rumah kebajikan dan RM20,000 kepada pemenang. Jika tidak ianya tak ubah seperti pertandingan-pertandingan realiti yang lain.

Tiada ulasan: