Khamis, 31 Disember 2009

Antara pinjaman Islam dan pembiayaan Islam..

Ini cerita lama. Bagi penyokong dinar dan dirham, mereka sebenarnya tak pernah langsung ambil 'pot' tentang perkara ini. Sebab ini hanya berkaitan istilah, namun pada mereka, ianya adalah serius.

Kita seringkali bergelut dengan istilah. Di dalam perbankan terutamanya perbankan Islam, kita seringkali melihat teguran-teguran seperti jangan guna perkataan pinjaman Islam atau Islamic Loan, tapi gunalah istilah pembiayaan Islam kerana menurut mereka pembiayaan adalah berlainan berbanding pinjaman. Dalam Islam hanya ada satu istilah berkaitan pinjaman iaitu Qard Hassan atau mudahnya bermaksud pinjaman tanpa riba. Realitinya, tiada satu pun perbankan Islam masa kini mengaplikasikannya secara meluas kerana mereka akan jatuh bankrap dan muflis jika melaksanakannya, lalu jadilah ianya sekadar istilah yang kukuh terpahat di dalam kitab-kitab turath lama tanpa aplikasi.

Di dalam dunia akademik, teguran-teguran di atas memang ada asasnya, kerana penggunaan istilah adalah amat penting untuk memelihara dunia akademiknya yang sentiasa terikat dengan silibus dan manual tertentu, malah akan ditimpa malapetaka jika kesalahan itu dilakukan semasa menjawab kertas peperiksaan. Namun, apabila ianya berkisar di dalam dunia yang lain (selain akademik), persepsi dan suasana sudah berlainan sama sekali. Dunia selain akademik adalah dunia pengalaman yang benar dan praktikal. Lalu apabila orang salah memperkatakan tentang sesuatu istilah itu mungkin ada sebab-sebabnya tertentu dan sebagai seseorang yang mengaku dirinya ahli akademik haruslah membuat kajian ringkas tentang mengapa fenomena ini terjadi.

Saya berpandangan mengapa orang awam berterusan menggunakan istilah 'pinjaman Islam' adalah kerana:

1. Mereka tidak nampak perbezaan antara pinjaman dan pembiayaan. Walaupun pembiayaan itu berbentuk transaksi jualbeli, namun mereka tidak nampak apa yang dijual apa yang dibeli oleh perbankan Islam. Contohnya Bay Inah, apakah 'subject matter'nya? Jawapan yang diberi ialah saham. Namun apa kaitan saham dengan pembiayaan peribadi yang akhirnya pengguna hanya mahukan wang semata-mata?

2. Harga cash dan harga mark up. Contoh harga rumah RM100,000 dan itu ialah harga cash tetapi bank tidak mengkehendaki harga cash lalu menjualnya dengan harga jualan iaitu RM400,000. Apabila istilahnya pembiayaan, maka sudah tentu ada harga jual dan harga beli. Hakikatnya harga jual ialah harga keuntungan bagi pihak bank yang telah mendahulukan duitnya sebanyak RM100,000 itu dan keuntungan RM300,000 adalah keuntungan dengan sebab masa bertangguh yang dibayar selama 30 tahun. Jadi satu-satunya alasan pihak bank untuk mengaut keuntungan adalah sebab masa dan masa dijadikan sebahagian harga. Betulkah Islam mengkehendakinya sebegitu? Apakah tambahan disebabkan masa itu tidak dikira sebagai "back door riba" (meminjam istilah Imran N. Hossien)?

3. Seringkali juga perbankan Islam mewar-warkan juara di dalam menjaga maslahah pengguna seperti tiada double charges dan late charge hanya sekali dan dijadikan sedekah dan sebagainya, namun realitinya sudah ramai perbankan konvensional dan islamic window yang lain sudah pun menuju ke arah itu dan mereka pun sedar akan kelebihan itu. Makanya, orang ramai merasakan tiada lagi perbezaan antara konvensional dan Islam melainkan pada istilah semata-mata.

Kita hendaknya janganlah melihat terlalu rigid pada sesuatu istilah walaupun ianya penting pada sesetengah keadaan. Marilah kita lihat secara penuh kesedaran adakah aplikasi perbankan selama ini adalah sebagaimana yang Islam kehendaki? Saya lebih suka melihat ianya dari sudut matlamat dan 'spirit'nya, adakah ianya betul-betul cerminan Islam dan menjiwai apa yang Islam kehendaki? Jangan pula ada yang berkata selepas ini "matlamat tidak menghalalkan cara". Bukan itu kesnya di sini.

Masih ingat lagi kes Jailani dengan syarikatnya iaitu Jai Network Sistem Sdn Bhd yang menjual barangan stromberg secara banyaknya yang akhirnya hanya tempelan pada akad semata-mata? Sekarang Jailani telah pun berkubur bersama jutaan ringgit pelabur-pelabur yang mengharapkan duit pasti hasil akad jualbeli itu. Dakwaan telah pun dikenakan ke atasnya disebabkan penggubahan wang secara haram yang bernilai jutaan ringgit. Tidak pasti pula apakah nasib beliau sekarang. Tahukah kita ianya menggunakan istilah-istilah seperti akad jual beli dan pembiayaan untuk mengaburi mata pengguna dan pelaburnya? Akad itu jugalah hujahnya untuk menapis segala macam serangan dari pihak luar yang mengatakan ianya tidak betul walaupun akadnya betul. Tapi akhirnya syarikat itu tenggelam bersama-sama pemiliknya dan beribu-ribu pelabur yang lain dan sekarang mereka yang mempertahankan perniagaan itu terus hilang dan senyap begitu sahaja. Apa yang hendak diperkatakan di sini, akad semata-mata tidak menjanjikan ianya menepati apa yang Islam betul-betul kehendaki tetapi adakah ianya pada akhirnya membawa kepada kesejahteraan ummah? Itu yang lebih penting. Saya melihatnya secara menyeluruh.

Apa yang berlaku ke atas beliau akhirnya menyedari banyak pihak akan peri penting untuk menerobos secara mendalam di sebalik akad yang dibuat pada kertas semata-mata. Hakikatnya bukanlah barangan stromberg itu yang hendak dijual sebaliknya adalah semata-mata kerana wang yang ditagih hasil perjanjian jualbeli secara ansuran. Tidakkah ianya menyerupai bond mahupun segala macam istilah bay muajjal yang lain?. Beli, tunggu tarikh matang dan tuntut balik dengan jumlah yang tinggi. Ini hakikat, ini kebenaran. Cumanya pelaksanaan sedikit berbeza antara satu sama lain, namun matlamat untuk mendapatkan duit adalah sama saja.

Saya tidak mahu menjadikan entri kali ini sebagai musuh kepada pengamal-pengamal perbankan Islam masa kini kerana saya sendiri adalah salah seorang tenaga pengajarnya berkenaan perbankan Islam. Saya tahu mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki segala kelemahan. Dan saya juga tahu mereka pernah mencadangkan penggubalan akta-akta tertentu walaupun tidak berjaya. Saya menghargai kesemuanya itu, namun saya juga mahu kita semua melihat alternatif yang lebih menjiwai matlamat syariah itu sendiri. Saya tidak menyalahkan perbankan Islam kerana sebenarnya mereka terperangkap dek sistem kewangan kapitalis dan zionis yang telah direkacipta sejak dahulukala. Untuk mengubah dari dalam sistem tersebut, bagi saya, adalah mustahil kerana selagi duit kertas merosot dan tiada nilai selagi itulah manusia bergantung kepada sistem ini dan ianya pasti akan terus diguna pakai, dan memang itulah matlamat mereka. Jelasnya sistem ini adalah untuk menampung kemerosotan nilai matawang yang juga dicipta oleh mereka di samping memenuhi aspirasi golongan-golongan tertentu yang tamak haloba dan juga golongan zionis yang mahu menakluki dunia melalui protokol ekonominya. Marilah kita mencari jalan keluar daripada sistem ini. Jangan kita terus-terusan terperangkap dan cari yang terbaik adalah sistem dinar dan dirham. Wallahua'lam.

Selasa, 29 Disember 2009

Emas dijangka turun ke paras USD1,000: peluang terbaik untuk memilikinya

Saya terbaca tentang harga emas akan turun di sini. Mengikut penulis tersebut, semuanya telah dirancang berasaskan kepada dua sebab. Apa sebab itu? Anda boleh baca artikel tersebut. Dan apa yang pasti ianya adalah peluang kedua kepada semua untuk memilikinya pada harga yang murah. Tapi belum tentu betul, ia mungkin merupakan helah juga! Sama-sama kita perhatikannya setiap hari. Sekarang pun anda boleh lihat 'trend' penurunannya di sebelah site ini.

Isnin, 28 Disember 2009

Sehati berdansa: Lebih sudu dari kuah

Rancangan realiti tarian yang menjengah kaca skrin TV melalui saluran 104 ini boleh dikatakan mendapat sambutan yang agak hangat. Ini berdasarkan kepada undian penonton saban minggu. Saya tidak mahu melihat rancangan ini kerana tidak mahu mempertontonkannya kepada anak-anak dan mewujudkan satu persepsi kepada mereka bahawa program tarian ini bagus kerana hanya melibatkan suami isteri, dan tidak mengapa mereka berpegang tangan dan berpeluk-pelukkan. Namun hakikatnya aksi itu adalah dikhalayak ramai! Melainkan sumbangan derma yang diberikan kepada badan kebajikan yang para peserta pilih, rancangan ini tidak lebih berbentuk hiburan semata-mata, tiada apa yang boleh diambil pengajaran. Namun, memandangkan hadiah utama bernilai RM200,000 kepada juaranya sedangkan badan kebajikan yang disumbangkannya hanyalah merangkul RM20,000 sahaja, bolehlah ianya diibaratkan "lebih sudu daripada kuah". Benarkah rancangan ini betul-betul mahu membantu rumah kebajikan? Jika ya, mengapa harus pemenangnya 10 kali ganda nilaian wangnya berbanding sumbangan ke rumah kebajikan dan amal? Kalau betul-betul mahu menyumbang, mari kita terbalikkan nilaian hadiah tersebut iaitu RM200,000 kepada rumah kebajikan dan RM20,000 kepada pemenang. Jika tidak ianya tak ubah seperti pertandingan-pertandingan realiti yang lain.

Rabu, 23 Disember 2009

Tahniah Maisyarah


Bekas pelajar saya, Maisyarah Mohd Nor telah selamat bergelar isteri 28 november lepas. Apa yang lebih mengujakan ialah kijang emas dijadikan sebagai mas kahwin. Walaupun hanya suku auns (itu pun sudah melebihi RM1,000, kalau berkahwin 2 tahun lepas mungkin boleh dapat 1/2 auns), sudah memadai sebagai pencetus kepada rakan-rakan yang lain untuk menjadikan dinar @ fizikal emas sebagai maskahwin. Selalu saya kata sinis dalam kelas, kalau kamu semua tak bagi emas masa akad nikah nanti, jangan panggilnya "MAS KAHWIN", panggil saja "DUIT KAHWIN". Apapun tahniah sekali lagi kepada Maisyarah Mohd Nor!


p/s: maaf tak dapat hadir hari tersebut

Khamis, 17 Disember 2009

Kenapa Dirham vs Dinar?


Tatkala saya membentangkan kertas kerja bertajuk: "Is dirham better performed than dinar in hedging fluctuated prices?", di Asia Pacific Marketing Conference (APMC 2009) di Damai Beach Resort, Santubong, Kuching pada minggu lepas, ada peserta berasa pelik kenapa saya membandingkan keduanya, kenapa tidak dengan dolar ataupun matawang yang lain. Soalan yang bagus menandakan orang itu memang faham sebenarnya akan kelebihan yang ada pada wang komoditi yang dicanang-canangkan selama ini. Tentu dia mengikuti rapat akan subjek ini sejak dulu. Apapun saya ada jawapan terhadap soalan itu; iaitu:

Pertama; kajian tentang perbezaan wang komoditi dan dolar telah pun dibuat setahun yang lalu melalui kertas kerja saya yang bertajuk "Gold Dinar: The applicability of hedging price fluctuation" dan telah dibentangkan di International Business Borneo Conference, di Kota Kinabalu, Sabah. Dan outcome kajian tersebut sangat-sangatlah jelas umpama langit dan bumi perbezaannya.

Kedua; mungkin beliau tidak sempat membaca abstrak atau konklusi kerta kerja saya iaitu perbandingan bukan kepada 'value' intrinsik yang pada dinar mahupun dirham tetapi disebabkan keadaan pasaran permintaan dan penawaran yang sangat terdedah kepada manipulasi. Dlam hal ini, saya cuba membentangkan adanya faktor pasaran yang mempengaruhi "performance" dinar dan dirham. Dengan itu, sudah tentu terdapat perbezaan antara keduanya.

Apapun, konferensi kali ini, saya amat berpuashati kerana sudah ada yang berminat hendak bertanyakan lebih lanjut tentang perkara ini, malah ada yang meminta 'slide' saya untuk simpanan mereka. Apapun, misi para pendinar dan pendirham masih lagi jauh untuk dicapai.

Rabu, 16 Disember 2009

Anak bini: wajarkah mengiringi laki mereka?

Berbaloikah anak bini seorang ahli politik mengikut trip laki mereka ke luar negara atas urusan rasmi? Berbaloikah puluhan ribu dibelanjakan ke atas bini mereka yang kelihatannya tidak mempunyai kaitan terhadap urusan rasmi tersebut? Layakkah bini-bini kepada ahli politik diperuntukkan sejumlah wang yang agak besar untuk menemani laki mereka di luar negara? Tidakkah mereka menyedari isteri kepada perajurit sanggup berkorban dengan merelakan para suami mereka meninggalkan mereka untuk urusan kerja mereka di luar negara walaupun berbulan lamanya? Tidak bolehkah mereka duduk diam-diam di rumah menunggu saja laki mereka pulang yang paling lama seminggu itu? Ataupun jika bosan menunggu sekalipun, bolehlah menaburkan apa yang patut darpada harta lebihan mereka itu kepada orang-orang yang amat-amat memerlukan pertolongan mereka seperti badan-badan kebajikan, rumah anak yatim mahupun org tua disekitar mereka? Kenapa hendak menyibuk dengan urusan rasmi kerajaan di luar negara itu? Entahlah..tiba-tiba terlintas persoalan ini tatkala melihat bini-bini kepada ahli politik bergembira menemani laki-laki mereka di kaca televisyen sebentar tadi. Layakkah mereka? Berbaloikah ianya? Tatkala ini perasaan geram dan kecewa bercampur baur. Mana perginya slogan seperti "lead by example"?

Khamis, 3 Disember 2009

Reducing bank's power


We frequently heard about the winning case at the court sided to the bank. Each case (customer vs bank) entered to the court will eventually leads to frustrating customers. Why this happens? Should we blame customers of their ignorance in understanding all the written contents in the contract that leads to creating these problems? Or the bank who are very powerful with the money in their hands (actually others' money) exploit the contract so that they become always the winner in whatever expected situation to be happened? or the law that its language is so bombastic to be understood? or the government who is so softy till become a total submission to the capitalist of the bank? or what?

Regarding all the questions above, i have to say it is interrelated problem but the main and root problem is the bank. Why i say this? First; bank do no trade. Yes they are not trading goods and services but money. They exploited customers' difficulties by "stealing" some portion of people's money into their hands. Of course we gonna hear and listen thousands of arguments and critics about this particularly for those who are supporting them and defending its roles. You may read my friend talking about this with a very simple example here

Who control the bank? The answer is the people who are rich and earn their wealth with the easiest possible way that they be able to. This kind of people are not many. They moved silently in a small group and then called themselves conglomerate, group, pte ltd etc. To be rich; they are not working with the physical energy or sweat.They only chose shares and bonds for their business and we all know shares and bonds are nothing except a piece of paper. They wanted to conquer everything that called power and money. Of course they sponsored some events but it just like a finger tip for them. It's like giving sweeties to the kids so that people would say.."oo..they are so geneous and kindness.. They should be given an important role in our society..!". Behind the scene, their objectives to conquer the world still continuously processing and then accomplished. Their staff have been rewarded few month of bonus. Far ahead of a farmer or a fisherman's earning who producing food for them. You may read the story about them here

What about the law? This matter need to be seriously concerned by the government. Otherwise, the customers will incessantly being victims. Gov has the power, why don't they use it by reducing the power of the bank and increasing the welfare of the customers. Do not let the capitalist constantly chasing the wealth that they don't deserve for. Let preserve the customer's benefit. Because they are many and majority in the society. And now they being exposed of being victims. Why we have to bow capitalists while we knew who they are?