Khamis, 30 Julai 2009

Kursus Penggubalan Soalan 2009


Mengambil kesempatan cuti H1N1 di UiTM, pihak CITU, UiTM Johor sempat menjemput pakar penggubal soalan CTU dari CITU Shah Alam iaitu Prof Madya Asmak dan Prof Madya Asri. Selamat datang kepada mereka berdua ke UiTM Johor. Kursus ini insya Allah akan berlangsung sepanjang hari ini.

Rabu, 29 Julai 2009

Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar

Tema Kertas Kerja
-Sejarah perkembangan wang dinar sejak awal Islam sehingga zaman ‘Uthmani.
-Sejarah kecemerlangan penggunaan mata wang dinar zaman Islam dan kejayaannya menembusi mata wang Eropah.
-Isu-isu kelemahan dan ketahanan sistem fiat dalam mencari jalan memelihara kekayaan
ummah akibat ketidakstabilan sistem mata wang moden, domestik dan global.
-Pengaplikasian wang dinar secara sepenuhnya bagi menembusi monopol i wang fiat.
Penggunaan wang dinar dalam hubungan perdagangan di kalangan negara Islam.
-Idea-idea pelan strategi kepada pihak berkaitan bagi pengaplikasian semula wang dinar dalam konteks pengembangan ekonomi Malaysia dan negara-negara Islam dengan mengambil kira realiti arkitektur sistem kewangan antarabangsa.
-Kerelevanan pengalaman lepas dan bentuk bentuk panduan yang boleh diguna pakai bagi
melaksanakan semula sistem penggunaan wang dinar, dalam konteks pengembangan ekonomi,
khasnya sektor perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara Islam lain.

Keperluan Kertas Kerja
-Kertas kerja mestilah ada hubung kait dengan tema dan menggunakan Bahasa Melayu, Inggeris atau Arab.
-Kertas kerja mestilah asli dan mencapai tahap akademik yang tinggi.
-Abstrak kertas kerja hendaklah tidak melebihi 300 patah perkataan.
-Abstrak dan kertas kerja akan dinilai oleh pakarpakar bidang yang berkaitan.
-Kertas kerja hendaklah ditulis menggunakan Times New Roman font 12 pt, selang satu baris,paling minimum 10 helai dan ditulis menggunakan perisian Microsoft Word (97-2003).
-Semua abstrak dan kertas kerja hendaklah dihantar melalui email saf_one2448@yahoo.com atau sedinar09@gmail.com
-Hanya kertas kerja terbaik yang akan dipilih untuk dibentangkan.

Penginapan tidak disediakan oleh pihak urusetia.

Semua peserta boleh mendapatkan kemudahan penginapan di hotel-hotel berikut:
Equatorial Hotel, Bangi 03-82102222
Resindence Hotel, UNITEN 03-89222088
Marriote Hotel, Putrajaya 03-89498888
Puri Pujangga, UKM 03-89293361
Prescott Metro Inn Hotel 03-87375555
Oriental Crystal Hotel 03-87391888

Tarikh Penting
Tarikh Akhir Penerimaan Abstrak 6 JULAI 2009
Pengesahan Penerimaan Abstrak 10 JULAI 2009
Kertas Kerja Penuh 10 OGOS 2009

Keterangan lanjut:
Sekretariat
Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi
Melalui Transaksi Wang Dinar 2009,
Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam,
Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89215558
Fak: 03-89215558
E-Mail: sedinar09@gmail.com
saf_one2448@yahoo.com (Noorsafuan Che Noh)
inamal@yahoo.com (Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani)

Selasa, 28 Julai 2009

Cetakan duit yang menggila..

Semalam saya terbaca laporan bulan Julai Bank Federal Reserve berkaitan data tentang M1 dan M2 yang mengatakan mereka mencetaknya secara berkala. (Boleh dapatkan laporan di sini). Seperti biasa ia memang tidak mengejutkan bila mana Bank Federal Reserve telah meningkatkan bekalan wang kepada 1.1 trilion sejak dua tahun yang lepas.
Apa maksud semua ini kepada golongan pertengahan? Kita baru sahaja dirompak – secara terhormatnya!

Untuk tahu lebih lanjut tentang M1, M2, and M3, di sini saya nyatakan maksudnya:
• M1 = Measure of the money supply that includes all coins, currency held by the public, traveler’s checks, checking account balances, NOW accounts, automatic transfer service accounts, and balances in credit unions. (source – investorwords.com)
• M2 = Measure of the money supply that includes M1, plus savings and small time deposits, overnight repos at commercial banks, and non-institutional money market accounts. A key economic indicator used to forecast inflation. (source – investorwords.com)
• M3 = Measure of the money supply that includes M2, plus large time deposits, repos of maturity greater than one day at commercial banks, and institutional money market accounts. (source – investorwords.com)
• Note: M3 represents all money supply in the economy. It is no longer reported to the public or the Government. Only the Federal Reserve Bank knows the true number. (a private bank, what?!?) – Any wonder why? Obviously they don’t want us to know how much they are printing!!!

Kita boleh lihat carta di atas, kurang dua tahun, FR secara sahnya telah menipu dengan mencetak dan mensekulasikan USD dalam kuantiti yang amat besar. Peningkatan ini secara kasarnya adalah dalam lingkungan 15.7%. Wow! kecuali kita berjaya berjumpa dengan. satu akaun simpanan ataupun pelaburan yang dapat memberi keuntungan lebih 15% setahun secara konsisten, duit kita sebenarnya sudah lesap sejak 2 tahun lepas walaupun kita bermati-matian membuat tabungan.

Dalam laporan yang sama, mereka mendedahkan bahawa mereka telah meningkatkan bekalan M1 sebanyak 19 peratus pada tahun ini sahaja! Ini bermaksud wang yang berlegar-legar dan dipegang oleh kebanyakan orang telah pun menyusut nilainya sebanyak 80%. Dengan kesan inflasi akan memberi kesan dalam tempoh 12-19 bulan berikutnya, apa saja yang kita beli, dari roti ke susu, ke bahan tenaga,pastinya meningkat. Percaya atau tidak, kita akan merasainya sendiri dalam belanja harian.
Check this Chart Out! (source – mises.org)

Kalau kita fikir ianya sudah teruk, mari pula kita lihat peningkatan bekalan wang oleh Federal Reserve dengan persetujuan Kerajaan Amerika semenjak 1980 (atas), 10 tahun selepas Presiden Nixon melepaskan dollar dari ikatan emas di dalam perbendaharaan.
Bermula daripada itu, Federal Reserve telah mencetak duit bagai nak gila. Peningkatkan bekalan wang ke dalam tabung kerajaan bagi membiayai projek-projek segera dan ternyata rumah-rumah mewah yang dimiliki oleh pelabur bank adalah salah satu daripada projek "segera" tersebut. Dengan tidak bersandarkan kepada simpanan emas sebagai pra syarat untuk mencetak wang, tentula amat mudah bagi mereka merendahkan nilai matawang (akibat mencetak wang). Sementelahan seluruh ekonomi Amerika dan dunia di kalangan tangan-tangan pemilik-pemilik bank swasta, kerajaan Amerika tiada langsung pengetahuan tentang apa yang telah mereka lakukan dan mereka putuskan.

Kenapa orang Amerika merasakan tidak boleh ke mana-mana dari sudut kewangan?

Ini kerana kerajaan Amerika sudah meningkatkan bekalan wang, namun hakikat sebenar matawang ialah ianya telah pun diberikan kepada mereka yang mempunyai kaitan dan pengaruh di dalam kerajaan (secara umumnya adalah di kalangan bank pelaburan dan syarikat-syarikat, etc). Dan tatkala wang itu sedang mengalir ke dalam ekonomi kita, harga telah pun meningkat naik(akibat daripada tekanan inflasi). Dan kita pula tatkala itu terasa betul-betul miskin.

Inilah puncanya kenapa orang Amerika berasa sangat terdesak dari sudut kewangan mereka setiap tahun. Tatkala Federal Reserve meningkatkan bekalan wang, harga barang keperluan semasa terus naik tetapi “anehnya” pendapatan kita tetap juga tidak naik selari dengan kadar bekalan wang itu. – (Adakah anda menerima 16% kenaikan gaji sejak 2 tahun lepas untuk membolehkan anda menampung inflasi?)

Tidak hairan atau takjubkah kita kenapa orang Amerika sekarang terpaksa mencari dua sumber pendapatan untuk hidup dan mereka dalam masa yang sama hanya mampu membayar benda-benda asas sahaja seperti bil-bil utiliti dan tak dapat pula simpan untuk masa akan datang?

Untuk pengetahuan semua, itulah Bank Federal Reserve!, yang telah ditaja oleh ahli politik ternama, dan penyebab kepada perkara-perkara yang tidak masuk akal! Bank swasta yang di dalamnya mempunyai pakatan rahsia yang kukuh itulah sebenarnya menjadi penyebab kepada setiap kemelesetan yang telah diciptakan semenjak penciptaannya pada tahun 1913, dan sekarang pula bakal terdedah kepada satu situasi hiperinflasi di masa akan datang. (Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat sendiripun mengakui Federal Reserve adalah penyebab kepada krisis ekonomi di dalam artikelnya – memang menakjubkan!)

As thinking patriot we need to be informed of the actions of our leaders in government, but we also need to understand our banking system. Thomas Jefferson warned us against such motives and actions of private banks… They are a silent attack on our private property – and in essence our Liberty!

"I believe that banking institutions are more dangerous to our liberties than standing armies. If the American people ever allow private banks to control the issue of their currency, first by inflation, then by deflation, the banks and corporations that will grow up around the banks will deprive the people of all property until their children wake-up homeless on the continent their fathers conquered” ~ Thomas Jefferson ~ 1802

Untuk tahu lebih lanjut tentang Federal Reserve dan keburukannya kepada ekonomi dan kebebasan kita, sila lawati Austrian Economics website mises.org

Rabu, 22 Julai 2009

Pengkutuk nuklear kini menyanjunginya


Ramai negara atas dunia yang dahulunya mengutuk habis-habisan negara-negara yang cuba@telah membangunkan tenaga nuklear sama ada datangnya negara-negara membangun, negara Islam, sosialis mahupun komunis akhirnya menjadi "secret admirer" kepada tenaga tersebut. Alasan-alasan terdahulu yang dilaung2kannya seperti kejadian Chernobill, Perang US-Jepun, Bom Atom dan sebagainya kini menjadi bahan sejarah tatkala mereka mula menagih akan teknologi nuklear. Apa yang pelik, mereka mula mewar-warkannya di corong2 radio dan TV mahupun setiap persidangan yang dihadiri oleh mereka. Apakah motif mereka ini?

Sejak dulu, negara yang telah lama membangunkan teknologi itu sebenarnyalah yang untung dan bijak kerana mereka telah berupaya menjangkakan perubahan global dengan kepadatan penduduknya, dengan tenaga solar yang amat tidak praktikal akan kosnya, dan juga dengan kos gas dan minyak yang semakin meningkat serta semakin menyusut pengeluarannya. Pengkutuk nuklear kini terpaksa menelan segala ancaman palsu yang telah dilemparkan kepada dunia sehingga dunia percaya akan kejahatan negara-negara yang cuba membangunkan nuklear tersebut seperti Iran dan Korea Utara. Pengikut-pengikut pengkutuk nuklear pun semakin hari semakin berubah nadanya. Daripada menentang kepada pengintai teknologi, namun ianya agak terlambat. Jika pendirian pengikut pengkutuk nuklear bijak, mereka seharusnya mempelajari teknologi nuklear tersebut dengan pantas dan berterusan, tidak sekadar teragak2, seolah2 malu-malu kucing takut dek sergahan pengkutuk nuklear sedangkan mereka telah mengetahui pengkutuk tersebut juga adalah pengeluar nuklear terbesar.

Dunia sekarang semakin bersikap rasional. Tenaga nukkelar dahulu dianggap sebagai ancaman kini dianggap antara tenaga yang amat praktikal dan dianggap murah kerana ianya "renewable" dan kini terpulang kepada Malaysia untuk secepat mungkin mempelajarinya kerana kita semakin ketinggalan!

Selasa, 21 Julai 2009

Mana satu Dziauddin?

Dulu semasa mengemas rumah tatkala hendak berpindah ke rumah baru, saya terjumpa gambar lama-lama dan mula tersenyum mengenangkan kisa-kisah terdahulu. Antara yang dijumpai ialah gambar saya sewaktu bayi. Kemudian hendak dijadikan cerita dalam entry kali ini saya cuba pula membandingkan dengan gambar anak saya pula. Agak-agaknya mana satu saya dan anak saya?
Yang ini?

atau yang ini?

Ahad, 19 Julai 2009

Dataran MBMB: Tempat memadu asmara?


Saya jarang dan agak malas keluar rumah di malam hari kerana merasakan waktu malam adalah waktu yang teramat signifikan untuk berehat bersama keluarga dan anak-anak. Tambahan pula perjalanan jauh ke tempat kerja (Melaka-Segamat) membuatkan keluar di malam hari suatu perkara yang membazir. Namun semalam, kerana ada benda yang hendak dibeli di JJ (nama manja bagi Jaya Jusco) kami sekeluarga pergi juga. Semasa perjalanan, kami lihat pemandangan yang indah di malam hari di sekitar Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan lampu neon putih dan biru menghiasi pokok-pokok rendangnya. Ditambah pula dengan layar TV yang besar di atas bangunan MBMB, menjadikan tempat itu sangat santai. Mengasyikkan juga apabila melihatnya. Maka tidak menghairankan, ramai penduduk Melaka dan sekitarnya membawa keluarga masing-masing berpusu-pusu ke sana menikmati panorama tersebut. Parking kereta penuh di sekitarnya.

Namun, tidak kurang ramai juga, muda-mudi berpacaran di tengah-tengah cahaya kelam dataran tersebut. Bukan seorang dua pasangan, tetapi begitu ramai yang saya perhatikan di kalangan mereka di sana. Sesuatu pandangan yang tidak sepatutya berlaku. Yang peliknya, ramai pasangan muda mudi adalah orang Melayu dan tidak di kalangan kaum-kaum yang lain. Mungkin tempat mereka bukan di situ!.Apapun, saya merasakan, budaya sebegini tidak boleh dibiarkan berterusan. Mungkin CCTV dan JAIM dialu2kan untuk membuat pemantauan sebagaimana kata mereka, tetapi saya tidak nampak keberkesanannya kerana CCTV tidak mungkin dapat memerhatikan setiap gerak geri pasangan tersebut dan bodohlah mereka membuat aksi sebegitu di depan CCTV. Walaupun, saranan itu telah dilaksanakan sejak Mac lepas, saya tidak nampak keberkesanannya melainkan golongan muda mudi Islam Bumiputera berterusan memadu asmara bersaksikan lampu neon putih biru di pepohon nan rendang. Tak percaya? Jom pergi ke sana malam minggu..

Jumaat, 17 Julai 2009

Silver investment will outshine gold?


Silver may not be as hot as gold as far as global investments are concerned. But silver continues to grip the investment sentiments of bullion traders and dealers across the world.

According to a new report from Citigroup, silver will outperform and outshine gold.

The global bank said on Thursday that investment flows into gold are moderating while the outlook for silver is improving.

The ratio fo gold-to-silver prices should return to its historical norm between 55 and 60 from the current 69, it said.

Citigroup upgraded Fresnillo and Peter Hambro Mining to buy from hold, downgraded Randgold Resources to hold from buy and upgraded Hochschild Mining to hold from sell on reduced balance sheet concerns and the silver outlook.

Silver has outperformed gold so far this year. While the precious metal remains 35 per cent below its March 2008 high of $21.44 per ounce, its up 24 per cent compared to only 5.3 perc ent for gold. So far this month, the spot price of silver has risen 14 per cent.

On February 24th 2009, the aggregate trading in silver futures reached a high of over 81,900 contracts.

Over the medium to long-term the silver market is forecasted to remain robust. According to the Silver Institute’s World Silver Survey 2009, “Healthy investor interest in physical silver is expected to continue in the coming months, driven by continuing economic woes and uncertainty over the health of the financial services industry.”

Jumaat, 10 Julai 2009

INCOMAR 2009


On last Wednesday, i have been given the opportunity to present the paper titled "The Efficiencies of Intellectual Capital performance in the banking industry: A comparison study between Islamic and Conventional banking" at Equatorial Hotel, Malacca. The conference that called INCOMAR (International Conference on Marketing and Retailing) was organized by the Faculty Business, UiTM Shah Alam and UiTM Malacca as the co-organizer. Thanks for UiTM Johor for giving me this opportunity to share some valuable information of what have been done by me, Siti Salina and supported by Dr Ahmad about this research.

Do i like so casual?












Difficult moment?











Happy moment: receiving certificate from Prof Faridah (no name on it...self type!)