Khamis, 9 Oktober 2008

Apa beza antara Obama dan Mc Cain?

Saya sempat mengikuti analisis debat calon Presiden (Barrack Obama vs John Mc Cain) di Awani Channel 501 pagi tadi. Saya tak berapa faham sangat bahasa politik yang digunakan oleh kedua-dua calon tadi, tapi saya dapat simpulkan hasil analisis tersebut berdasarkan perkara utama yang bersifat fundamental yang dikatakan mempunyai perbezaan anatara mereka berdua. Antaranya iaitu:

1. Percukaian; Obama lebih menjuruskan ke arah meregulasikan semula sistem percukaian kerana dari situ semua pelan pemulihan kesejahteraan rakyat seperti health care, employment dapat disusun semula manakala Mc Cain lebih tertumpu kepada pelan tambahan sebanyak 300 billion dolar

2. Isu Iraq, Pakistan dan Iran. Obama mengambil pendekatan lebih diplomasi dengan cara berbincang dan mencari penyelesaian manakala Mc Cain mengambil pendekatan penghapusan musuh, mungkin disebabkan beliau mempunyai latarbelakang militer sebelum ini.

Mereka akan bertemu semula Selasa depan. Apa yang pasti Obama dalam kebanyakan tinjauan umum seperti CNN polls telah mendahului sebanyak 6 peratus (49-43). Polls ini berdasarkan tiga national surveys iaitu Marist, Gallup dan Diageo/Hotline.

Tiada ulasan: