The site that promotes the advantages of physical gold particularly the gold dinar as stated in Holy Quran. The coming future, it is hoped that people start to realize its significance and crucial roles that can be played by gold dinar as a stabilizer in economics as well as replacing papers' currency.
Khamis, 1 Disember 2011
Harga emas terus naik atau terus stabil?
Sudah agak lama tidak meng'update' entri baru berkaitan emas dek kesibukan menyiapkan tugasan-tugasan pembelajaran yang tidak putus-putus. Apapun, kali ini saya ingin memperbetulkan serba sedikit salah faham berkaitan harga emas yang melanda penggemar-penggemar emas sama ada ejen, penjual, pembeli mahupun golongan pemerhati yang kadangkala tanpa disedari mengiyakan sesuatu perkara yang pada pandangan saya kurang tepat . Di sini saya ingin menimbulkan persoalan seperti yang tertera pada tajuk entri kali ini iaitu: Adakah harga emas terus meningkat atau terus stabil? Sekali imbas, kedua-dua istilah (nai dan stabil) nampak sama kerana kedua-duanya seakan-akan sama menuju ke ara perkara yang positif tapi sebenarnya tidak serupa. Ia umpama bentuk sfera dan bentuk bulat mahupun bentuk segi empat dan bentuk kotak. Nampak dari sisi sangat sama tetapi apabila melihat pandangan 3D maka jelas sekali ianya tidak serupa. Begitulah juga yagng terjadi kepada kedua-dua istilah tersebut iaitu 'harga naik' dan 'harga stabil'. Jangan kita pukul rata menyatakan ianya adalah sama. Bila harga naik maknanya harga emas itu stabil. Ini sama sekali kurang tepat. Ada pula yang mengatakan bila harga naik bermaksud stabil lah tu, kalau harga rendah baru tidak stabil. Sebenarnya pandangan ini kurang tepat. Apabila diamati secara empirikal, kita dapati perbezaan antara keduanya jelas ketara. Antara emas mengalami kenaikan dan emas mengalami kestabilan merupakan dua situasi yang berbeza. Justeru apakah yang sebenarnya membuatkan kedua-dua keadaan itu berbeza? Cuba lihat contoh mudah ini:
Apabila anak saya mendapat tempat ketiga di dalam kelasnya pada tahun lepas dan kemudiannya mendapat tempat pertama dalam kelasnya pada tahun ini, adakah anak saya mengalami kenaikan dari segi prestasinya?. Cakap-cakap kedai kopi tentu sekali orang kampoug akan mengatakan anak saya lebih pandai sebab kedudukan nombor dalam prestasi akademiknya meningkat. Jika anak saya mendapat nombor satu tetapi dari segi peratusan markah keseluruhan subjeknya menurun dari 95% pada tahun lepas kepada 90% pada tahun ini, bolehkah kenaikan kedudukan nombor di dalam kelasnya dijadikan indicator untuk menyatakan anak saya semakin pandai? Tentu sekali tidak malah semakin merosot walaupun menjuarai kedudukan akademik di dalam kelasnya. Ini menunjukkan kenaikan dari nombor 3 kepada nombor 1 di dalam kedudukan kelasnya bukanlah menunjukkan anak saya semakin pandai tetapi menunjukkan kawan-kawannya yang lain semakin tidak pandai. Ini kerana penurunan peratusan markah keseluruhan subjek anak saya tidak menjejaskan kedudukannya di dalam kelas malah semakin meningkat. Begitu juga halnya dengan kenaikan harga emas bukanlah mencerminkan emas itu semakin bernilai dari yang sebelumnya tetapi sebaliknya lebih kepada faktor yang lain seperti nilai US dolar itu yang merudum menyebabkan emas dilihat semakin naik harganya.
Harga emas naik menunjukkan ketidakstabilan ekonomi
Jadi jelas melalui contoh di atas, walaupun harga naik tetapi ianya tidak mencerminkan permintaan sebenar pasaran emas. Mungkin permintaan emas semakin meningkat tetapi ia tidaklah mencerminkan prestasi sebenar harga emas kerana faktor-faktor lain seperti kelemahan dolar menguasai pengaruh ke atas kenaikan harga emas selama ini. Adakah kenaikan harga emas akan terus meningkat? Ini satu persoalan menarik juga. Ramai peramal ekonomi menyatakan emas akan terus meningkat sehingga satu tahap yang tidak mampu kita beli. Ini ada kebenarannya kerana kenaikan emas yang tidak setimpal dengan kenaikan harga barang yang lain ataupun kenaikan pendapatan boleh guna individu akan menyebabkan emas menjadi barang yang ekslusif dan apabila ianya eksklusif maka ianya hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja. Dan apabila situasi ini berlaku, pasaran emas semakin mengecil dan akibatnya harga emas akan kembali turun. Saya juga pernah dengar harga emas akan melonjak sehingga USD2,500 per ounce dan ini sudah tentu tidak mampu lagi dibeli oleh orang ramai dan boleh menggugat industry emas. Jelasnya di sini kenaikan harga emas secara berterusan adalah salah satu tanda ketidakstabilan ekonomi dunia bukannya membawa kebaikan kepada ekonomi dunia. Ini kerana emas yang naik adalah disebabkan dolar dan matawang yang semakin merosot nilainya dan disebabkan ekonomi dunia berpaksikan kepada matawang-matawang ini maka putaran ganas ekonomi akan sentiasa berlaku. Hanya masa yang bakal menentukannya.
Emas harus kekal stabil
Dalam menilai harga emas, adalah penting untuk kita mengetahui turun naik emas adalah perkara biasa kerana ianya melalui (sekira operasi jualbeli emas dengan cara yang benar) proses minta dan tawar. Namun, emas yang sentiasa naik harganya adalah satu suasana yang tidak sihat. Memang ramai akan suka bila harga emas naik tetapi sebenarnya ia bakal meruntuhkan system ekonomi yang ada sekarang. Inflasi akan berlaku, orang ramai semakin miskin dek ketidakmampuan menampung beban ekonomi dan seterusnya semakin ramai orang yang kebuluran dan sebagainya. Malah beberapa buah Negara di Eropah menjadi muflis kerana system ekonomi sekarang yang membenarkan sifat tamak manusia untuk menguasai dunia dan kita hanya mampu melihatnya sambil meneruskan usaha-usaha Islamisasi kewangan yang sebenarnya masih bergerak di dalam putaran ganas kerangka ekonomi tersebut. Dengan emas adalah satu-satunya mekanisme terbaik mengawal nafsu serakah manusia di dalam mengaut keuntungan duit atas duit (kerana emas tidak boleh sewenang-wenangnya dicetak), orang yang berada di dalam industry tersebut haruslah sama-sama membetulkan niat dan menambah ilmu ekonomi agar reality sebenar dapat difahami. Jelas di sini, operasi jualbeli emas harus kekal bebas dari sebarang bentuk manipulasi dan eksploitasi jika kita benar-benar mengkehendaki emas sebagai penyelamat ekonomi ummah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Salam Ustaz,
Sekarang saya melihat orang terkejar-kejar membeli emas untuk tujuan pelaburan dan saya bersetuju dgn ustaz bahawa emas seharusnya dibeli untuk tujuan simpanan. Walaubagaimanapun, yang menjadi kemusykilan saya, dalam jual beli emas, kenapa ada susutnilai? Bagi emas 916 saya faham kerana ia adalah emas campuran, tetapi kalau emas 999 yang merupakan emas tulen pun perlu ada susutnilai dan scratch pada emas dijadikan alasan sedangkan kalau diikut logik, emas boleh dilebur semula kan? Maaf saya sedikit jahil mengenai emas. Selain itu, orang yg melabur dengan membeli emas seolah-olah tidak nampak kesan susutnilai ke atas 'pelaburan' mereka.
zura
Wslm,
1. orang terkejar-kejar membeli emas untuk tujuan pelaburan" - ini terjadi bila duit menjadi objektif utama sedangkan emas adalah alat dalam kehidupan
2.Emas diukur mengikut beratnya bukan apa yang ditulis padanya. Sctrach mungkin mengurangkan beratnya. Wallahua'lam
3. Mmg betul emas boleh dilebur tapi proses membentuk emas perlukan kos juga.
4. Nilai emas ada turun naiknya kerana emas juga melalui proses minta dan tawar. Tapi selalunya naik sebab ramai minta berbanding orang yang membuatnya.Namun begitu, nilai emas tidak boleh dinilai semata-mata dalam ringgit atau dollar kerana nilainya bergantung nilainya sendiri. 1 dinar emas adalah satu dinar emas, bukanlah 1 dinar emas itu 700 rinngit atau 800 ringgit. Tetapi oleh kerana duit yang kita guna sekarang adalah ringgit sebab itu dinar diukur padanya.
Catat Ulasan