Rabu, 14 September 2011

"Jual emas bila harga mahal?"


Gambar ihsan dari http://atjehgeutanyoe.blogspot.com

Seringkali kita dengar orang kata "beli emas bila harga murah dan jual emas bila harga mahal". Kata-kata ini tidak munasabah dalam apa jua perspektif. Kenapa?
Yang pertama, tiada istilah harga murah bagi emas, justeru orang ramai sepatutnya membeli bila mereka berduit. Tidak kiralah harga mahal ataupun murah. Tidak mungkin harga emas RM170/gram sekarang akan kembali kepada RM35 atau RM70 segram semasa zaman perkahwinan saya atau zaman emak dan ayah saya dulu-dulu. Kalau murah hanya 4,5 ringgit berbanding semalam tiadalah apa-apa ertinya jika kenaikan keesokannya atau pun sesudah setahun terus mencanak naik menggila. Jadi isitilah harga emas kembali murah hendaklah dibuang jauh-jauh dari kota pemikiran jika kita benar-benar ingin memiliki emas. Persoalan yang hanya perlu kita pertimbangkan untuk beli emas adalah adakah cukup duit kita untuk membeli belanja harian dan membayar hutang jika emas hendak dibeli.

Namun lebih ramai lagi telah berkata "juallah emas bila harga tinggi". Kata-kata ini adalah dua kali tidak munasabah berbanding dengan persoalan yang pertama tadi. Persoalan yang maha penting adalah, kenapa hendak jual emas pada harga tinggi? Mungkin ada yang berkata: "time ni lah kita menuai hasil bila harga emas tinggi, kita jual, kita boleh dapat untung besar. Tengok aku dulu, beli emas time tu baru harga bla bla bla.., sekarang kau tengok harga emas dia bla bla bla.." Ini dialog yang sering meniti-niti di bibir 'pelabur-pelabur' emas namun yang pasti pejuang dinar emas yang sejati tidak akan menghambur sama sekali ayat-ayat sebegini. Kenapa? jawapannya mudah. Kenapa kita bersusah payah hendak beli emas pada awalnya sedangkan emas yang dimiliki akan awal-awal lagi bakal hilang dalam pemilikan kita tatkala ia harganya mahal? Sepatutnya bila harga mahal, lagi kita hendak simpan emas itu seerat-eratnya di dalam pemilikan kita, kecuali hal-hal kecemasan yang tidak boleh dielakkan. Jika kita menjual emas pada harga tinggi iaitu dengan menukarkannya dengan ringgit, sudah tentu kita akan rugi kerana ringgit akan merosot nilainya dan tidak mungkin kita akan dapat harga dan berat yang sama dengan nilai emas yang kita jualnya itu kerana umumnya mengetahui harga emas tidak aakn turun secara berterusan apatah lagi dalam keadaan mendadak. Jadi simpanlah bila harga emas tinggi dan kaalu ada duit lebih beli emas lagi.

Justeru bila masa kita hendak guna emas?

Bila:

1.Kecemasan seperti anak-anak sekolah ataupun masuk universiti yang mana memerlukan perbelanjaan yang mahal
2. Kelahiran anak yang baru yang juga memerlukan perbelanjaan yang banyak apatah lagi anak kembar 2,3,4..
3. Nak pegi haji/umrah
4. Bila hendak beli tanah atau buat rumah
5. dan juga apa saja kegiatan infaq yang terfikir oleh kita semua.
6. Menyelesaikan hutang-hutang tertunggak.
7. Hendak melangsungkan perkahwinan justeru emas dijadikan hantaran atau maskahwin.

Jadi marilah kita melayani emas-emas yang kita miliki sekarang seperti mana wanita melayani barang-barang kemas mereka. Wanita tidak sekali-kali menjual barang kemas mereka kecuali untuk menggadai bila terdesak atau pun 'trade in' untuk mendapatkan emas yang lain. Menjual emas pada harga yang tinggi tidak lebih kepada memanipulasi harga dan bersifat ihtikar. Malah apabila bayaran dibuat secara tertangguh, riba yang banyak dosanya itu pula akan menjengah kita/mereka.

Wallahua'lam

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas artikel yg memberi byk kesedaran. Saya memang berminat benar dengan emas dinar dan hasrat hati ialah hendak menunaikan haji dengan simpanan itu sebelum umur menginjak 50 tahun. Saya tidak mahu menjadi seperti rakan-rakan guru yg lain, apabila dah nak masuk umur pencen, dah sakit2 lutut, kena darah tinggi, kencing manis baru nak tunai haji.Saya membelinya sedikit-sedikit dan tiada niat menjualnya utk keuntungan walaupun harganya mencanak2 akhir2 ini.

Semoga Allah merahmati kita semua. Amin...

Tanpa Nama berkata...

salam ustaz..

betul jgk kata ustaz, bende mahal kenapa perlu jual..

simpan tunggu betul2 tedesak baru is digunakan..insyaALLAH,sy akan buat mcm tu jgk..

wasalam
zul
ex uitm segamat