Isnin, 27 Jun 2011

Drama dakwah perlu ada perubahan

Seringkali kita dimomokkan mesej drama di akhir cerita atau babak. Jika ada yang bertanya mana "moral of the story", jawabnya di akhir cerita atau drama tersebut. Persoalannya mengapa perlu tunggu hingga akhir drama baru dapat tahu apakah moralnya. Jalan dakwah tidak perlu berkonflik dahulu untuk mencari kenangan. Jalan yang yang aman damai mahupun suasana yang soleh itulah yang perlu dijadikan iktibar. Maknanya setiap perilaku, langkahan, gaya, bahasa, nada, perwatakan pelakon atau dramatis itulah yang perlu diterapkan di awal cerita hinggalah akhirnya. "nanti orang kata bosan pulak"..oh begitu.. tapi di sinilah kreativiti seorang pengarah mahupun penulis skrip dicabar untuk menjadikannya menarik walaupun tidak perlu babak seperti bergaduh, mengumpat jiran, melawan suami, kelab malam, melacur, mencuri, merempit, minum arak dan sebagainya. Mengapa perlu jadi jahat dan kemudiannya jadi baik semata-mata untuk memberi iktibar kepada penonton. Rata-rata drama jarang sekali mengutarakan persoalan kemanusiaan dari awal hingga ke akhir.

Apakah yang membuntu sebenarnya di dalam benak pengarah mahupun penulis skrip masa kini? Jom kita lihat filem Iran (Iran lagi). Walaupun tiada babak minum arak, kelab malam mahupun merempit, jalan ceritanya tetap menarik dan kadangkala menginsafkan dari awal hingga ke akhir. Ceritanya sangat dekat dengan masyarakat Iran itu sendiri dan tidak pula dibuat-buat. Setiap babak yang dipaparkan amat menyentuh perasaan dan anehnya tidak pula perlu perkara-perkara negatif dipaparkan terlebih dahulu. Drama kita ber"style' lama bila memaparkan isu dakwah, isu dakwah yang kemuncak apabila orang yang berdangdut itu berjaya pergi masjid, isu dakwah apabila kemuncaknya pakai tudung yang sebelumnya pakai seksi. Adakah gaya itu saja untuk paparkan nilai kemanusiaan dan keIslamannya. Kenapa tidak orang yang bertudung itu jalan ceritanya ialah bersusah payah untuk mengekalkan pemakaian yang dipakainya, kenapa tidak orang yang berilmu pengetahuan itu sukar beristiqamah dalam perjuangannya menyiarkan Islam. Bukankah itu lebih baik? Kenapa tidak diciptakan babak-babak bagangimana seorang budak lelaki yang menjaga tatasusilanya sejak dari awal drama hingga ke akhirnya? Sukarkah untuk mencipta adegan atau babak yang sentiasa baik dan positif dari awal hingga akhir? Mustahilkah? Jika tidak mustahil jadi mengapa perlu ada drama atau filem yang bertemakan gengster, kaki pukul, mat rempit, hantu puaka dan sebagainya?

Anak saya mungkin takkan kenal mat rempit jika media massa mahupun drama yang terpacul di kaca TV tdak memaparkannya kerana tak mungkin saya membenarkan anak keluar malam untuk melihat mat rempit. Namun sekarang ini, di mana-mana tempat kita merasakan anak kita tidak lagi selamat dan sukar mendapat nilai-nilai yang positif sungguhpun mengurungkan diri mereka di rumah sahaja. Orang yang baik bukan hanya tidak buat perkara haram malah menjauhinya. Tapi jika dalam rumah pun tiada perkara yang boleh diambil dari kaca TV, adakah mungkin TV perlu dipaku rapat? Tak mungkin saya bersetuju dengan pendekatan bahawa kenali yang buruk juga, jika tidak yang baik tidak tahu sempadannya. Namun persoalan maha penting adalah mana mungkin perkara baik itu ada sempadan jika yang buruknya tidak langsung dibicarakan.

Children of heaven: Antara filem Iran yang memaparkan nilai positif dari satu babak ke satu babak yang lain

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam ustad.. saya suke ulasan ustad untuk tajuk Childern of Heaven.. two thumbs up!! haha~
-hazwan-

2bz4money berkata...

As Salam Ustad..saya kenalan hari ni dari FEM..

Drama hari ni terlalu byk citer hantu..eloknya adaptasi je kehidupan realiti yg bermanafaat..e.g usaha berniaga dgn cara halal